Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan

Khamis, 22 November 2012

Gambar penduduk AMUK pasal AIR di JOHOR tersebar.

Tv3 ko bila nak lapor? Malam neh ke? Berapa minit? Silap. Berapa saat? 10 saat? 

kah kah kah

Apa pun jom kita baca dulu luahan penduduk yang ditumbuk dan dibelasah oleh pemaju sehingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.


Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam.


Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.


Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.


"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.


“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.


"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini,
namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.


“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.


"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan
pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan  tidak munasabah.

“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.


“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik.
Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.


Ini gambar AMUK yang disebarkan oleh sinarharian ;


Ini pula cara media arus perdana laporkan berita ;



Hehehe.. 

AMUK sebab PEMAJU taknak bertanggungjawab atas apa yang dorang dah buat kat penduduk sebenarnya. Tapi yelah isu asasnya masih AIR. 

Apa pun cadangan aku ialah baik penduduk2 kat situ check dulu samada pemaju yang buat kerja2 pembersihan tue ada kaitan dengan BN ke takde. Kalau ada kaitan dengan mana2 orang BN so pepaham sendiri la nasib korang selepas neh. 

Selamat tingggalll rumahh kuuu.. selamatt ttinggalll.. tanahkuu.. confirm la bn akan aniaya korang sampai mampos. Ingat.. sendiri undi dan pilih bn oke. So well done. 

Khamis, 11 Oktober 2012

Kenapa PKR tidak mahu berikan air percuma kepada pengguna meter pukal?


PKR menggunakan pelbagai alasan untuk menafikan hak air percuma kepada pengguna2 meter pukal. Kalau aku menjadi salah seorang pengguna air meter pukal aku juga akan rasa sakit ahti. Memang logik sesangat untuk rakyat sakit ahti sebab apa?

Ini alasan nya ;

1. Permainan SYABAS.

Syabas melakukan pelbagai cara dan taktik untuk menukar meter2 pukal kepada meter2 individu. Ini mereka buat sebab nak mengangu pentadbiran PKR di selangor.

2. KEBODOHAN PKR ikut telunjuk SYABAS.

Yup. PKR juga ikut bodoh sebab membiarkan diri ditelunjuki oleh SYABAS. Mereka ikut permainan dan rentak SYABAS. SYABAS buat taktik A, mereka bagi alasan A. SYABAS buat taktik B, PKR bagi alasan B. 

Kalau macam neh sampai mampos tak settle2 masalah rakyat disebabkan kaw berdua. Yang terhimpit, tercekik dan tersepit tetap lah rakyat jelata. Bukan dua ekor mangkok di atas. Isunya mudah. Kalau syabas main taktik, ko balas main taktik jek. 

Ko jangan balas main alasan. Sekarang syabas takmo pasang meter pukal. Oke fine. Ko boleh pasang sendiri. Alamak aii modal siot. Nak cekau mana. Takan nak buat satu lagi company macam syabas plak? Boleh diusahakan tapi makan masa. Modal lagi. 

Sementara nak tunggu set up itu neh rakyat kekal merunggut. Bila merunggut bien amek kesempatan. Masuk tv. Masuk paper. Nak salahkan rakyat yang merunggut? Tak boleh der. Rakyat macam ko dan aku ialah rakyat. Merunggut adalah kerja kita.  

Kalau kita tak merunggut pemimpin2 yang melakukan kerja2 pentabdiran akan memerintah negara sambil lewa. Sebab tue kena merunggut. Tapi jangan merunggut benda yang merepek2.

Merunggut sekalipun kena bagi fakta dan asas kenapa kita merunggut. 

Dalam hal neh pkr ;

1. Tak boleh nak pastikan seme rakyat di selangor menggunakan meter pukal.

2. Tak boleh nak pastikan syabas memberikan sepenuh kerjasama

Tetapi pkr boleh bagi jek air percuma pada pengguna2 meter pukal guna satu sistem yang aku baca dulu2 kat fmt. Itupun sebab ada member fb yang suruh baca. Sistem dia mudah.

Kita buat satu contoh.

Katakan satu ada flat. Flat tersebut didiami oleh 50 keluarga. Tiap2 hari depa guna air dan bil akan keluar secara bulanan atas nama company. So dari sini apa yang boleh pkr buat ialah ;

1.Jumlah penduduk x jumlah air percuma = jumlah yang dorang sepatutnya dapat tiap2 bulan.

= 50 keluarga x 20 m padu = 1000 m padu.

2. Jumlah bil air bulanan - jumlah air percuma = jumlah bil yang perlu di bayar.

= Jumlah bil air bulanan - 1000 m padu = baki yang perlu dibayar.

3. Baki yang perlu dibayar / jumlah penduduk.

= Baki yang perlu dibayar / 50 buah keluarga = jumlah setiap isi rumah perlu keluarkan untuk bayar bil air.

Itu jika penggunaan bulanan melebihi dari peruntukkan air percuma. Kalau kurang? Langsung tak payah bayar der.

Company tersebut boleh serahkan bukti dan invois kepada pkr untuk audit. Yang penting rakyat dapat air percuma. Tak kira la sistem macam mana pun pkr nak buat yang penting kebajikan rakyat harus didahulukan. Jika ini PKR buat dari dulu agak2nya ada tak orang demo pasal air sana sini? 

Rujukan ;


SYARAT-SYARAT

Bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

http://mes.selangor.gov.my/modules/content/content.php?page=air-percuma-setiap-bulan

Rujukan ;

Kerajaan Negeri tidak menghalang sekiranya pengguna air di pangsapuri di negeri ini mahu memfailkan saman berhubung kegagalan menerima subsidi air percuma yang diberikan kepada semua rakyat.
Mengulas lanjut isu tuntutan saman yang difailkan oleh 711 pengguna air, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.
Katanya, dengan saman ini membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui masih terdapat rakyat yang tidak menikmati air percuma kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
“Sekiranya seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan ia boleh dibenarkan untuk menerima peruntukkan? itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan.
“Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...