Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Ummi Hafilda dapat anugerah.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ummi Hafilda dapat anugerah.. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2011

Luahan Pesilat neh pasal Ummi Hafilda terima anugerah ka?

Kah kah kah

Usah kata lue, wa pun confuse. Malah lagi confuse. Bersilat tidak, berlatih jauh sekali, tahu2 je dapat anugerah silat gayong bagai.. lawak apa mende neh weh?

kah kah kah

Baca bawah neh ;


Hari ini bising mengenai sandang yang diberikan kepada Ummi Hafilda dengan pelbagai persoalan apa sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu Islam terutama kepada Gayong sebelum dan selepas ini bagi melayakkan beliau kepadanya. Tetapi itu semua biarlah PSSGM memutuskannya. Mungkin ada kelayakan dan fakta yang bukan dalam pengetahuan kita.

Minggu lepas pun ramai bertanya mengenai sandang dan bengkung. Ada yang bertanya itu daripada rakan silat di Facebook mahupun pelatih KSSG sendiri. Secara personalnya, pihak kami tidak tahu mengenai tatacara dan kelayakan sandang. Malah kami semua tidak ada yang bersandang tetapi kami masih mampu berdiri dan menjalankan aktiviti silat sebagai jalan dakwah dan kebajikan kepada rakan semuslim kami.

Biarlah mereka dengan kebanggaan sandang mereka, tetapi kami yang tidak layak ini meneruskan amanah kami terima daripada guru-guru Gayong kami. Tanpa sandang tidak pernah menyekat kami untuk mengembangkan Seni Gayong dan dikenali oleh semuda pesilat dan semua guru tua atas faktor nama baik KSSG. Malah tanpa sandang, kami masih sibuk dalam menguruskan pelbagai latihan dan aktiviti lain sehingga banyak perkara lain terpaksa kami tolak dan lupakan. Sehingga ada rakan di luar sana terabai atas kesibukan kami. Tanpa sandang, kami masih boleh.

Yang lebih penting adalah amanah. Shams masih merah 3 dan anugerah kuning 5 biarpun lebih 20 tahun berGayong. Abu Hassan masih Hijau biarpun telah mengajar dan berGayong lebih 19 tahun. Begitu juga Hazil yang telah berGayong lebih 17 tahun dan mengajar. 

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada Gurulatih dan pelatih yang lain. Pendek kata, kami sering berpesan "kalau nak buat banding dengan bengkung dan sandang, KSSG memang kalah teruk. Tapi kalau nak cerita pasal amanah dalam mengembangkan Seni Gayong mahupun komitmen kami, kami sanggup menerima cabaran sebagai motivasi." Malah kami sentiasa memotivasikan diri kami dengan guru-guru yang masih lagi mengajar.

Banyak sandangnya, hebat warna bengkungnya tetapi kalau setakat sembang saja banyak dan bergelanggang tidak seberapa. Bermasyarakatnya tidak. Berapa kerat gelanggang dan nama baik Seni Gayong anda nak lihat dalam masa 10 tahun lagi? -sumber-

Hish.. hish..

Tak sabar aku nak tengok ummi bersilat. Siyes neh. Berkobar2 beb.

kah kah kah

Ameno : Wa pun nak anugerah beb.. kah3x

Ummi Hafilda dapat anugerah.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Tergolek-golek aku gelak beb.

Usus pun dah pecah dah. Dah larh selama neh usus aku asyik kena repair je pasal juak2 umno suka buat lawak sadis. Neh depa tambah lagi. Ada ke patut depa buat lawak baru. Gila betul. Boleh mampos akibat kegelakan melampau neh beb. Naya aku.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Ohoiii.. 

Sokong umno apa pun boleh dapat. Dan2 anugerah srikandi neh diberikan kepada ummi hafilda yang dijangka akan bertanding mewakili umno pada pru-13 [kalau nama dia dicalonkanlah].

Baca bawah neh beb ;
ALOR SETAR 26 Dis. – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda Ali sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.
Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.
“Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya. “Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.
Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara. Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.
“Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai. “Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya,” jelasnya.
Tambah Ummi Hafilda, dia juga berharap kerajaan akan memberikan kelulusan kepadanya untuk menjelajah ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi memberi penerangan kepada pelajar pengalamannya.
“Saya perlukan platform ini bagi berdialog dengan pelajar-pelajar di universiti agar mereka faham apa yang sebenarnya berlaku. Saya sanggup hadapi apa sahaja asalkan kebenaran terbukti,” katanya -SK-

Arhh sudah. 

Ummi nak masuk IPT pula. Tah hapa2 lah dia nak meroyan dalam IPT lepas neh. Kalau sebelum ezam meroyan dalam IPT, lepas neh maybe ummi pula diberikan kelonggaran untuk mengarut dalam IPT. Umno apa pun boleh maaa.. taktau meh?

Tapi kan memang kelakar gile bila baca statement SS si ummi neh. Jasa apa tah? Jasa pada negara? Satu haram aku tak nampak pun selama neh. Dorang neh memang nak bagi aku mampos cepat. Tak habis2 buat lawak siot. 

Kah kah kah

Ameno : Macam2 anugerah wujud daa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...