Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label pati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pati. Papar semua catatan

Rabu, 21 September 2016

Sah, PATI Masuk Beramai2 Ikut TAWAU Setiap Hari, Bila Nak Dakwa Pegawai Rasuah, Jangan Ingat Kami Buat2 Lupa!

Bukannya berita fitnah.

Sejak semalam tersebarnya satu video (lihat bawah) kononnya di salah satu kawasan di dalam daerah Tawau, pendatang tanpa izin dari Indonesia boleh keluar masuk ke Malaysia sesuka ahti mereka tanpa rasa takut dan sebagainya. Mereka hanya perlu bayar rasuah di antara 50 ke 100 bagi memudahkan proses perjalanan. Selepas menonton video tersebut aku ada juga terfikir.

Takan 50 sekepala bhai?
Bapak gile murah.
Kalau aku jadi anggota penguatkuasa. Tak mahu la aku makan rasuah 50. Takde standard. Kalau kantoi kena buang kerja. Kena dakwa lagi. Ada rekod buruk. Tak berbaloi nak charge 5o ringgit sekepala. Kurang2 50,000 satu kepala. Baru untung wo. Saham neraka mao melonjak2 naik tu.

KAHKAHKAHKAH!

Video yang dimaksudkan ;


Dan selepas aku membaca laporan dari portal BH ;

Pihak berkuasa sudah menempatkan anggota bagi membuat pemeriksaan terperinci terhadap semua individu yang tiba dengan bot di kawasan Batu-Batu, dekat sini, mulai hari ini. Langkah itu bagi memantau lebih teliti proses keluar masuk penumpang bot, terutama memastikan tiada aktiviti penyeludupan manusia dan barangan bersubsidi, khususnya kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia. 

Ia susulan laporan sebuah program televisyen di Indonesia yang mendakwa kawasan Batu-Batu berhampiran Pasar Besar serta Pusat Kuarantin, Kastam dan Imigresen (CIQ) Tawau, antara lokasi pendaratan ratusan PATI dari negara jiran itu setiap hari. Tinjauan BH mendapati, anggota polis dan agensi seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat pemeriksaan dokumen serta barangan dibawa penumpang di daratan serta di dalam bot. 

Penduduk Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Taslim Maarufi, 59, mengalu-alukan langkah polis membuat pemeriksaan bagi memantau aktiviti serta pergerakan keluar masuk di kawasan Batu-Batu. 

"Pemeriksaan teliti di kawasan ini membolehkan pihak berkuasa memastikan hanya mereka yang ada dokumen sah boleh masuk. Ia juga dapat meningkatkan tahap keselamatan di perairan dan kawasan pendaratan," katanya. Penduduk Kampung Mentadak Baru di Pulau Sebatik, Ambi Sulaiman, 60, berharap pihak berkuasa meletakkan anggota secara tetap sekali gus memastikan aktiviti keluar masuk orang ramai di kawasan berkenaan lebih teratur. 

"Kalau ada dokumen dan masuk atau keluar secara sah, tiada apa perlu dibimbangkan," katanya. Beberapa hari lalu, beberapa portal berkongsi pautan serta rakaman sebuah program televisyen berbentuk siasatan di Indonesia yang mendedahkan bagaimana ratusan PATI mendarat di daerah ini, setiap hari. 

Wartawan Indonesia itu juga menyamar sebagai tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk masuk secara haram ke Malaysia melalui Tawau, selain menyelongkar bagaimana perjalanan PATI dari negara jiran itu dipermudahkan dengan memberi rasuah antara RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa negara ini. 

-------------------

Okay. Ringkasannya begini aje.

1. Wartawan Indonesia menyamar sebagai pendatang tanpa izin dan menaiki bot untuk masuk ke Malaysia secara haram.

2. Dia kemudiannya berjaya lolos dengan rakaman sepanjang proses kemasukan haram ke Malaysia. 

3. Hasil siasatan didedahkan menerusi satu laporan khas.

4. Ia turut menyebut bagaimana penguatkuasa Malaysia begitu mudah diperkotak-katikan. Nilai suapan yang diterima pihak berkuasa serendah rm50.00. Baybee. Takde standard. Elok p mati saja kau semua. Mati.

5. Kemudiannya laporan tersebut viral. Viral di Malaysia dan Indonesia.

6. Kerajaan aware penyebaran tersebut. Sebab itu mereka tambahkan penguatkuasaan disitu dan terus lakukan pemantauan. Mereka akui pendedahan oleh wartawan berkenaan dan sekarang sedang dalam proses banteras penyeludupan.

7. Apa logik ke tak logik tak beb? Orang luar boleh masuk sempadan negara kau macam tu aje? Kalau pun ada pegawai rasuah apakah melibatkan semua jenis pegawai? Ke semua terima rasuah secara beramai2?

8. Pendedahan ini cukup memalukan. Syial la. Geram plak aku tetiba. 

9. Dan tidak kah patut kerajaan lakukan operasi cantas pegawai2 rasuah yang memalukan negara kita neh?

10. Kalau tak sampai bila masalah neh nak selesai? Ke yang makan rasuah neh pun ada dalang atasnya? Tapi macam pelik. Takan orang atas nak makan 50 - 100 je beb? Ke tekong kapal cas lain. Ntah la. Benda2 neh tak mustahil. Sebab tu kerajaan kena siasat. Kemasukan PATI ke Malaysia secara beramai2 secara mudah ini membuktikan penguatkuasa kita sambil makan gaji buta sambil makan gaji rasuah. Satu sen tarak guna. Nakharom. Padan la senang2 je Lahad Datu kena tawan. Ini kalau perang, masuk ikut Tawau aje dah collapse aku rasa kita neh. Mudah sangat.

11. Untuk rekod, dalam video berkenaan, dikatakan ada 4 kawasan/lokasi warga asing masuk ke Malaysia secara mudah. Bukannya satu. Tapi 4 tu beb. Gila! Kalau di Indonesia, kita termasuk sikit perairan dia, kapal kita selamat la masuk kubur. Kat Malaysia kita siap lai lai meh la masuk ramai2 lagi. Jilake betul.

12. Dengan terbongkarnya berita yang begitu memalukan ini, Ketua Menteri Sabah perlu meletak jawatan. Zahid Hamidi perlu tampil beri penjelasan dan ESSCOM serta semua penguatkuasa di kawasan tersebut perlu bertanggungjawab. Jangan ingat nak diam2 dan tutup kes dengan buat2 sibuk citer lain pula. Kita orang tak lupa, hokayy.

Selasa, 29 November 2011

Hot - Sedara Indon gua dapat ic beb !

Malam tadi aku mendapat satu berita panas. Berita neh memang benar2 menyakitkan ahti aku. Sebenarnya dalam family aku belah jauh2 adalah seseorang tue kahwin dengan anak [orang malaysia+indonesia] warga indonesia. Dan korang tahu tak setelah beberapa bulan tak jumpa dia, apa yang dia bagitau aku semasa kami berjumpa semalam?

Keluarga hasni [bukan nama sebenar ] sekarang seme dah ada ic.  Baru2 neh ada orang bawa seluruh ahli keluarga hasni, indonesia2 yang kat gombak tue.. naik bas pergi johor amek ic. Seronoklah dorang. Mak bapak hasni dah ada ic sekarang.. 

Hasni bukan memang ada dua ic ka?

Hasni.. tapi mak bapak dia takde. Mak tiri dia pun ada ic sekarang. Semua lah. Satu family termasuk abang dia sekali.

Abang dia lahir kat sini kan?

Abang2 dia kat indonesia tu..kiranya macam abang2.. berbelit2lah family dia..  aku pun tak faham sangat budaya orang sana.

Jap2.. maksud ko family hasni tue dah dapat ic tapi walaupun sebelum neh dorang memang takde ic kan? 

Haa.. dorang memang takde ic tapi dah ada ic sekarang. Kena sign pengesahan suruh undi bn. Baru dapat ic. Makan transport seme ditanggung masa pergi johor.

Amek ic kat johor rupanya. Aik.. jap2. Bukan kah family hasni tue memang dah lama duduk di malaysia? So kalau dia dapat ic pun takde lah pelik sangat. 

Memang lah tak pelik..tapi dapat ic senang2 je.. orang beratur nak dapat ic. Ada yang bayar rm10,000 untuk satu ic tapi dorang dapat senang2 je. Tapi bukan seme yang dapat tue dah lama duduk.. ada yang baru datang dalam 2,3 tahun pun dapat ic. Hasni tahu sapa yang dapat. Sebab dia kenal seme orang2 sana. Kawan2 dia lah katakan.

Untuk rekod, si hasni neh isteri kepada orang [yakni sedara] aku di atas neh. Dia neh memang ada dua ic. Dia warga malaysia dan warga indonesia. Tapi dia lebih sayangkan indonesia berbanding malaysia. Ini dia pernah bagitau aku sendiri dulu2 larh.

Aku kenal dia dan aku dah pujuk sedara aku agar dedahkan benda neh di media. Kalau boleh salurkan informasi kepada pimpinan pas. Tapi dia cakap, dia tak kisah..masalahnya family hasni lah. Dorang taknak dedahkan neh kepada umum. Rupanya dia dah pernah discuss benda neh dengan dorang. Tapi aku tetap rasa geram. Yelah.. aku faham gak situasi dia yang tersepit antara dua tapi neh masalah seriyus bhai.

Gambar ka, info ka apa ka pasal family hasni seme aku boleh bagi tapi masalahnya sekarang dorang belum lagi nak kerjasama. Itu je. Aduhaiii.. habislah malaysia neh. Habis seme dapat ic. Celaka lue bien. Lue melegokan negara wa demi kuasa. Fack U. Sorry. Baru i perasan sabar i rupanya ada limit. 

Info : Bapak si hasni ==> pemandu teksi. Takat tue je larh aku leh share sebab menghormati permintaan suami dia yang bimbang dan takut di apa2. 

Dari apa yang aku rasa menerusi suami si hasni neh yang asyik mengelak seme idea2 aku supaya salurkan info neh pada pimpinan PAS, dorang neh kebanyakkan takut. Samada takut dengan pr ataupun takut dengan bn. Takut dengan pr <== andai selepas identiti diserbu dorang takley cari makan lagi malaysia. Takut dengan bn <== takut kena bunuh. 

Jadi.. kita kena cari jalan lain untuk mengurangkan risiko kesakitan kepada sesiapa yang terlibat dan dalam masa yang sama, kena menjaga kedaulatan negara.

Nak hadiah menarik dari blackmores? Dah jadi pelanggan setia kena cuba rebut hadiah neh dulu! 

Menangi MPV dari Microsoft.. nak cuba nasib? 

Ameno : tension.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Warga asing layak ke sertai kursus keusahawan?



Sorry. Aku betul2 tak faham benda neh. Aku tak faham kenapa warga asing layak menghadiri kursus keusahawan? Sila bawah neh ;


“Kita tuntut penjelasan KDN. Apa sebenarnya yang berlaku di resort ini, kenapa ada enam bas dari Johor membawa warga asing? Tujuannya apa? Jelaskan juga mengapa ada pergerakan daripada pegawai kerajaan se-perti polis dan Jabatan Kesihatan yang mencurigakan di situ,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda Pas, Mohd Adram Musa berkata, mereka menyedari perbuatan berkenaan sejak kelmarin.

“Jam 7 pagi, kita dapati ada enam bas berhampiran Masjid Putra dan mereka kemudian dibawa ke sebuah resort di pinggir Putrajaya setelah menyedari kehadiran kami.

“Apabila masuk ke kawasan itu, saya dapati mereka warga asing dan mengatakan hadir ke situ untuk mendapat Mykad. Bagaimanapun ia bercanggah dengan ketua rombongan yang memberitahu warga asing ini dibawa untuk kursus keusahawanan,” katanya.


Ada dua jawapan. 

1. Untuk diberikan MYKAD.

Atau

2. Untuk menghadiri kursus keusahawanan.

Mana satu betul? Masih jadi tanda tanya walaupun pihak polis dah nafikan pasal pemberian mykad tue. Korang boleh rujuk sini.

Kata polis mereka sebenarnya menghadiri kursus keusahawanan. Sebenarnya apakah mereka layak menghadiri kursus keusahawan? Bukan kah kursus keusahawanan neh sepatutnya untuk warganegara malaysia? Motif pegawai kesihatan dan pihak polis mengiringi rombongan enam buah bas itu apa? Semua satu persoalan kepada aku. 

Kenapa, mengapa dan macam mana warga asing berhak menghadiri kursus keusahawanan? Adakah alasan neh diberikan untuk menutup isu mykad? Kalau sungguh nak bagi dorang neh mykad, apa pula alasan kerajaan kali neh? Adakah terdapat perjanjian kerajaan bn dengan agent tertentu bagi memenangi pilihanraya dengan menggunakan warga asing? 

Benda neh kena siasat hingga ke akar umbi. Kalau korang lihat ada kekawan korang yang tiba2 banyak duit, seseorang yang rapat dan berfahaman politik umno/bn, dan seringkali bercampurgaul dengan warga asing, sila perhatikan dia betul2. Boleh jadi dia agent yang bertanggungjawab memberikan mykad kepada warga asing. Dan salurkan maklumat tersebut kepada pas ataupun mana2 blogger yang korang percaya. Bersama kita selamatkan malaysia dari bn dan kebanjiran warga asing.

Ameno : Malaysia neh lubuk syurga warga asing ka?

Rabu, 21 September 2011

Mereka dapat IC malaysia. [Video Inside]

Video lama yang aku tak pernah tengok. Tapi ada member di facebook share info neh kat fanpage. Thanks geng. Hehehe.. tak sangka aku benda neh masuk international news [seberang pun kira international gak kan].

Lihat bawah neh ;

 


Patutlarh orang sabah marah. Selama bertahun2 neh aku hanya terfikir napa larh member2 aku dari sabahan yang pernah keja kilang sekali dulu mereka marah sangat bila citer bab indonesia neh. Rupanya mereka ditindas. Ramai dah member2 sabah cakap pasal neh. Aku percaya pasal depa bukan cakap atas kapasiti politik. Cuma masa tue tak nampak lagi kaitan hal neh dengan umno pasal tak berapa nak amek port pasal politik. Masa zaman2 kena tipuliah. Ingatkan bn dan umno sosuci. Rupa2nya so fakcy. Dasat bhai.

Andai benar umno gunakan strategi seperti neh untuk raih undi pada masa dulu, memang tidak dapat nafikan mereka mungkin akan gunakan strategi yang sama pada PRU 13 kelak. Alamakkk.. habislah. Berapa banyak bangla, nepal, indonesia dan lain2 warga negara asing nak berkampung disini. Tak boleh blah. Negara ku negara mereka jua.

kah kah kah

Ameno : sadiss..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...