Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2016

Wahai YB-YB BN Dari Sarawak, Lihatlah Penderitaan Rakyat Kamu Sendiri, Minta Dana Dari Najib Jangan Sekadar Bodek Sahaja.

Ini aduan yang kami terima menerusi KBSB.

Beginilah suasana setiap kali berlaku kematian di Kampung Sungai Ladong, Sebuyau, Sarawak. Kawasan Dun N22 Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi, Parlimen P201 Batang Lupar, Datuk Rohani Abd Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. 


Sudah berpuluh tahun penduduk kampung menghadapi masalah ini. Mereka terpaksa menunggu air pasang baru boleh menghantar jenazah ke kawasan perkuburan di seberang sungai. 

Keadaan jeti yang kecil dan licin menyebabkan kesukaran untuk mengangkat jenazah dengan cermat. Dikhuatiri boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi ke atas jenazah. 

Kalau air surut pula mereka harus menunggu. Ini pula menyebabkan jenazah lambat untuk dikebumikan. 

Sehingga ke hari ini tiada sebarang usaha dari pihak berwajib dan wakil rakyat untuk mendapatkan tanah baru atau wakaf untuk kawasan perkuburan yang lebih dekat dengan kawasan kampung yang tidak memerlukan mereka untuk menggunakan perahu. 

Mohon admin siarkan kisah ini agar ada pihak yang sudi tampil memberikan sebarang bentuk bantuan bagi memudahkan penduduk kampung tersebut menunaikan fardhu khifayah mereka. 

Semoga dengan mem'viral'kan kisah ini juga secara tidak langsung kita membantu penduduk kampung tersebut. Semoga Allah merahmati kita semua.. Saya juga benarkan admin edit maklumat wakil rakyat kawasan berkenaan jika tidak sesuai untuk dipaparkan di wall anda. 


Isnin, 21 Oktober 2013

Nyawa Budak Sekolah Di Sarawak Tiada Nilai Di Malaysia..

Bayangkan saja. Jika budak2 yang melintas neh tiba2 jatuh? Lepas tue mati? Tak terfikir ke? Kalau kita terfikir apa sebab perkara macam neh masih lagi dibiarkan berlaku dari tahun ke tahun?

Siang tadi dapat satu maklumat dari rakan facebook.

Rujuk gambar ;


Ini ada lagi satu ;


Dua2 sumbangan rakan facebook. Bayangkan saja jambatan seperti ini digunakan oleh orang dewasa dan kanak2. Ya tuhan. Menakutkan.

Ini antara komen yang dikongsikan bila aku share gambar neh kat wall page aku ;

Hasbullah Mohd Ismail Susah mahu ckp...bgini lh rutin harian mereka....6jam bjln kaki g kpg semban...tak silap sya 5 atau 6 jmtn bulu mereka lalui...ayh sya prnh mgaja d d sklh sana...

 Elaine Shim Ee Ling Memang betul ada jambatan seperti ini...di kampung sait kawasan mambong...

Sah.

Lokasi di Sarawak beb.

Tak terfikir ke benda neh sebenarnya berbahaya? Maksud aku kalau tak boleh nak buat jalan sekalipun kenapa tak buat jambatan yang elok sikit? Buat la jambatan yang lebih kukuh. Tak dapat jambatan besi sekalipun biarlah jambatan yang stabil. Ada ke patut buat jambatan kayu macam neh. Silap2 hari bulan tak pasal2 ada nyawa yang melayang.

Aduhai.

Setelah kita merdeka selama 55 tahun, tak sangka keadaan macam neh masih lagi wujud di negara ini. Kat negeri yang mana Ketua Menteri nya tersenarai antara yang terkaya di dunia pula tue. Gila. Ketua Menteri kaya raya. Takan nak bina jambatan kukuh pun tak boleh? Ke sebab nyawa anak2 Sarawak neh ibarat lalat? Kalau mati pun takpe?

Lue fikirlah sendiri wahai anak2 Sarawak.. 

Ahad, 7 Oktober 2012

BN Beli Tong Plastik harga RM2,500 sebuah?


BN Penyayang?

Saja bagi duit lebih kat syarikat yang akan bekalkan tong air tersebut ke sabah dan sarawak sebab bn penyayang orang nya.

Kah kah kah

Penyayang ka bahgal?

Ka mahal sebab ada logo 1malaysia? Kalau ye aku minta maaf banyak2 ek sebab tatau plak logo lagi mahal dari product tue sendiri.

Kah kah kah

Oke, tadi aku ada baca satu berita. Sebenarnya time bentang bajet ari tu aku ada perasan gak tapi bn sebut tangki tak silap aku. Dia cakap bajet 100juta. Untuk berapa tangki aku tatau. Tapi cover seluruh sabah dan sarawak aku rasa oke la rate tue.

Then bila aku tengok gambar tangki yang macam kat atas neh memang la kelakar. Benda tong air tak yah kot sebut tangki. Tak macam tangki pun. Plastik je plak tue.
Tapi tue oke lagi. 

Yang buat aku meloncat harga tong air tersebut. Agak2 woi cecah rm2,500 sebuah. Ko gila nak mampos? Takan benda gini pun makan riban? Import ke apa? Memang le barang2 di sabah dan sarawak mahal tapi tue sebab bn bengap.

Da tahu sabah n sarawak terpisah dengan semenanjung melalui air, patutnya apa2 kilang ke apa ke buat juga la kat sabah or sarawak. At least ada peluang pekerjaan dan takde la asyik nak kena angkut dari semenanjung jek.

Benda simple pun tak ley fikir. Terbeliak mata aku masa dalam bajet najib cakap harga gas memasak kat sarawak 70plus. Mahal nak mampos. Kalau rate tue d semenanjung, confirm hari neh bn umum, esok bn tumbang.

Kah kah kah

Aku bukan nak tuduh apa tapi nilai 2,500 tu terlalu mahal bagi sebuah tong plastik 1 malaysia. Tolong la perjelaskan kepada kami apa rasionalnya harga tue. Untuk rekod, nilai rm2,500 tu boleh didapati bila korang buat  kira2 100juta / 40k tong air. Itu la yang terpapar kat dalam berita, perincian najib berkenaan hal tersebut.

Aku da puas telek gambar tong tu tapi tetap tak boleh nak terima harga dia makan 2,500. Rakyat tak cukup bodoh untuk dengar dan terima. Tapi kalau dia mahal sebab logo, oke aku surrender disitu. Aku sedia maklum yang apa2 product yang ada logo 1 malaysia memang luar biasa harganya.

Kah kah kah

Berita berkaitan : sini
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 2 September 2012

Inilah kenyataan Nurul Syuhada yang menyebabkan rakyat Sarawak mengamok.

Semua ke?

Aku tatau. Tapi korang baca dulu kenyataan tersebut kat bawah neh ;
Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia. 

Syuhada, " Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak...

Fedtri, " Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching....

Syuhada, " kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....

Disebabkan menyebut perkataan DAIF,  cik kak nurul syuhada telah dihentam oleh pelbagai pihak. Yang menjadikan tapak kaki aku ketawa2 sampai tak hengat donia ialah PAS pun turut menyemak dalam isu neh.

kah kah kah

Kemon. 

Kalau dia cakap bintulu daif kita nak marah kenapa?

Bintulu = sarawak = bn = daif?

So yang

PAS NAK MENYEMAK kenapa?

Kalau dia mai perak dia cakap perak daif takan nak marah kot? Aku dah berjuta kali cakap perak daif.  Aku bandingkan kehidupan aku kat kl dengan perak. So aku cakap apa yang aku pernah alami. Tang mana salahnya pengalaman aku? 

Tak suka?

Bagi la maju macam kl. Macam johor. Sampai bila nak macam neh jek. Kelantan tak nampak maju tapi rumah besar. Ko ada? Kawasan sini sudah la takde kemajuan, pembangunan terpilih,  projek kroni, daif, miskin sana sini sampai selalu masuk bersamamu tv3, negeri ketiga termiskin, gaji kecik, hapa pun takde then nak marah aku? Cakap benda betul merupakan satu kesalahan ke?

Dan sejujurnya aku pelik banyak kali atas isu neh. Kalau korang baca betul2 apa yang cik kak nurul tue cakap kan..

kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....

1. Kawasan bintulu daif.

2. Melalui pelan transformasi

3. Tadaaaa tak daif lagi dah..

Macam neh pun nak marah ka? Biar betikk?

Hold.

Mari kita bertukar2 fikiran. Berlapang dada. Kita hidup dengan pengalaman yang berbeza2. Jadi jangan heran kenapa pandangan kita akan berbeza2 juga. Dan aku fikir, nurul syuhada tak mengatakan apa2 yang salah. Takde point sama sekali nak marah dia melulu. Kesian kat dia. Sampai kena minta dan sudah pun minta maaf.

Dan paling takde point sekali ialah PAS. Memang kelakar. Jangan sebut PAS la. Random sangat. Sebut Pemuda PAS Sarawak. Kali terakhir yang aku ingat ialah PAS = PEMBANGKANG di sarawak. Aku tatau pula yang PAS dah tukar jadi PEMBANGANG di sarawak. 

Jika ada orang luar bintulu mengatakan bintulu itu daif tembak lah bn. Mereka tak buat pembangunan. Yang ko tembak orang yang cakap jujur buat apa? Tugas ko tahun melawat sarawak ke or cari jalan untuk memerintah sarawak?

kah kah kah

Opss.. tak habis lagi.

Bukti bintulu tak daif ada kat bawah neh hah ;



Oppa Najib nak mai. Lagi beberapa minggu piem nak mai mula sibuk repair jalan. Macam piem sorang jek guna jalan tue.. jalanraya di malaysia dibuat untuk menteri bukan untuk penduduk awam..

Dan dengan neh boleh la si taib tue berbangga.. tadaaaaaa kan i dah habaq kat u.. bintulu tak daifff, i km yang baikkk dan iiii akan pastikan mereka voteee biennnn okeee opppa?

kah kah kah 

Sumber gambar dan rakaman percakapan nurul syuhada disini. 

Rabu, 10 Ogos 2011

Harga tong gas rm230? Wak lue lah !

Gila apa? Takan harga tong gas semahal neh? Setahu aku rm75 je beb. Paling mahal pun takde lah sampai  seratus. Korang baca bawah jap ;


Nampak tak? Kalau aku dok sarawak memang mampos lah jawabnya. Kalau harga tong gas dah cecah rm230 setong, macam mana pula harga refill? Maksud aku setiap kali kita nak beli gas memasak bila tong gas dah habis gas kita kan akan buat macam trade in. Tong lama dia amek, tong baru dapat kat kita. So harga refill gas memasak tue berapa pula? Mahal gak ke?

Gila betul kos sara hidup kat sarawak. Mahal. Lebih mahal dari kl. Tapi kalau tengok dari sudut ekonomi, sarawak antara negeri yang miskin. Miskin pasal taib lah. Sapa lagi. Tak sangka sarawakian masih memilih taib dan mengundi bn pada prn yang lepas. 

Dorang memang suka hidup susah kot. Kepada pengundi bn je lah. Walaupun kita semua tahu bahawa sarawak mampu menjana hasil yang banyak dan mencukupi untuk rakyat mereka. Malahan kl dan jb sepatutnya dah lama kalah whorrr.. apa yang berlaku? Lue fikirlah sendiri.

Sumber penuh baca sini

Ameno : Macam neh punya mahal hidup di sarawak... patutlahh..

Sabtu, 9 April 2011

Taib Mahmud rasmi gereja.

Untuk pengetahuan korang, aku taktahu samada benda neh orang islam boleh buat atau tidak. Bagi aku sendiri, ada banyak lagi pemimpin bukan islam yang boleh rasmi gereja ataupun rumah ibadat bukan islam. Lihat bawah ;




Aku nak korang baca betul2 dan fahamkan apa yang aku dah siap2 tanda kat atas tue.
Point penting.

1. Isu alkitab yang ada cop.
2. Isu taib rasmi gereja.
3. Isu perkahwinan campur walaupun berbeza kepercayaan.

Untuk pengetahuan korang, Alquran pun ada cop. Ini bermaksud orang islam di malaysia bodoh. Bodoh kerana kita membiarkan Alquran di cop tetapi bible tak boleh ada cop. Taib secara tak langsung mengatakan kita [orang islam] semua bodoh. Dan Taib kata alkitab tak boleh dicop sebab itu idea bodoh. Habis tue Alquran kan ada cop? Apa nama nya pula tue ya? Tetapi mungkin Taib tak kesah pun yang Alquran ada cop. Sila lihat blog ini dan ini. Takpun Alquran terjemahan masing2 untuk bukti. Habis citer.

Taib berkata-kata demikian ketika dia rasmi gereja. Aku taktahu boleh atau tidak sebagai menteri yang beragama islam buat macam tue. Aku tak boleh nak ulas sebab aku cenderung nak tanya soalan neh secara direct kepada mereka yang pakar. Bukan tak boleh google, cuma aku cenderung tanya orang yang aku tahu dan kenal mereka arif bab akidah.

Kemudian taib cakap isu perkahwinan campur di sarawak adalah biasa. Di semenanjung pun benda tue perkara biasa gak. Aku hasil dari perkahwinan campur. Tetapi yang luar biasa ialah bila masing2 mengamalkan kepercayaan masing2 selepas berkahwin. Kalau kristian kahwin buddha itu mungkin bukan isu. Tetapi kalau kristian dan islam berkahwin itu mmg boleh jadi isu sebab bertentangan dengan mahzab. Kalau ini yang keluar dari mulut taib, ini dipanggil pluralisme kepercayaan. Sebagai orang islam dia patut berwaspada dengan setiap kata-kata dia. 

Maaf ya sarawakian, aku bukan orang sarawak dan aku taktahu macam mana senario dan situasi di sarawak. Aku dengar benda neh dah lama tapi macam biasalah.. ada yang cakap betul ada yang cakap salah.. so aku buat keputusan aku patut pergi sarawak sendiri dan siasat benda neh sendiri so barulah aku leh buat kesimpulan. Memang ramai orang bukan islam tak faham kenapa org bukan islam yang nak berkahwin dengan orang islam kena tukar agama. Sebab kerajaan tak berusaha untuk fahamkan korang. Kenapa kerajaan tak berusaha? Sebab mereka pun tak faham dan taknak faham.


Ameno : Politik akidah weh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...