Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Ratu Naga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ratu Naga. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Disember 2016

Rakaman Suara Anak Buah Jamal Pesan Jangan Sebarkan Video Nanti Mereka Kantoi.

"Sebab aku nak bagitau cybertroopers 1 Malaysia dengan team-team aku neh, nak spinkan benda neh, nak bantai dia kaw-kaw, memang betul dia hari neh jadi badak berendam betul-betul, memang berendam dengan air" - Abang Lan.

Kah Kah Kah

Yang best jawapan dorang.

"Video jangan viral, video jangan viral, nanti kena". - Abang Azli.

Kah Kah Kah 

Oke, aku nak bagitau sikit. Aku bukan nak masuk campur urusan pergaduhan peribadi geng-geng neh. Dorang sebenarnya member-member seperjuangan gak dulu sebelum krisis melanda. 

Hehe.

Cumanya aku nak sentuh perangai geng-geng Jamal. Oke la katakanlah Ratu bersalah sebab sengaja nak datang ke rumah Jamal hantar air, nak membalas renggekan manja dan rayuan Jamal terhadap MB Selangor sebab gagal selesaikan krisis air (aku akui Selangor memang ada masalah air, bukan aku nafikan perkara neh okay) tetapi tak boleh juga cara geng-geng Jamal membelasah Ratu.

Katakanlah korang anggap Ratu sedang bermain politik nak buat propaganda kononnya, tetap tak boleh juga korang belasah dia ramai-ramai. Ini kerja gila wei. 

Walau apa pun dia masih seorang perempuan kot. Perempuan. Lelaki ramai-ramai kepung dia, tua muda membuli baling tepung, baling telur dan simbah air.
 

Kelakuan apa korang neh?



Bukti yang Ratu menghantar sebotol air mineral kepada Jamal Yunos.

Hehe.




Beberapa lelaki bertindak mengepung seorang wanita sambil simbah menyimbah.

Bawa bertenang la. Dia datang hantar air. Tak setuju ke tak suka ke tak boleh terima ke lawan mulut sudah la. Tak perlu main kekerasan ataupun melibatkan telur tepung bagai doe.

Dari rakaman sidang media Ratu, dia menjelaskan lebih kurang 30 orang lelaki kepung dia beramai-ramai dan kejadian tumbuk menumbuk pun berlaku. Jamal ketika itu dah lari ke dalam rumah.

Sebelum itu, kereta yang dinaiki Ratu Naga ditahan di tengah jalan dan Ratu dipersoalkan. Jamal menyatakan dia memang dah lama nak jumpa Ratu dan bertanya kenapa Ratu datang ke situ. Ratu kemudiannya menjelaskan dia datang nak hantar air. Kata susah sangat nak mandi takde air so dia datang nak hantar air. Kemudiannya Jamal balas, "Ko memang bodoh, ko memang bodoh, ko memang bodoh. Kenapa kau datang sorang."

Haha. 

Aku memang percaya Jamal cakap macam tu. Aku boleh bayangkan. What the fuck. Aku terbayang muka Jamal terus. Seram sial. Kakakaka.

Ketika sedang cakap bercakapan itula, tiba-tiba si Ratu kena simbah air yang dicampur cat. Kemudiannya keadaan menjadi kucar kacir. Jamal pula sedap je melarikan diri laju-laju dari tempat kejadian. Hampeh.

Menurut Ratu dia memang dibelasah kaw-kaw sampai terkoyak bajunya. Dia juga terpaksa bergelut dengan beberapa orang lelaki.

Mungkin inila kot maksudnya >> video jangan viral, video jangan viral. Tetapi rakaman suara dah viral, macam mana?

Mungkin ketika ini geng-geng Jamal sedang plan idea untuk edit video bagi menafikan kenyataan Ratu yang dibelasah oleh ramai-ramai lelaki. Mungkinla.

Apa pun tak patut betul la bebudak neh belasah Ratu ramai-ramai. Fikir macam mana pun memang tak patut sebab dia perempuan korang pula lelaki. Bukan seorang malahan ber orang-orang pula tu. Aiyohhh. Pondan sangat ke apa neh wei?

Kah Kah Kah!

Khamis, 22 Disember 2016

Jiran-Jiran Saya Simbah Ratu Dengan Air Longkang & Najis Kerana Dia Bawa Sebotol Air Jer - Hotel Jamal Kini Disita.

Kemaskini : 1.06 tengahari.

Kedatangan Ratu Naga ke rumah saya dengan membawa sebotol air merupakan satu penghinaan.

"Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.

"Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah," kata Jamal kepada pemberita.

"Mereka sepatutnya berbincang dengan pemimpin mereka untuk menyelesaikan isu air ini, bukan hendak main politik," katanya lagi sambil menambah beliau bukan hendak membuat gimik politik berkenaan isu air ini.

"Ini masalah rakyat Selangor, sudah lima hari air di rumah saya tiada ini bukan main-main, kamu semua boleh datang sendiri ke rumah saya tengok," katanya lagi, memetik laporan Sinar Online.

Terdahulu, lebih kurang 10 pagi tadi, Ratu Naga bersama NGO Sinar Ehsan dan Kelab LLL Malaysia, lebih kurang dalam 3 orang menuju ke rumah Jamal Samseng dengan niat menghantar bekalan air memandangkan Jamal asyik komplen tentang ketiadaan bekalan air bersih di rumahnya.

Demi mendapatkan air, Jamal sampai ke tahap bertuala malahan berbogel.

Kerana bersimpati dengan nasib malang Jamal itu, Ratu Naga dan NGO telah pun bersepakat untuk meringankan beban dan kesengsaraan yang dialami oleh Datuk Seri Jamal Yunos kita itu.

Baca : Demi Air, Jamal Merayu2 MB Selangor Sehingga Berbogel.

Baca : Demi Air, Jamal Bertuala Berjalan Ke SUK Selangor.

Tetapi apa yang terjadi ialah diberi air dibalas telur dan tepung.

Kata Ratu Naga menerusi fbnya tadi ;



Orang nak hantar air ke dia, dibalasnya dengan baling (buang) air ke orang pula. Eh ada air eh? Kenapa tak tadah siap-siap simpan untuk esok lusa pula mana tau kot-kot takde air balik ke. Aku baca ganguan bekalan air neh akan berterusan untuk beberapa jangka masa. Prepare la. Kau buang air buat apa setann.

Tidak hanya air, siap baling telur dan tepung lagi. Bebudak neh memang sewel. Benda makan dibuang2. Kau bagi orang susah pun dapat bantu orang susah la setannn. At least kenyang gak makan telur dadar. Telur sebijik mao cecah 40 sen kot. Telur dadar kat kedai dijual dalam 1.50 - 2.00 kot. Macam neh la stail orang kaya. Setakat sen dan ringgit apa la sangat. Buang2 je dia. Aihh. Rezeki luas. Syukur zero.

Gambar2 Ratu dibuli oleh bebudak Jamal. Jenis buli pompuan rupanya dorang tu. Btw, kami juga mendapat maklumat yang si Jamal neh tak berani keluar dan tunjukkan muka di depan Ratu Naga. Hahahaha.





Sempat lagi bancuh air merah semata-mata nak baling kat orang. Hmm.

Nampak macam nak membalas dendam pun ada gak neh aku tengok.

Dalam pada itu, pihak kami juga mendapat maklumat yang hotel yang dimiliki oleh Jamal Yunos telah disita berikutan melanggar undang2 kecil berkaitan perhotelan.





Rupanya dalam dok pongpangpongpang BERSIH haram itu haram ini haram dia sendiri menjalankan perniagaan perhotelan tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah!

Wtf*ck beb!

Mengutuk orang no 1.
Diri sendiri pun tak betul.

Jamal, Jamal. Kau pergi uruskan masalah ko tu lagi bagus. Mohon lesen dan permit perniagaan ikut prosuder yang sepatutnya. Daripada buang masa jaja video bogel kau dan bertuala ke SUK. Tak payah bajet jadi clown sangat la Jamal. 1 Malaysia dah iktirafkan kau sebagai clown. Jangan bimbang. Takde mane-mane keturunan di Malaysia bahkan di dunia ini akan merampas gelaran itu dari kau, oke?

Kah Kah Kah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...