Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label National Feedlot Corporation Sdn Bhd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label National Feedlot Corporation Sdn Bhd. Papar semua catatan

Rabu, 9 November 2011

Bukti Shahrizat balon duit rakyat dalam projek lembu NFC! Part II

Berikut ialah sambungan kisah penyelewengan wang negara berjumlah rm250juta yang disonglap oleh shahrizat dengan penuh berani + yakin + tanpa was2 sebab tiada mana2 menteri + sprm + polis akan mempersoalkan shahrizat sebab dia ada sijil tauliah untuk merompak wang negara.

Lihat bawah neh ;



Kat atas neh antara kenyataan akhbar rafizi ramli berhubung isu lembu nfc.  Sila perhatikan carta di atas neh baik2.

Fakta yang korang kena tahu ;

1. Shahrizat ada lima syarikat yang terlibat dalam projek lembu nasional - kementerian asas tani.

2. Mula2 dia masuk tender guna nama syarikat agroscience. Kerajaan kata shahrizat layak sebab capable. [Ye, capable menjahanamkan wang rakyat kot. Statement tak habis dari menteri berkaitan].

3. Selepas itu tiga anak syarikat shahrizat masuk campur dalam pengurusan projek lembu nasional bilamana nfc melantik rfc = real food sebagai pengedar daging lembu.

4. RFC dimiliki oleh anak2 syarikat milik penuh shahrizat dan family secara total.

5. Tugas RFC sepatutnya ialah memasarkan daging yang dihasilkan oleh nfc. Tapi apa yang rfc buat ialah membeli daging dengan murah dari nfc, menjual dengan mahal di dalam rangkaian restoran mewah milik mereka. 

Peh. 

Saya mesti Tabik.

6. Anak2 syarikat shahrizat yang lain pula disalurkan dana menerusi pindahan dana dari nfc ke rfc kepada mana2 syarikat milik shahrizat. Dari situ larh modal rakyat berpusing2 dan rakyat satu hapa tak merasa dengan pelaburan bodoh neh.

7. Saham kerajaan dalam nfc juga kecil dan sedikit. Bayangkan ;

modal dari rakyat + pinjaman lagi + tapak disediakan kerajaan negeri + geran projek = saham kerajaan sikit, saham shahrizat banyak?

Hello kawan, 

wa bagi lue tapak, wa bagi lue duit, wa bagi pinjam, wa siap jamin lue juta2 tapi wa punya saham lebih kecil dari lue yang cuma proses apa yang wa hulur? Itu pun lue buat cincai boncai. Lue ka ataupun wa yang bodoh?  

Nampak tak?

Perhatikan petikan printscreen dari laman2 web yang dimiliki oleh syarikat2 shahrizat.




9. Untuk rekod gemasgold di bawah pengurusan nfc. Tapi daging2 itu dipasarkan untuk restoran mewah milik shahrizat. Rakyat dapat apa?

10. NFC mempunyai website tapi tiada apa2 update / gambar2 ladang ternak. Aku tak hairan napa jingga 13 dilarang masuk ke ladang neh hari tue.

11. Video dari rfc tue video ladang ternak nfc ka? Apsal aku rasa bukan jek? Hang2 pula tue. Dapat tengok seminit pun tak sampai.

12. Kalau diperhatikan website rfc dan gemasgold lebih baik dan lebih update dari nfc. Nfc neh seolah2 batu loncatan yang digunakan oleh shahrizat untuk raih modal dari kerajaan jek. NFC last update pun tahun 2010. Hairan. Seolah2 nfc seperti dah dibiarkan selepas dapat pinjaman penuh dari kerajaan. 

Lihat bawah neh ;



Myfoot! Jabatan audit cakap baru 11%. Nampaknya anak shahrizat pun pandai menipu juga. Biasalah ada tukang ajar larh katakan. Uass! kurang dua tahun hotak kau. Sampai la neh infrastruktur pun tak lengkap2 dengan pagar tercabut sana sini. Ya, terlupa aku. Kan ada pakar menipu yang mengajar dia menipu. 

So sekarang ada sapa2 yang nampak gemasgold masuk pasar basah? Aku jenama gemasgold neh kenal pun tidak. Kalau bukan pasal shahrizat ingat sampai ke mati kot tak tahu gemasgold neh lembu keluaran kerajaan yang mahal nak mampos harganya. 

Kat bawah neh ialah bukti TPM malaysia terlibat dengan penyelewengan wang kerajaan rm250juta sebab dia yang approved project high impact neh. Kalau dia nak bagi alasan bahawa dia luluskan je tapi bab gagal2 tue takde kaitan pun aku nak cakap dia bodoh gak. 

Pasal apa dia dah salurkan dana kepada lambert then lambert lari tapi kerajaan tak boleh amek tindakan sebab tiada apa2 perjanjian. Lepas tue macam larh tak boleh nak check samada syarikat2 yang involved tue milik sapa melainkan ada something yang disorokkan. 

Bila dah terbukti nfc [shahrizat] gagal, kerajaan tak amek tindakan pown. So lagi nak cakap project high impact? Hah ye..high impact myfoot!


Tajuk artikel march 2007 tapi sekarang dah nov 2011. Dah lebih dari tempoh yang diperkatakan tapi pembangunan masih incomplete walhal dana pinjaman + modal kerajaan + geran habis disalurkan kepada nfc. Satu lagi kerajaan cakap ia boleh hasilkan 60,000 ekor lembu setahun selepas beberapa tahun. Tapi apsal laporan audit ubah kepada 60,000 menjelang 2015? Lue fikirlah sendiri. 

Bila projek dah gagal, lue ubah2 ayat supaya tak nampak macam ia teruk sangat. 60,000 setahun bukan mustahil dengan kerjasama peternak2 kecil tempatan sekaligus dapat menstabilkan harga daging di pasaran dan lebihan daging boleh di import tapi dek kerana kebodohan sang pengurusan rm250juta pinjaman sahaja lebur, itu tak masuk lain2 kerugian. Bila dipersoalkan ada ka menteri bodoh piang suruh pr amek alih?

Boleh. 

Lue berambos larh jangan jadi kerajaan pusat. Amacam? Ada bran?

Ameno : Lembu pun nages tgk menteri bodoh sangat uruskan dia.

Bukti Shahrizat balon duit rakyat dalam projek lembu NFC!

Pendedahan lanjut dalam projek lembu shahrizat. 

Lihat dokumen bawah neh terlebih dahulu ;




Perhatikan petikan printscreen di atas.

1. Projek nasional neh di bawah rancangan rmk-9. Diluluskan pada tahun 2008. Tapi dorang dah setup company2 yang akan terlibat dengan projek neh dari awal lagi. NFC di setup pada tahun 2006. Ikut dari info kita [laporan akhbar / jabatan audit] MOU antara menteri asas tani dengan 6 syarikat pengendali ladang ternak lembu bermula pada tahun 2008. Dan selepas MOU itu barulah NFC ditubuhkan. Ini apa pasal NFC ada dulu sebelum MOU tersebut masuk paper?

2. Jelas ini ialah satu penyelewengan dana / wang kerajaan yang terancang dan berniat. 

3. Selepas itu NFC food yang tugasnya menjual daging lembu bertukar nama pada tahun 2008. Makna nya  sebelum neh dorang memang dah beroperasi. Ikut dari apa yang aku fahamkan ialah ;

- NFC memang dah wujud lama.

- MOU 6 syarikat + menteri asas tani ialah propaganda. Yang sebenarnya masing2 dah tahu NFC memang dah wujud. Dorang kelentong cakap NFC wujud pada tahun 2008 hasil MOU dengan 6 syarikat yang terlibat. Sudahnya syarikat pengendali utama lari. Maybe dia dah tahu rahsia tertentu.

- NFC kemudian nya diberikan tanggungjawab + dana + projek oleh kerajaan.

Kita tutup pasal neh. Apa yang penting kita tahu 3 perkara baru. 

Lihat bawah neh pula ;






Kat atas neh ialah pemilik dan pengarah syarikat yang terlibat dalam pengedaran daging sejuk-beku lembu / rangkaian restoran mewah milik family shahrizat. National meat tue dipercayai syarikat yang dimiliki oleh shahrizat 100%.

Wahhh.. kerajaan tahu ek shahrizat anak beranak yang kendalikan syarikat NFC neh. Tapi apsal kerajaan buat bodoh jek? Ingatkan shahrizat ada guna taktik2 tertentu untuk tipu kerajaan rupanya takde. Kaaa.. ada pakatan bersama? Lue fikirlah sendiri.

Fakta kes ;

Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.
Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.
Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).
Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.
Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.
Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat gambar di bawah) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari: 
PINJAMAN DARI KERAJAAN                RM 250,000,000
GERAN KERAJAAN                             RM     6,082,518 
Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.


Pendedahan neh hasil siasatan oleh rafizi ramli pengarah strategi PKR. Pendedahan neh panjang. Akan bersambung di artikel seterusnya. Sila sebarkan. 
Kita akan lawan shahrizat habis2an. Mana boleh guna dana kerajaan [wang rakyat] untuk bina kekayaan. Waklue larh shahrizat. Bikin gua panas beb.
Ameno : Kenapa bn masih bela shahrizat neh hah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...