Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Valentine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Valentine. Papar semua catatan

Isnin, 14 Februari 2011

10 hadis sempena valentine..


Berikut adalah 1O hadis terbaru yang diperolehi sempena isu valentine di malaysia. Samada hadis tersebut adalah sahih, tidak sahih, tipu ataupun olok-olok korang fikir sendiri. Heh

1. Dari chua soi lek meriwayatkan kepada pemberita ;

"Saya meminta agar ustazah tersebut dilarang untuk memberikan ceramah di tv kerana menghina kristian. Menghina hukum islam takpe. Small matter"

Track record terbaik CSL.

Seseorang yang idealistik mengutuk islam dan bercita-cita tinggi liat nak lepaskan jawatan. Paling popular bila aksi lucahnya difilemkan dalam bentuk video. Yang menarik ramai orang meminati aksi tersebut sehingga memaksa CSL melepaskan semua jawatan kerajaan pada ketika itu menjadikan dia adalah pornstar yang paling top di malaysia. Namun disebabkan sudah tidak larat untuk membuat aksi lucah lagi, dia bersara dan kembali menyandang jawatan dalam kerajaan untuk menjamin kehidupan waktu tua nya.

2. Dari Ng Yen Yen meriwayatkan kepada reporter ;

"Industri pelancongan akan hancur jika PAS bersikap seperti police moral. Valentine ialah satu sambutan yang penting kerana itulah harinya malaysia mengumpulkan keuntungan yang paling banyak dalam setahun"

Track record terbaik NYY.

Seseorang wanita yang suka jimat akal. Dengan menyimpan akal di dalam peti ais, dan bercakap macam orang takde akal, NYY sangatlah dikagumi masyarakat malaysia sebab rela bercakap tanpa menggunakan akal.

3. Dari Ketua Pemuda Dap meriwayatkan kepada pemberita ;

" Kami tidak sokong PAS untuk membendung aktiviti maksiat orang islam pada hari valentine. Apa yang dilakukan oleh PAS adalah karut dan mana boleh maksiat dibendung. Tetapi kalau berleluasa je aktiviti buang bayi memang slumber mak enon lah kami kutuk org melayu"

Track record terbaik KPD

Seseorang yang cukup bijak menggunakan teknologi moden. Jika zaman sekarang orang menggunakan telefon untuk menyampaikan mesej dan meluahkan rasa tetapi KPD lebih bijak dari orang zaman sekarang sebab menggunakan medium akhbar untuk menyampaikan mesej terus kepada DPP. Dengan cara itu sesiapa yang tahu akan terus alert perkara tersebut kepada DPP. Dia memang seseorang yang pro teknologi. Hebat.

4. Dari Persatuan gereja kristian di malaysia meriwayatkan kepada reporter ;

"Valentine dan krismas tiada asas dengan kristian. Walaupun krismas diraikan oleh penganut kristian dan nama valentine dipetik sempena paderi valentine"

Track record terbaik PGKM 

Seseorang yang cukup bijak menilai menggunakan telinga. Dengan menggunakan telinga ketika mendengar ceramah ustazah, PGKM terus dapat membezakan apa itu tradisi masyarakat kristian dan tradisi ajaran kristian. Kerana terlalu pandainya mereka menilai juga sambutan krismas di raikan oleh penganut kristian tiap-tiap meskipun tiada asas. Mereka memang hebat.

5. Dari artis melayu malaysia meriwayatkan kepada utusan malaysia ;

"Kami tak pernah sambut valentine pada tahun ini. Valentine itu haram hukum nya. Kalau setakat rambut perang atau buka aurat itu kes biasa"

Track record terbaik artis melayu malaysia.

Sekumpulan artis yang paling pandai mempamerkan imej munafiq. Kadangkala lakonan bersahaja mereka mampu membiarkan minda kita berkata-kata dengan bersahaja betapa munafiqnya mereka meskipun ketika itu mereka mungkin sedang berlakon sebagai seseorang yang munafiq.

6. Dari utusan malaysia meriwayatkan kepada pembaca melayu ;

"Sambutan valentine itu termasuk dalam analisis ekonomi. Kerana orang melayu itu bodoh, maka terpaksalah kami hujahkan dari sudut agama"

Track record terbaik utusan malaysia

Sekumpulan pengarang yang memang bijak dalam menulis ayat plastik. Selain dari hebat menanamkan rasa kebencian kepada kaum lain, mereka juga hebat memutarbelitkan fakta dan minda pembaca. Kehebatan mereka dalam menulis kepalsuan dan kebohongan diakui oleh hampir seluruh generasi melayu di malaysia. 

7. Dari Majalah artis melayu meriwayatkan kepada pembeli setia ;

"Jangan sambut valentine. Hukum dia haram. Kami tak pernah buat special cover sempena valentine untuk tahun ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami siap menganjurkan pertandingan dan mewanwancara artis lagi"

Track record terbaik majalah artis melayu di malaysia

Sekumpulan pemberita yang memperjuangkan industri hiburan dengan cara expose tubuh badan artis kemudian nya mengatakan artis tersebutlah yang rela tayang badan. Kehebatan perjuangan mereka lebih terbukti apabila satu-satu artis buat hal, mereka mampu boikot berbulan-bulan sehingga artis tersebut minta maaf tetapi tak mampu boikot artis yang tayang body ketika bergambar. Keplastikan dalam memberikan alasan benar-benar mengharukan rakyat islam di malaysia. Hebat.

8. Dari muyiddin meriyawatkan kepada rakyat malaysia.

"Orang melayu tak boleh sambut valentine kerana valentine bukan budaya kita pada tahun ini. Tahun-tahun sebelumnya boleh"

Track record terbaik muyiddin 

Seseorang yang berjiwa islam sejati. Hukum menyambut valentine haruslah dipentingkan tetapi menghukum menipu rakyat dan membiarkan anak menjadi artis boleh diremehkan. Kehebatan muyiddin dalam memberikan senyuman ketika menipu sangatlah di kagumi oleh seluruh rakyat malaysia. Mungkin mengambil inspirasi dari lagu senyuman anak kandung yang tersayang.

9. Dari jamil khir meriwayatkan kepada orang islam ;

" sambutan valentine haram kerana orang islam suka berbuat maksiat di malam valentine"

Track record terbaik jamil khir.

Menerima sumbangan judi dengan senyuman lebar. Menerima keputusan najib untuk membenarkan sukan judi dengan senyum lebar. Menerima perlakuan rosmah yang tak bertudung dengan senyum lebar. Menerima pelbagai kemungkaran umno dengan senyum lebar. Ini memang hebat dan sangatlah di sanjungi tinggi kerana bukan calang-calang orang yang berpengetahuan tinggi dalam agama boleh melalui ujian seperti ini. Hebat.

10. Dari JAKIM meriwayatkana kepada orang islam ;

"sambutan valentine haram kerana terdapat roh-roh kristian di dalam nya"

Track record terbaik JAKIM

Satu badan yang bertanggungjawab menjaga akidah umat islam apabila PAS mula membuat pemantauan. Selagi PAS tidak membuat pemantauan selagi itulah JAKIM akan kekal duduk tanpa bersuara. Di kagumi tinggi kerana bukan senang nak cari orang yang sanggup bersabar dengan kemungkaran dan rela berdiam diri dan duduk dengan sabar melihat roh-roh kemungkaran di depan mata. Usaha JAKIM yang sanggup tutup mulut juga dilihat usaha untuk mengurangkan dosa mengumpat. Syabas.






Ameno : Adeh penat menulis dowh..

Bukti Ustazah Siti Norbahyah di fitnah MCA!



Sila lihat kandungan video ini betul-betul dan fahamilah ia.

1. Ustazah tidak menghina ajaran kristian.

2. Ustazah juga mengatakan ianya tradisi MASYARAKAT kristian bukan AJARAN kristian. Kan ada beza besar di situ?

3. Ketika memberikan ceramah ini, ustazah juga seolah-olah mengambarkan masyarakat kristian [dalam ayat tersebut] seperti merujuk kepada masyarakat di barat.

4.Kepada penganut kristian di malaysia, jangan SPIN fakta.

5. Jangan suka EMOSI tak tentu pasal.

6. BUKTI sudah ada, sila NAFIkan ia kalau berani. 

Ameno : Ustazah neh bukan pro mana-mana politik, jadi takpayahlah nak memangsakan ustazah neh..

Sabtu, 12 Februari 2011

Jangan mengecam Ustazah Siti Nor bahyah.


Sila tengok statement printscreen kat bawah neh ;


Kesian ustazah siti nur bahyah. Niat dia baik. Cara dia pun baik. Tapi dimanipulasikan atas agenda politik. Ceh.

Sebelum neh MCA ada membidas ustazah siti atas sebab yang sama. Konon nya ustazah bertindak melampaui batas dalam ceramah yang melarang orang islam sambut valentine. Melampaui batas enh? Ble orang citer pasal fakta itu bukan nya melampaui batas. Itu adalah kebenaran. Penganut kristian kena buka mata dan sedar diri. Korang kena faham apa itu fakta dan apa itu auta. Memandangkan korang liat nak faham dan emosi melebih-lebih meh aku kasi explain baik punya. Tapi kalau pas neh nak mengamuk ke nak memaki hamun aku kat blog aku ke itu korang punya pasal. Mentaliti manusia neh memang sukar di ubah. Yang kebenaran itu pahit mereka marah. Tetapi suka kepada kepalsuan sebab sedap di dengar? Heh.

Sebelum tue aku kena admit yang aku tak tengok pun ceramah ustazah siti mengenai isu neh. Aku taktahu apa dia cakap sebenarnya. Tetapi melalui pengalaman aku melihat ceramah2 dia yang lepas, dia cukup menjaga tutur kata dan lengok suara. Tak pernah lagi dia bercakap dalam nada menghina apatah lagi menyakitkan ahti. Aku percaya dia sekadar memperincikan mitos yang disampaikan dalam satu generasi ke dalam satu generasi dalam bentuk ayat yang tersusun. Memandangkan dia menjelaskan dua,tiga kisah di balik valentine [merujuk statement printscreen di atas] aku percaya dia tahu seme itu mitos dan dia memperjelaskan kaitan mitos itu dengan sambutan valentine bagi menyedarkan masyarakat muslim di malaysia. 

Meskipun kisah tersebut mungkin mitos, tetapi fakta yang mereka [penganut kristian] tak boleh tolak ialah

- kisah-kisah tersebut dimitoskan oleh penganut kristian
- penganut kristian mencipta hari valentine untuk tujuan tertentu
- penganut kristian mempunyai kaitan dengan valentine sebab valentine ialah paderi bagi ajaran kristian.

Jadi kenapa mereka nak rasa sakit ahti pula? Marah sebab ustazah siti cakap perkara yang fakta? Adakah masyarakat kristian keterlaluan 'pandai' sehingga tak faham point yang disampaikan oleh ustazah? Adakah sebab ustazah mengulas penganut kristian mempunyai kaitan dengan budaya di bawah ini?

- couple2
- maksiat
- disko

Boleh jadi masyarakat kristian lupa, tetapi suka saya nak ingatkan di sini. Apa yang di ucapkan oleh ustazah siti bukan satu kesalahan. Ustazah siti tidak mencerca, menyerang apatah lagi memperolok-olokkan fakta. Satu perkara yang penganut kristian kena faham ialah penganut kristian mungkin boleh mengakui mereka penganut kristian tetapi samada mereka benar-benar menganuti ajaran kristian ataupun tidak siapa yang tahu?

Jika ada penganut islam yang meninggalkan ajaran islam sebahagian dan mengambil sebahagian, penganut kristian juga begitu. Tidak lari pun dari konsep ini.

Oleh itu apa guna nak melatah ble ustazah siti cakap perkara yang fakta dan terbukti benar. Ada penganut kristian dari sabah yang saya kenal mengandung sebelum kahwin [maafkan saya citer pasal neh]. Adakah ajaran kristian membolehkan penganutnya menjalinkan hubungan seks sebelum kahwin? Tidak bukan.  Tetapi kenapa ramai masyarakat kristian melakukan perkara tersebut? Peratusan yang mengikuti ajaran mereka berapa orang? Peratusan yang mengakui mereka kristian tetapi tidak beriman dengan kitab bibble ada berapa pula? Kalau dah majoriti tidak mengamalkan apa yang mereka imani menerusi kitab bibble memanglah normal mereka akan diperlihatkan seperti begitu.

Tak percaya? Penganut islam juga begitu. Majoriti mereka tidak mengamalkan apa yang tercatat dalam Alquran sehingga menyebabkan islam di pandang negatif. Tetapi adakah penganut islam menyalahkan orang lain di atas persepsi buruk tersebut?Tidak. Sebab itulah hakikat dan kebenaran. Hakikat bahawa jika ada penganut islam yang tersasar dari ajaran sebenar, maka islam lah yang akan di kecam. Di seluruh dunia masyarakat mengecam islam sebagai terorist dan sebagainya. Sehingga ada penganut kristian nak bakar Alquran secara online di youtube. Sehingga ada kumpulan facebook kristian yang mencemuh islam di seluruh dunia. Sehingga ada kumpulan facebook kristian [malaysia] yang mengatakan bahawa malaysia ini hak milik kristian [sila search di facebook anda sendiri].

Penganut kristian juga tak harus lupa pada hakikat dan kenyataan ini. Ia tercatat dalam sejarah dan fakta membuktikan perkara ini benar. 

1. Kitab bibble [injil] telah di ubah 2 kali [secara bertulis] dan berkali-kali [secara persepsi].

2. Apa yang terkandung dalam bibble [bukan kitab asal injil] adalah tulisan dan ikut rasa manusia yang mengubahnya.

3. Mereka juga menghina Nabi Ibrahim a.s dengan mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s tidur [bersetubuh] dengan anak perempuan sendiri. [Tak pasti Nabi Ibrahim ataupun Nuh].

4. Terdapat penganut kristian tidak mengimani dan tidak beramal dengan apa yang tercatat dalam bibble mereka.

5. Dalam ajaran kristian, mereka tak boleh bersetubuh sebelum berkahwin.

6. Dalam ajaran kristian mereka juga tak boleh pakai seksi-seksi dan singkat-singkat.

7. Dalam ajaran kristian mereka perlu pergi ke gereja seminggu sekali iaitu pada hari jumaat, yang mana saya lihat orang kristian jarang buat.

8. Dalam ajaran kristian mereka juga tidak boleh berjudi, membunuh, merompak, menipu, rasuah ataupun lebih tepat harus mengelakkan diri daripada perbuatan yang mungkar/jahat.

9. Dalam ajaran kristian mereka menekankan konsep matlamat hidup yang baik. Mereka juga perlu percaya kepada kewujudan Allah swt.

10. Krismas dan valentine bukanlah perayaan kristian. Tetapi direka2 oleh penganut kristian. Mungkin sebab mereka perlukan sesuatu perayaan untuk diraikan. Tiada siapa tahu sebab sebenarnya. Tetapi aneh kerana ramai org kristian menyambut krismas dan valentine meskipun mereka tahu ianya adalah rekaan semata2. Paderi turut merayakan krismas.[rujuk negara barat].

11. Dalam ajaran kristian, mereka mengakui Isa anak tuhan [konon nya] dan Isa telah disalib..

Sebab itu mereka memakai lambang salib bagi mengingati peristiwa tersebut. Siapakah yang menyalib Nabi Isa? Boleh bagitau saya tak? Heh

Terdapat ramai penganut kristian tidak beramal dengan apa yang mereka imani. Saya kenal ramai dari mereka memakai nama kristian dan menyambut krismas. Tetapi adakah mereka benar-benar penganut kristian saya tidak tahu. Sebab apa, bila saya melihat perlakuan mereka, yang sebaliknya pula saya lihat. Mereka hadir ke gereja setahun sekali pun payah. Jika merujuk di Amerika, mereka juga mengakui mereka menganuti kristian tetapi berbogel, bercium, buat maksiat secara terang-terangan. Tetapi acapkali bila berkahwin mereka memilih untuk berkahwin di gereja. Ini menimbulkan tanda tanya di dalam jiwa saya.

Jika ada penganut islam yang meninggalkan islam, penganut kristian pun ada yang begitu dan mereka kena terima hakikat. Ramai di antara mereka mengakui kristian tetapi budaya melepak di disko, couple2, buat maksiat sudah menjadi trend. Barangsiapa yang melihat perlakuan tersebut sudah tentu akan memikirkan apakah ini budaya kristian? Jika bukan kenapa tiada paderi kristian yang melarang perkara tersebut secara terbuka? Ini kerana jika mereka tak berbuat demikian orang lain akan salah sangka bahawa kristian membenarkan perlakuan tersebut. Dan jika wujud persepsi bahawa paderi kristian tidak berdakwah kepada masyarakat kristian itu sendiri, sehingga masyarakat kristian disalahertikan, nak salahkan siapa pula?

Seperti yang saya lihat hari ini. Saya sudah katakan di atas. Ramai di antara kawan2 saya kristian saya tidak beramal dengan apa yang mereka sepatutnya imani. Tetapi mereka mengakui mereka kristian dan mempercayai Isa anak tuhan. Mereka juga mengakui Allah swt itu wujud. Namun bile melihat mereka, saya tak nampak pun mereka mencegah diri mereka daripada kemungkaran. Bukan sahaja tiada langkah-langkah pencegahan, malahan sesetengah mereka fikir orang islam tidak tahu ajaran kristian yang sebenarnya. Mungkin mereka lupa bahawa Alquran adalah versi update kepada bibble itu sendiri. Memandangkan Alquran adalah versi terbaru dari Allah swt, maka sudah tentulah Allah swt sudah menerangkan kandungan sebenar kitab injil [bibble] yang dibawa oleh Nabi Isa.

Sebelum nak marah orang lain di atas tanggapan buruk terhadap penganut kristian, adalah lebih baik jika paderi kristian di malaysia dan seluruh persatuan gereja di dunia berdakwah kepada masyarakat kristian untuk mengamalkan ajaran kristian yang sebenarnya. Jika penganut kristian kembali menganuti agama mereka, mungkin persepsi buruk itu tidak akan wujud lagi. 

Saya juga nak maklumkan disini bahawa saya menerima mesej menerusi fb, yang mengajak saya boikot ustazah siti nor bahyah. Saya tidak berminat nak boikot ustazah. Saya juga nak pesan kepada mereka [pakatan pembangkang khususnya kepada bkn islam] agar jangan teruskan sikap bodoh dan bangang itu.  Dibimbangi kelak, anda yang terboikot. 


Jika merujuk kepada trend umat islam sekarang, kita melihat umat islam semakin sedar dan menerima kelemahan mereka sendiri. Mereka juga mula kembali kepada ajaran islam. Mereka juga mula untuk memikirkan jalan untuk bersatu demi Allah swt. Apa yang terjadi di mesir tidak mustahil akan berlaku di malaysia. Dan jika itu terjadi, mungkin penganut kristian akan berasa takut. Sebelum anda semua merasa takut, haruslah saya bagitau perkara ini terlebih dahulu, iaitu tak kira apa pun ajaran yang anda anuti, anda selamat di bawah islam. Ini janji Allah swt.

Updated :

Jakim juga mengatakan sambutan valentine terarah kepada maksiat dan mempunyai kaitan dengan roh2 kristian. Baca sini. Adakah jakim akan di kecam oleh mca, dap, gerakan dan persatuan gereja seluruh malaysia sebagai menghina kristiann? Sama2 kita nanti.

Ameno : ramai kawan kristian saya, makan tak baca doa.. sedangkan itu adalah sebahagian dari ajaran mereka. Kenapa? Jangan ditanya orang islam kenapa, kerana kami sedar diri bahawa ada penganut2 kami yang tersasar..  heh..

Panas !!! Ng Yen Yen marah Nasrudin pasal Valentine!


Cadangan 'kekang aktiviti tidak bermoral' oleh Pemuda PAS menyebabkan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menerima ratusan panggilan telefon daripada mereka yang bimbang dengan perkara itu.

Mendedahkan perkara tersebut kepada pemberita di Kota Baharu hari ini, Menteri Pelancongan itu berkata panggilan terbabit datang daripada pelbagai pihak termasuk pelancong asing.

"Para pemanggil berasal dari industri pelancongan luar dan dalam negara. Kenyataan tersebut boleh menyebabkan ketakutan atau kebingungan pada pelancong asing untuk datang ke negara kita dan perkara itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk mempromosikan Malaysia," katanya.

Ng yang ditemui selepas Majlis Riang Ria Tahun Baru Cina, berkata keadaan itu menunjukkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan tersebut boleh membawa kesan buruk kepada sektor pelancongan negara.

Nasrudin sebelum ini dilapor meminta negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melaksanakan kempen mengekang gejala tidak bermoral pada Hari Kekasih yang disambut masyarakat dunia pada setiap 14 Februari.

Mengulas lanjut, Ng berkata beliau tidak nampak kewajaran melaksanakan kempen sedemikian yang boleh mencetuskan rasa tidak senang kepada pelancong asing di negara ini.
"Mengapa ada keperluan untuk memiliki polis moral berlari-lari dan meletakkan ketakutan pada pelancong asing yang akan berasa tidak selesa untuk menikmati percutian mereka di Malaysia," katanya.

Dah baca statement dari ng yen yen neh? Heh. Hebat.

1. Pelancong asing majoriti ke kat malaysia neh? Tidak. Orang islam yang majoriti. Aktiviti tersebut untuk kekang orang islam dari buat maksiat. Apa je pelancong asing nak takut enh? Mereka tidak tertakluk pun kalau mereka orang bukan islam. Kalau mereka orang islam mereka pun tak kecoh beb. Heh.

2. Kesan buruk kepada sektor pelancongan? Satu hari punya kes, malaysia boleh rugi berapa? Kalau boleh cegah aktiviti buang bayi rasanya itu pulangan lumayan beb. Ng yen yen fikir kasi jauh sket maa.. Heh

3. Ceh. Balik2 pelancong asing yang dia utamakan. Ingat malaysia neh tempat tinggal pelancong asing ke? Kalau ko nak jaga pelancong asing tue, pergi cepat2 upgrade facilities kat bukit jalil tue. Tempat macam sampah untuk tunggu bas. Aku rasa pelancong asing lebih menekankan kemudahan dan layanan yang mereka dapat di malaysia daripada menyemak dan menyibuk aktiviti2 kerajaan yang melibatkan islam. 

Apsal menteri umno senyap je neh. Cepatlah bela PAS. Kata juara islam. Inilah masa nya beb. Inilah masa nya. 

Ameno : Semakin banyak yang bebal berbahasa. kempen anti maksiat untuk kekang aktiviti tidak bermoral orang islam. Kalau lepas neh mulut2 bukan islam mengutuk org2 islam buang bayi dan etc.. aku lempang sekor2. Ingat, amaran sudah diberikan disini.

Jumaat, 11 Februari 2011

Sambutlah Valentine kerana ianya bukan haram...


Leceh betul. Satu perkara pun nak ulang cakap sampai berpuluh-puluh blog menyiarkan perkara neh. Ada yang mempertahankan valentine. Ada yang marahkan valentine. Ada yang keliru samada patut ke tak patut sambut valentine. Benda remeh cam neh pun nak bertekak bagai nak rak. Ini baru isu kecik. Isu kecik cam neh sepatutnya takdelah bebankan kepala hotak. Tetapi ntah camne benda-benda camne lah mereka pusing berdarjah-darjah untuk kelirukan penganut-penganut islam di malaysia. Heh

Setiap perkara mesti ada asas. Setiap perkara mesti ada permulaan. Kena kaji apa itu asas dan permulaan kepada valentine itu sendiri. Memandangkan Allah swt tak terangkan pasal valentine dalam Alquran kepada kita, jelaslah kita kena pergi buat research sendiri. Hasil research aku mendapati bahawa ;

1. Kisah [lagenda] paderi valentine yang sering diperkatakan oleh masyarakat kebanyakan kita boleh diragui sumber keasliannya.

2. Menerusi wiki yang aku baca cincai boncai pasal malas, dia [penulis yang juga boleh diragui keamanahannya dalam menyampaikan mesej] mengatakan tiada elemen-elemen romantika dalam asbab kematian paderi valentine. Entah kenapa tema kasih sayang [romantik] dengan kematian paderi ini boleh terkait. Faktor masa menyebabkan ramai orang mula salah tafsir.. Memang aku percaya. Manusia suka mengumpat dan membuat persepsi sendiri. Contoh terdekat ialah aku sendiri. Lihat sini

3. Paderi valentine mati pada 14 february juga tidak dapat dipastikan. Apa yang ada cumalah dia dikuburkan pada 14 february. Tarikh kematian tidak dapat dikenalpasti. Paderi-paderi kristian juga secara teknikalnya tidak tahu kesahihan fakta-fakta valentine neh. Apalah yang kita boleh harapkan pada mereka sedangkan mereka pun main ubah je kitab asal injil tue kan? [maaf enh penganut kristian, walaupun saya taknak cakap tapi benda neh fakta, kita kena terima okeyh]. Lihat sini.

4. Terdapat pelbagai mitos dan lagenda kenapa valentine disambut dibeberapa negara barat yang kemudian nya turut tersebar ke negara-negara arab dan asia.

5. Antara mitos yang aku baru amek tahu.. [dulu aku tak pernah amek tahu.. siyes aku tinggalkan valentine itu demi akidah ku bukan demi mitos] 

Hari valentine ini diraikan sempena mengingati perngorbanan dan jasa-jasa paderi valentine terhadap rakyat rom suatu ketika dulu. Paderi valentine neh pernah memujuk pemerintah rom [raja] untuk menganuti kristian tetapi ditolak oleh pemerintah ketika itu. Askar-askar [lelaki] rom pada ketika itu konon nya tidak boleh berkahwin atas alasan perkahwinan akan melemahkan kekuatan fizikal mereka. 

Namun secara senyap-senyap paderi valentine mengahwinkan juga askar-askar muda rom kepada pasangan masing-masing. Apabila penguasa rom mendapat tahu akan perbuatan paderi valentine, dia jadi marah dan memanggil paderi valentine mengadap. Ketika sesi soal-jawab, penguasa rom sempat memujuk paderi valentine agar menukar agamanya kepada agama pagan [animisne = atheis = tiada kepercayaan kepada agama]. Jika paderi bersetuju, penguasa rom akan membebaskan paderi valentine daripada sebarang hukuman tetapi paderi valentine enggan. 

Kerana marah, paderi valentine dijatuhi hukuman mati. Sebelum mati, paderi valentine telah menyembuhkan seorang perempuan yang buta. Dan ketika dijatuhkan hukuman mati, paderi valentine telah menghantar sekeping kad kepada gadis tersebut sebagai tanda ingatan/kasih sayang. Aku pun tak sure. Maklumat neh bersepah dalam google. 

6. Namun kisah di atas ini [dan lain2 kisah] telah banyak kali menjadi pertikaian di barat. Mereka mengatakan bahawa kisah yang diperkatakan dalam valentine day itu adalah mitos dan bukan nya fakta.

7. Kenapa barat sibuk2 nak pertikaian kesahihan citer di atas, aku tak pula nak amek tahu. Cuma nak bagitau memandangkan orang barat pun mencucuk mitos kristian neh, apakata kita owang islam pun cucuk gak mitos kristian neh?

8. Sabar dulu bukan aku nak create perang salib version II ke ataupun the remake of perang salib, cuma nak memperjelaskan je bahawa orang2 kristian [orang islam pun sama gak] neh suka betul lah mengada-ada kan apa yang tiada. Heh

9. Dah kalau macam tue, apa je ada hal orang-orang islam sibuk nak celebrate menda alah neh hah? Ceh, dah kantoi dah taktik paderi-paderi kristian.

10. Negara seperti jepun dan korea celebrate valentine neh secara meriah. Mungkin sebab tiada kepercayaan kot. Yelah dorang neh bukan macam kita orang islam. Busy nak mampus 24 jam. Solat wajib je ada 5x. Itupun belum masuk bab zakat, puasa dan menunaikan haji. Time dekat2 nak raya pun busy. Tak kiralah raya apa sekalipun. Pendek kata orang islam memang busy so kalau dah busy apa ke hel nya nak sambut valentine yang dimitoskan oleh kristian agar diraikan oleh setiap manusia di seluruh pelosok negara?

11. Di samping itu sambutan valentine ini juga sebenarnya satu pembaziran. Peniaga mula fikir untung segera dengan menawarkan product-product makanan seperti coklat dan bunga konon nya untuk meraikan rasa kasih sayang. Padahal nak bagi korang gemuk weh!!! Ble dah gemuk mulalah slimming centre bagi diskount untuk kurus pula... Bunga-bungaan pula selalunya tak laku time hari-hari biasa. Biasanya hari-hari cam neh lah bunga tetiba laku.. ceh. Mengekplotasikan mitos valentine untuk mengenakan kita sebagai pengguna. Peniaga itu sesat. Sesat mencari untung. Heh.

12. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan sambutan valentine neh memang ada kaitan dengan kristian. Kristian secara teknikalnya tiada perayaan tersendiri. Krismas tue pun entahlah.. tak tercatatpun dalam bibble dorang kan? Dalam islam ada macam-macam perayaan.  Mungkin kristian melihat perkara tersebut dan mulalah mencipta pelbagai mitos dan etc.. untuk membolehkan mereka pun ada sambutan macam orang islam. 

13. Walaupun lagenda valentine adalah satu mitos tetapi ianya tetap tercatat sebagai salah satu hari yang diraikan oleh penganut kristian di seluruh dunia. Yang tak kristian pun raikan gak. Tukar format kepada tema kasih sayang.. tetapi tak tukar asas kepada sambutan [fakta kes kenapa hari valentine tercipta].

14. Mungkin tujuan penganut kristian pada ketika itu adalah baik. Iaitu mahu memperuntukan satu hari khas untuk tema kasih sayang tetapi sayangnya hari itu telah disalahertikan. Sebab kebanyakkan pada hari itu orang islam busy buang duit dan buang tenaga untuk berseks.

15. Lagipun tiada matlamat dan niat yang khusus diperincikan kenapa orang kristian pada ketika itu sibuk mempromosikan valentine neh.

16. Maaf sekali lagi, tiada niat pula nak bercerita pasal kristian kat sini tetapi nak buat macam mana, fakta valentine neh memang sedikit sebanyak terkait dengan ajaran kristian. Kepada orang2 kristian yang matang, mereka faham benar saya ulas berdasarkan fakta setelah menyelusuri sejarah kewujudan hari valentine.

17.  Paling terpenting sekali ialah orang islam sejak dulu lagi suka melebih2. Kalau orang sambut krismas kat umah, dorang sambut krismas dengan party foam. Orang kristian pun kalah. Begitu gak dengan valentine neh. Kat malaysia neh orang islam terover menyambut daripada penganut asal itu sendiri. Ceh. Mereka sambut dengan macam2 stail sampaikan satu saat aku pun terlupa sambutan valentine neh ajaran islam ke ataupun kristian. Heh

18. Mengikut protokol sambutan valentine neh ialah ;

- mesti sambut pada 14 feb tiap2 tahun.
- mesti beli hadiah tak kira laki or perempuan.
- mesti tukar2 hadiah
- mesti beromen bagi membuktikan tanda cinta masing2.

Itu protokol. Kalau korang buat salah satu dan tinggalkan salah satu tak sahlah valentine korang pada hari tersebut. Heh.

Dan kebanyakkan orang2 islam yang sambut memang follow 4 steps neh. Sebab apa?
- orang islam yang belum kahwin takley romen hari2. tak macam org bukan islam. nak romen setiap saat pun takde sapa bising. [so orang2 bkn islam takdelah beria2 nak beromen time valentine].

- so mereka mengambil kesempatan utk beromen time valentine. Ini terbukti menerusi stastistik oleh jabatan pencegah maksiat itu sendiri.

- memandangkan org2 islam dah menukarkan format kasih sayang kepada kasih seks pada hari valentine, memang wajarlah org2 islam neh dibendung dari menyambut hari neh. Lagipun telah dijelaskan tiada faedah yang nyata untuk sambut valentine melainkan mudharat. Mudharat sebab taktahu tujuan valentine secara khusus kenapa ianya diraikan [dicipta] dan mudharat sebab menjurus kepada perlakuan zina, bidaah, khurafat, boros dan mencuri.  



Dan dunia telah membongkarkan muslihat orang2 kristian pada waktu dahulu. Iaitu kisah disebalik sambutan valentine adalah mitos semata2. Ada juga paderi kristian yang mengakui perihal tersebut. Dan meminta jangan kaitkan valentine dengan kristian lagi. So kesimpulan nya valentine neh adalah satu sambutan yang direka2 seperti sambutan merdeka dan etc. Tetapi apa sebab orang islam nak sambut hari yang dimitoskan untuk meraih populariti dan keuntungan neh? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Kalau tak buat 4 protokol valentine di atas, sambutan valentine korang tak sah... tahu? Heh

Khamis, 10 Februari 2011

SIS dah mengamuk bila PAS larang sambut valentine!


14 feb semakin menjelang tiba. PAS pula menyibuk berdakwah untuk menghalang orang islam meraikan perayaan valentine. Saya agak simpati kepada PAS sebenarnya. Walau sejauh mana mereka mencuba mereka tetap gagal. Gagal kerana medium dakwah mereka sangat terhad. Mereka tidak sehebat umno. Andai mereka pergi dari rumah ke rumah sekalipun untuk berdakwah mengenai sambutan valentine mereka tetap tak boleh lawan tv3 ataupun semua media arus perdana di malaysia. Ini kerana,  1 suara menghalang orang islam meraikan sambutan valentine, 10000 suara yang lain mengalakkan pula orang islam untuk meraikan valentine. Heh

Saya tak tipu. Kalau saya tipu boleh buka tv sekarang. Contoh terdekat di tv8 sendiri. TV8,  COO nya orang islam. CEO media prima juga orang islam. Ya, saya terpaksa mengakui saya hairan. Jika saya yang beragama islam ini sudah hairan, bukanlah pelik jika orang yang bukan beragama islam juga akan hairan. Heh

Asas kehairanan saya ialah

1. ada orang islam melarang orang islam yang lain sambut valentine

2. ada orang islam mengalakkan orang islam yang lain sambut valentine

Kalau tak percaya, boleh semak printscreen di atas. Baca lah betul-betul. Di bawah ini sambungan keratan berita di atas ;


Nasrudin added that the movement would preach and distribute flyers promoting a sin-free lifestyle at lovers’ hotspots in every state.
Yasmin questioned why the wing was spending so much time and energy on such a petty issue, pointing out that Islam was much more than about how Muslims celebrated Valentine’s Day.
SIS urged PAS to focus on real issues affecting Muslim women such as backlog of cases in the Syariah courts.
Yasmin said SIS had cases where women waited for five years for their divorce cases, adding: “In the meantime, their husbands did not pay maintenance for them and their children.
There are also many cases where court-ordered nafkah (alimony) for children was not enforced. Men get away scot-free while women are left having to eke a living to feed their children.’’
Alhamdullilah. Betul-betul thank you Allah swt. Kerana akhirnya ada juga manusia yang sanggup buang masa seperti Pemuda Pas untuk menyibuk memantau kegiatan maksiat anak muda islam zaman sekarang. Di saat semua orang sibuk menggunakan masa yang ada untuk cari duit [macam saya] tetapi ada juga sekumpulan manusia yang rela buang emas [masa] untuk Allah swt. Ini memang pelik. Allah swt akan ganti ke emas [masa] yang dibuang? Entah apa emas [masa] yang Pemuda Pas akan dapat saya pun tak pasti. Heh

Jika menghalang sambutan valentine itu adalah petty issue [perkara remeh], pelik juga melihat SIS mengulas isu ini secara terbuka. Kalau isu kecik apa je sibuk-sibuk nak buat statement balas kan? Heh

Saya pernah dengar orang nasihatkan saya begini 

" dan janganlah kamu menghampiri pintu zina.."

Apa itu pintu zina? 

pintu disko ke? 
pintu pub ke? 
pintu kelab malam ke?
pintu pesta seks ke?
pintu clubbing ke?
pintu sambutan valentine ke?

Ada orang bagitau saya, mereka cakap anak muda sekarang berkahwin atas dasar cinta semata-mata. Mereka tiada perancangan dan hanya menurut nafsu. Selepas suatu tempoh mereka bercerai setelah tiada kasih sayang. Kasih sayang manusia itu terhad dan tidak kekal.

Katakanlah anak muda itu sebelum berkahwin mereka meraikan valentine. Katakanlah valentine itu menjurus kepada perlakuan zina. Katakanlah mereka terpaksa kahwin kerana dek termengandung. Katakanlah mereka akhirnya bercerai setelah tiada sefahaman. Katakanlah mahkamah menangguhkan kes perceraian mereka atas bebanan kerja yang banyak. Katakanlah si ibu menderita, si anak terseksa dan si bapa pula mengabaikan tuntutan nafkah. Katakanlah semua ini berkait rapat dan menjadi asbab. Adakah SIS akan tetap menghalang usaha pemuda pas? 

Boleh jadi SIS marah sebab ;

1. Majlis fatwa kebangsaan mengatakan hukum nya sunat sambut valentine. baca sini

2. Bukti serta dalil Alquran mengatakan tiada larangan untuk sambut valentine. Baca sini dan sini.

3. 100 sebab kenapa muslim wajib rai valentine. Baca sini.

Ameno : Sekecil-kecil isu itulah yang menjurus kepada sebesar-besar perkara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...