Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Rabu, 10 Mac 2021

Mahkamah Benarkan Penganut Kristian Guna Kalimah Allah, Baitullah, Kaabah Dan Solat - Nasib Baik Bukan Zaman PH.

SEMASA | Sinar Harian melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama Kristian.

Yang membuat keputusan tersebut ialah Hakim Nor Bee Ariffin.  

Kronologinya adalah seperti berikut;

- Pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' telah dirampas dari seorang penumpang yang baru sahaja tiba di Lapang Terbang Sepang.

- Penumpang tersebut ialah Jill Ireland Lawrence Bill, wanita yang berasal dari Sarawak, keturunan Melanau.

- Jill kemudiannya mencabar tindakan itu dengan melawan di mahkamah, beliau berkata bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

- Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya. 

- Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.

- Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan penganut Kristian seluruh negara dibolehkan menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama Kristian. Selain itu, perkataan Baitullah, Kaabah dan solat juga dibenarkan dengan pra syarat perlu ada penafian ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.


Nasib baik ia berlaku di zaman Perikatan Nasional, jika berlaku di zaman PH isu ini akan menjadi lagu perkauman dan tak semena-menanya PH akan dituduh sebagai punca. Islam terancam akan menjadi slogan.

Sememangnya tidak perlu rasa tergugat jika benar orang Islam mana mungkin mereka tidak tahu membezakan kitab Kristian dan Alquran. Bodoh benarlah kalau begitu.

Dan kalau nak mengumpul umat dengan cara memaksa mereka, itu pun bodoh benar. Umat berkualiti dan umat berkuantiti, ada beza.

Sikit dan banyak bukan faktor kejayaan atau kebenaran.

Orang yang percaya dengan agama sendiri, akan mencari jalan mengkaji dan mempelajari agamanya. Penganut yang tergugat dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sememangnya perlu banyak masa membaca Alquran dan bukannya bergaduh di sosial media. Pergi tambahkan ilmu dan bukannya serang penganut agama lain. 

Kerana kita rasional, kita ada pandangan ini tak kira siapa pun memerintah. Tetapi sesetengah penyokong mereka tidak rasional, pandangan mereka berubah-ubah mengikut parti politik. - 10 Mac 2021.

Khamis, 4 Februari 2021

Ikut Kriteria Papa Gomo Melanggar Syarat Calon Layak Diberikan Darjah Kebesaran.

SEMASA | Ini apa yang tular di sosial media. Berdasarkan kepada respon orang awam, Papa Gomo ataupun nama sebenar beliau Wan Muhammad Azri Wan Deris dilihat telah melanggar kriteria ataupun syarat asas individu yang layak diberikan Darjah Kebesaran.

Individu yang dikenali sebagai Mohd Zaidi itu melampirkan bukti bergambar yang menguatkan hujahnya.

 

Menurutnya, berdasarkan syarat asas mereka yang layak dicalonkan untuk Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah (JMW) ialah;

- Perlulah berpangkat Gred 54 ataupun jawatan utama JUSA C.

- Tempoh perkhidmatan melebihi 15 tahun.

- Berumur 45 tahun ke atas. 

Adakah ketiga-tiga syarat ini telah dipenuhi oleh Papa Gomo dan mereka-mereka yang diberikan gelaran terhormat baru-baru ini? 

Rupa-rupanya pemberian gelaran ini tertakluk kepada syarat dan terma tertentu, jelasnya ia tidak boleh diberikan sesuka hati.

Siapakah mereka yang melanggar syarat-syarat pemberian Darjah Kebesaran? Kenapa ia dibiarkan berleluasa tanpa pemantauan dan kawalan agaknya?

Mohd Zaidi Md Zabri | Pada Hari Wilayah, seorang individu yang pernah dipecat dari PDRM atas kesalahan jenayah pada 2005 dan kalah saman fitnah hampir RM1 juta (RM951,260.30) pada 2014 telah dianugerahkan darjah kebesaran Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Jikalau diikutkan kriteria untuk pencalonan darjah kebesaran JMW ini, seorang penjawat awam misalnya harus sekurang-kurangnya berpangkat gred 54 atau jawatan utama sektor awam (JUSA) C, berumur melebihi 45 tahun, dan berkhidmat lebih 15 tahun (rujuk gambar).

Umum mengetahui bahawa jikalau seseorang itu hendak menjadi penjawat awam, individu tersebut haruslah bebas dari sebarang kes mahkamah. Malah, seusai memasuki perkhidmatan awam, engkau tahu atau tidak betapa sukarnya untuk seorang penjawat awam mencecah gred 54? 

Sebagai contoh, pengarah agensi atau jabatan kerajaan di peringkat negeri kebanyakannya bergred 48, 52 atau 54. Makanya, tinggal berapa kerat sahaja yang boleh dicalonkan sebagai penerima JMW, bukan? 

Jelaslah di sini betapa syarat untuk seorang penjawat awam dianugerahkan JMW itu lebih ketat dari skru di kereta atau motorsikal kalian. Entah apa yang johan dengan dengan individu ini, tiada siapa yang tahu. 

Zaman ini zaman gila, tuan-tuan. - 4 Februari 2020.

Rabu, 23 Disember 2020

Kenaikan Kos Haji 2021, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini.

SEMASA | Nampaknya laporan yang tersiar di akhbar versi cetak Sinar Harian telah mencetuskan kebimbangan di kalangan penganut Islam yang berasa gusar dengan kenaikan kos haji.

Laporan yang disiarkan pada semalam (22 Disember 2020) telah mendatangkan pelbagai reaksi kepada umat Islam di negara ini.

Laporan itu menyebut;

- Pendeposit Tabung Haji disarankan menambahkan simpanan mereka.

- Ini kerana, kos menunaikan haji dijangka akan meningkat pada tahun hadapan (2021).

- Kenaikan itu dipercayai ada kaitan dengan penularan pandemik covid19.

- Dimana kerajaan Arab Saudi akan menguatkuasakan SOP dan langkah keselamatan yang lebih ketat bagi mengekang penyebaran covid19.

- Walaupun kerajaan berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan yang terbaik untuk bakal jemaah haji tetapi semua pihak perlu juga bersedia dengan apa yang akan diumumkan oleh Arab Saudi kelak.

- Bagaimanapun andai kata berlaku sebarang kenaikan, ianya tidak akan dilakukan secara mengejut.

- Kerajaan dalam masa yang sama akan berunding dan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi bagi mengetahui kos yang terbaik serta memperincikan beberapa perkara berkaitan ibadat haji.

- Sebarang keputusan termasuklah menaikkan kos haji akan dimuktamad selepas melalui proses perbincangan termasuklah membawa isu ini ke dalam kabinet.

- Pada ketika ini kos jemaah haji muassasah TH ialah RM9,980. Kos sebenarnya ialah RM22,900. Selebihnya ditanggung kerajaan bagi mereka yang menunaikan ibadat tersebut buat kali pertama.

Laporan ini menjelaskan bahawa sebarang pertambahan kos yang akan berlaku di masa hadapan adalah hasil dari tindakan Arab Saudi dan bukannya kerajaan Malaysia. 

Satu lagi, kenaikan itu pun nampaknya belum muktamad. Boleh jadi kerajaan akan menyerap kos tambahan ataupun melepaskan ia kepada bakal jemaah haji, tertakluk kepada hasil perbincangan bersama.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Sinar Harian bertindak membetulkan tajuk laporan mengenai berita tersebut.

Tajuk akhbar versi cetak : Bakal jemaah kena tanggung sendiri kenaikan kos haji.

Tajuk akhbar versi online yang dikemaskini : Jemaah haji diminta bersedia berdepan caj tambahan baharu.

Meskipun berlaku perubahan tajuk, ia nampaknya tidak mengubah maksud laporan asal, yakni pendeposit perlu bersedia dengan sebarang pertambahan kos di masa-masa akan datang dan haruslah membuat persediaan awal dengan menyimpan lebih. - 23 Disember 2020.

Sabtu, 31 Oktober 2020

Warga Felda Minta Penjelasan Kenapa Pendapatan Dipotong Selama 12 Bulan.

SEMASA | Hari ini ada dua isu yang membabitkan warga FELDA. Satu mengenai program perintis sedekah yang katanya dipaksa bersedekah sebanyak RM50 sebulan selama 6 bulan persamaan RM300. Boleh bayar lumpsum atau bulanan.

Respon yang diterima pelbagai; 

- Ada yang kata ia amalan lama & disensasikan pengkritik (refer pembangkang).

- Ada yang kata amalan itu tak pernah wujud.

- Ada yang kata ia dibawah MPKK.

- Ada yang kata amalan itu sebenarnya ikut kawasan.

- Sumber kami pula melaporkan ia bukan paksaan. Nak sedekah boleh taknak pun tak apa dan selama ini ramai je yang suka membangkang tak bayar pun. 😂.

Setakat ini FELDA juga belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi. 

Isu kedua membabitkan potongan RM30 selama 12 tahun. Respon juga pelbagai. Ada yang kata ia bayaran zakat. Tapi ada yang kata tidak dimaklumkan.




Kenyataan penuh;

Zulkefli Nordin | Keluhan Peneroka Felda. Jangan perlekehkan keluhan ini. Tidak semua masalah kita sama. Mohon Felda beri pencerahan. Kasihanilah Peneroka Felda. Jangan dibebankan lagi mereka dengan masaalah baru pula.

👇👇👇👇

Assalamualaikum Datuk. Saya dengar cerita dan sekarang ni dah jadi isu dan rasa tidak puas hati dengan cara ini. Ini terpaksa atau dipaksa oleh pihak atasan Felda kah atau pihak pengurusan Felda? Yang mana setiap peneroka Felda akan dikenakan potongan sebanyak RM30 sebulan x dengan 12 bulan jumlahnya RM360.

Katanya potongan untuk anak-anak yatim. Bayangkan kalau keseluruhan Felda yang ada berapakah jumlah semua wang tersebut.


Masalahnya bagi kami peneroka Felda yang belum lagi ambilalih ladang bagaimana cerita. Kami cuma terima bantuan sara hidup peneroka Felda . Pendapatan bulanan RM1,500 sahaja. 

Belum bersih, bersih kami terima RM300 ke RM400. Kenapa pihak atasan Felda & pengurusan Felda suka hati nak buat potongan gaji kami. Kami peneroka Felda tidak setuju dan tidak benarkan sama sekali.

Note : Dulu isu potongan Insuran Ladang. Bila berlaku serangan Ulat Bungkus yang amat teruk kami tanya Felda kenapa tak claim Insuran ladang. Terkejut kami bila dimaklumkan insuran ladang tidak pernah wujud. Dalam paysheet terang-terang tulis potongan Insuran Ladang. Tiba-tiba dimaklumkan ianya sudah jadi Tbung P
ulihan Ladang. Dan duit tabung dah kering! Sehingga sekarang Felda tak pernah bentang berapa yang sudah digunakan berapa pulak yang berbaki. Sebab itu bila timbul cerita tabung ni kami di NGO SGBF jadi "seram" !

#SGBF - 31 Oktober 2020.

Nota : Ejaan asal telah disunting.

Isnin, 28 September 2020

Istana Negara Keluar Kenyataan Rasmi Jam 6 Petang Hari Ini.

SEMASA | Beberapa portal media tempatan melaporkan Istana Negara akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini.


Bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus kenyataan itu adalah mengenai apa. 

"Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan pada jam 6 petang hari ini," lapor portal Malaysiakini.

Portal itu turut menyatakan kenyataan Istana Negara itu turut disahkan pegawai istana namun pegawai yang dihubungi portal itu enggan mengulas lanjut tentang kenyataan media tersebut.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan secara khusus mengenai kenyataan tersebut

Ramai percaya ia ada kaitan mengenai perkembangan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dimasukkan ke dalam IJN pada minggu lepas selepas Seri Paduka mengadu tidak sihat.

Namun terdapat juga spekulasi ia mungkin ada kaitan mengenai perkembangan politik terbaru tanahair.

Rabu lepas, Anwar membuat pengumuman tergempar bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti dan perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memberikan laluan kepada pembentukan kerajaan baru. - 28 September 2020.

Jumaat, 10 April 2020

Tentera Pakai Helmet Untuk Elak Air Kencing Adalah FAKE NEWS - ATM.

SEMASA | Hari ini beberapa portal media tempatan melaporkan kononnya anggota tentera yang bertugas di Selangor dan Malayan Mansion terpaksa memakai helmet bagi mengelakkan air kencing dan lemparan tahi warga asing yang protes terhadap arahan kerajaan yang mengenakan perintah berkurung.


Warga asing itu dilaporkan telah melemparkan plastik yang dalamnya mengandungi tahi dan air kencing kepada anggota tentera kerana berang diarahkan berkurung tanpa makanan.


Perintah Berkurung Diperketatkan dikeluarkan selepas 15 penghuni di kedua-dua flat itu direkodkan positif covid19 pada 6 April selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan KKM bermula 31 Mac lepas. 


Bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dilaporkan Bernama hari ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan yang tular itu.


Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,”
katanya dalam kenyataan itu.



Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Wilayah, Datuk Seri Annuar Musa memaklumkan pihaknya telah menyediakan makanan 3 kali sehari kepada semua yang diarahkan berkurung di Selangor dan Malayan Mansion.



Hari ini media melaporkan
seramai 32 warga asing penghuni flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion, yang disyaki positif COVID19, dibawa keluar dari kawasan berkenaan.


Kesemua mereka dibawa menaiki sebuah bas keluar dari kawasan Jalan Bonus, diiringi pihak polis dan sebuah ambulans.

Mereka dilihat dipindahkan dari kediaman masing-masing bermula jam 12.50 tengahari tadi sebelum diarahkan menaiki bas seorang demi seorang.

Bas dinaiki semua warga asing berkenaan dilihat keluar dari kawasan itu pada jam 3 petang. - 10 April 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...