Aku rasa ramai dah tahu 8tv tue apa dan dari mana dia datang. Tak perlu aku nak terangkan panjang lebar bab tue. Tengok gambar di atas neh. Ini ialah gambar wartawan 8tv. Wartawan ini mempunyai niat untuk menyampaikan maklumat/berita yang menyelewengan dari fakta.
Apa yang dia buat? Dia cuba buat perangai macam wartawan utusan. Dia tanya anwar pasal jam omega. Niat dia, jawapan anwar akan diputarbelitkan dalam paparan berita 8tv dan buletin utama. Dia dipercayai bertindak demikian atas arahan boss dia.
Salah ke dia tanya soklan macam tue? Tak salah. Salah ke anwar jawab kat mana jam omega? Tak salah gak. Tapi niat dia tue yang salah. Salah sebab dia cuba nak menyelewengkan minda penonton berita. Dia cuba nak terap persepsi bahawa anwar takmo tunjukkan jam omega.
Untuk rekod, anwar akan tunjukkan jam omega itu kepada pihak polis. Dan anwar sudah bersetuju dengan penubuhan siasatan diraja. Baca sini.
So rasanya ini bukan isu lagi kan? Tunggu RCI ditubuhkan dan biarlah RCI bicarakan kes neh. Apa nak susah?
Ameno : Kesian wartawan.. tanya salah, tak tanya pun salah. Kalau tanya kena herdik dengan orang awam, kalau tak tanya kena herdik dengan boss.. hahahah leceh gak jadi wartawan enh.
