Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Malaysiakini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysiakini. Papar semua catatan

Sabtu, 14 April 2018

Hadi VS Anak Saudara Sendiri Di Marang.

Oleh : Malaysiakini

Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Marang Miqdad Zakaria disahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen Marang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei ini.

Miqdad Zakaria, anak saudara kepada isteri presiden PAS, diuar-uar bertanding di situ sejak dia keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).




"Kalau ikutkan memang dia nak elak (lawan Hadi) tapi sebab itu (Marang) kawasan dia dan dia memang nak ambil Parlimen Marang jadi dia akan lawan (Hadi) di Parlimen lah," kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut berhubung langkah Abdul Hadi bertanding satu kerusi sahaja, sumber menjelaskan Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan memutuskan perkara itu kemudian.

"Tapi kalau Hadi tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pakatan Harapan Negeri yang akan tentukan," katanya.

Pada 11 April lalu Utusan Malaysia melaporkan Abdul Hadi memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU ke-14 kali ini.

Bagaimanapun, beliau masih belum keputusan sama ada mahu bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Hadi kekal menyandang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN.

Kerusi DUN Ru Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.

Bagi parlimen Marang, Abdul Hadi mula bertanding di kerusi itu sejak 1986 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya hingga 2013.

PAS dijadual mengumumkan calon mereka secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.

Manakala HARAPAN Terengganu akan berbuat demikian pada 26 April ini oleh Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dungun, Terengganu.

Jumaat, 30 Disember 2016

Bahagian Operasi Khas SPRM Yang Siasat Kes FELDA, Derma 2.6b, Skandal Air Sabah, SRC Kini Dikecilkan - Kenapa Agaknya?

Memetik laporan dari Malaysiakini ;


Saiz bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti yang berkaitan dengan 1MDB dan Felda, didakwa sedang dikecilkan.
Difahamkan bahagian berkenaan ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Satu sumber yang biasa dengan perkembangan tersebut membayangkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk menangani beberapa kes besar sebelum ini, sedang dikecilkan atau sedang berdepan dengan penyusunan semula.
Ia tidak diketahui sama ada langkah itu dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Antara kes-kes yang dikendalikan bahagian berkenaan termasuk kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.
Kes-kes lain termasuk pembelian hartanah hotel oleh Felda London di bawah pengerusinya sekarang, Tan Sri Isa Samad, dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.
Felda telah pun dilaporkan dibersihkan daripada salah laku.
Ia tidak diketahui sama ada pengecilan bahagian itu ekoran langkahnya untuk menyiasat SRC International.
Siasatan Tentang Skandal 1MDB

Tolong jangan bagi alasan kerana masalah kewangan sebab tu kena kecikkan team. Atau jangan bagi alasan kakitangan terlalu ramai.



Isunya bahagian tersebut dah terlibat dalam beberapa siri siasatan yang berprofil tinggi.

Sudah tentu kakitangan yang berada dalam bahagian tersebut dah menyimpan bermacam jenis rahsia individu-individu berpengaruh dalam politik tanahair.

Kita tunggu respon susulan dari SPRM.

Selasa, 12 April 2011

Entry mengejut : Malaysiakini kena hack!

Malaysiakini tak boleh  buka. Aku dah melakukan tiga percubaan tetapi gagal akses ke malaysiakini. Ini adalah apa yang terpapar kat pc aku bila aku cuba buka malaysiakini tadi ;


Tapi boleh jadi ada kemungkinan lain juga. Samada malaysiakini kena hack ataupun maxis broadband sekat akses ke malaysiakini. Pada sesiapa yang boleh buka malaysiakini, share sini.

Kalau nak tahu baru2 neh sarawakreport pun kena godam. Kalau betul lah malaysiakini kena godam nampaknya neh bukan kebetulan. Ia bersebab. Cara main kotor macam neh aku tak boleh respect. Silap2 blog aku dan milosuam pun bakal digodam tak? Kalau macam tue aku nak minta tips pada member2 yg tahu cara2 utk selamatkan blog daripada digodam. Mohon share sini. Tenkiu.

Update ;
Ini ialah penjelasan malaysiakini ;


Bagi sesiapa yang belum add malaysiakini di facebook, cepat add untuk dapatkan berita terkini di facebook. Klik sini.

Ameno : Kena buat simpanan entry2 dalam blog neh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...