Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label johari abdul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label johari abdul. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2011

[Video Inside] Johari abdul MP PKR mengaku anwar ibrahim ialah pelaku video seks!


Sila tengok terlebih dahulu video di atas neh. Dah tengok? Okeyh benda neh mudah je.

1.Ini ialah rakaman video reaksi johari abdul ketika di tayangkan kepada nya video seks yang dikatakan mirip anwar ibrahim.

2. Johari mungkin tahu, mungkin juga taktau bahawa dia dirakam ketika disuruh menonton video ini.

3. Seperti yang kita lihat ia dipotong-potong. Pendek kata mereka amek sekerat-sekerat scene yang penting dan meninggalkan scene yang lain. Kalau berani bagi lah rakaman penuh. Bukan aku nak tuduh sapa2 or bela sapa2, cuma lebih baik bagi rakaman penuh so boleh lah kita nilai kan macam mana. Betul tak? At least bagi rakaman jelas yang dia mengatakan itu anwar ibrahim pun takpe gak.

4. Dalam video terbabit johari abdul memang ada mengatakan "bukan pasal anwar". Tapi takan cakap macam tue terus nak label dia menuduh anwar ibrahim dalam video seks terbabit pula? Aku mula2 masa tengok video pun cakap macam tue. Then kartunis zunar tegur aku dalam inbox. Dia cakap mana ada video2 seks anwar ibrahim ke apa ke, itu semua adalah fitnah. Itu ialah reaksi spontan aku kali pertama tengok video terbabit. 

Then aku ikuti kata2 eskay untuk fahamkan betul2. Selepas itu aku baca semua statement umno dan kerajaan. Aku perhatikan juga cara mereka bertindak dan ber reaksi terhadap kes neh. Akhirnya baru aku dapat fikir bahawa ini ialah satu perangkap. Aku cenderung untuk mempercayai melalui mata kepala aku sendiri. Bukan nya ikut2 orang. Aku memang jenis keras kepala. Sebab tue aku perhatikan benda2 neh sendiri. Bukan dengar apa yang orang cakap then aku ikut balik kata2 dia.

5. Kira nya video neh ialah serangan balas dari umno kepada johari abdul di atas pendedahan video fitnah skandal zina rekaan umno. Dan ini ialah satu lagi serangan peribadi. Yang sebenarnya aku sendiri sejujurnya dah muak melayan kefackan umno. Aku selaku rakyat merasakan ini semua ialah sangat gilababi. Apsal aku perlu terheret dalam kancah gilababi neh? Aku nak kan satu perlawanan yang adil. Yang mana aku attack kepincangan kerajaan, korang pula attack kepincangan pembangkang dan hasilnya sebagai rakyat aku dan ko sama2 mendapat pemimpin yang takut untuk menyelewengan dan kita akan menjaga kebajikan yang kita impi-impikan. Ini barulah fair dan square. 

Bukan nya setiap kali anwar ibrahim pong pang pasal rasuah <-- video seks siri pertama keluar.

Setiap kali mat sabu pong pang pasal tiada kerjasama umno pas <-- video seks kaler maler keluar

Setiap kali skandal fitnah disangkal hujah <-- video liwat dengan anjing keluar

Hey u ini ialah sangat-sangat-sangat

fack!

Korang ingat rakyat macam aku peduli sangat ke hal2 peribadi pemimpin? Aku tak peduli lah. Kalau aku care sangat baik aku serang peribadi keluarga piem ke tipiem ke segala bagai. Pasal aku takmo serang dorang sebab hal peribadi neh sangat subjektif. Hari neh kita boleh pong pang pong kutuk peribadi orang tapi siapa boleh jamin esok lusa dia bertaubat? Dan siapa boleh jamin bahawa peribadi kita cantik sangat? ko? Aku even ada maklumat lagi mengenai solat najib razak tetapi aku takmo tulis or dedahkan disini pasal apa? Bukan masalah aku. Itu urusan dia dengan Allah swt. Sekarang urusan dia dengan aku ialah dia kena jaga kebajikan aku atau aku maki dia. Habis.

Itu pasal aku tak boleh blah tengok cara orang umno neh berjuang. Mereka dah takde hujah sampaikan urusan peribadi pemimpin pembangkang mereka serang. Bukan aku nak tuduh anwar ibrahim beb. Tapi kalau betul sekalipun itu dia dalam video seks terbabit, bukan lah hak kita untuk aib2kan dia. Apatah lagi bila benda tue dah terang jelas fitnah. Lupa kah kita bahawa fitnah lah yang menyebabkan saidina uthman terbunuh? Siapa kah saidina uthman neh? Mungkin orang umno boleh pergi amek tahu.

Bagi aku memang pembangkang bukan maksum. Sebab itu aku suka kalau umno menyerang polisi2 pembangkang yang mana tak seiring dengan kehendak rakyat. Ada lah beberapa wakil rakyat pembangkang yang kerja dorang tidur je . Tapi orang umno tak perasan kot. Aku pun suka gak serang dorang dalam belog aku.

Tapi masalah nya pemikiran dorang neh tak sama macam pemikiran rakyat yang bebas macam aku. Mereka ini dibayar. Itu ialah natijah wang. Bila kita dibayar untuk berjuang.. maka benar kah kita berjuang? Allah swt lebih tahu beb. Sekian.

Ameno : Hanya syaitan mengenal fitnah.

Rabu, 23 Mac 2011

Hot ! Identiti datuk T dah terdedah!

 Baca bawah ;

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011 

Ameno : Tengah tunggu rahim chik nafikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...