Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Idris jala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idris jala. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2011

Terkini : Bible bahasa melayu dah lulus di malaysia.

Penyokong umno mesti tengah ketuk-ketuk kepala dorang kat mana-mana batu yang berdekatan. Ini adalah kerana merekalah golongan yang paling menyampah dengan kewujudan bible bahasa melayu. Ketakutan yang melampaui itu aku tak tahu atas sebab apa. Biarlah mereka tafsir kepala hotak sendiri-sendiri. Heh..

Baca bawah ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasaMelayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.


 “Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”.

"Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya.





Point penting kat sini ialah ;

1. Ada 10 penyelesaian antara kristian-islam,

2. Idris jala cuma mendedahkan dua penyelesaian. Yang lagi lapan tue apa? 

3. Di semenanjung, kitab bible ditanda untuk penganut islam sahaja. Tetapi tidak di sabah dan sarawak. Kenapa? Orang islam kat sana dah pupus ataupun akidah mereka lebih kuat jika dibandingkan dengan akidah orang islam di semenanjung?

4. Kenapa idris jala hanya mengharapkan ia mendapat sambutan positif masyarakat kristian? Bagaimanapula dengan orang islam? Kalau negatif ataupun positif, idris jala tak kesah ke? Idris jala tak kesah ke pasal orang2 islam di malaysia neh?? Tak minta maaf pun pada umat islam? Heh.

Bagi aku sendiri, tidak salah untuk penganut kristian membaca bible bahasa melayu. Baca pandangan aku di sini. Cuma idris jala kena dedahkan 10 resolusi persefahaman antara islam-kristian. Aku nak tahu sangat, apa yang lagi lapan tue. Heh

Ameno : Idris jala neh dulu aku ingat melayu.. hahahaah

Rabu, 16 Mac 2011

Bible bahasa melayu dilepaskan untuk edaran!

Aku tahu ramai di kalangan korang yang islam tak suka baca berita neh. Tetapi berita ini adalah satu hakikat. Bible bahasa indonesia yang ditahan pada tahun 2009 kini telah dilepaskan untuk edaran. Berikut antara petikan berita tersebut ;

Putrajaya telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang sejak 2009 — beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal di mana buku-buku tersebut mesti dicap dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”

Berita neh tak keluar kat berita harian online dan utusan online. Aku dah check kedua-dua paper online tue tapi tak jumpa. Mungkin belum update. Atau aku terlepas pandang. Lepas tue aku baca TPM menafikan perkara tersebut  ;

Tengah hari tadi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan yang Kabinet pernah membuat keputusan membenarkan 5 000 kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri sejak 2009 dibawa keluar.

Katanya Kabinet masih belum membincangkan status kitab-kitab Injil yang dirampas dan ditahan di Pelabuhan Klang itu “Kami akan membincangkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini. Kabinet belum membincangkannya lagi ” kata beliau Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata sejak 1982 dengan akta tersebut laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya “Dengan merujuk kepada fakta tersebut kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil ” kata beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Pemandu.

Beliau berkata setelah pemerhatian dan analisis yang teliti Peguam Negara juga telah menetapkan bahawa pengeluaran kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu kalimah Allah “Oleh itu dalam konteks berikut kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut ” kata beliau

Korang faham tak apa yang aku faham? Meh aku elobrate sket ;

1. Berita neh berita semalam.

2. Ketika sesi interview bersama TPM, TPM cakap kabinet belum buat keputusan lagi.

3. Namun setelah lewat petang, editor malaysia insider di info oleh idris jala bahawa benda neh dah selesai. Ia bukan isu dan kerajaan dah memutuskan bahawa mereka akan mengeluarkan bible yang telah ditahan selama 2 tahun.

4. Bukan kah ini menunjukkan bahawa kuasa idris jala lebih hebat dari kuasa tpm?

5. Ataupun tpm bercakap flip flop?

6. Lue fikir sendiri.

Then baca sini pula ;

Seorang paderi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau “gembira” dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak semalam yang membenarkan 35 000 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dikeluarkan dari pelabuhan selepas mendapat tekanan dari gereja-gereja Kristian dan pemimpin Pakatan Rakyat “Ia amat menggembirakan Word of God — kitab Injil atau Alkitab versi Bahasa Melaysia bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara ” kata Lawrence Andrew yang turut menyunting The Herald 

Kementerian Dalam Negeri secara tegas mempertahankan perkataan “Allah” hanya untuk orang Islam apa-apa usaha yang dilakukan penganut agama Kristian untuk menggunakan perkataan itu disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara 

“ Datuk Seri Idris Jala menegaskan ia tiada masalah tiada ancaman sejak ISA Akta Keselamatan Dalam Negeri diwartakan pada 1982 “Warta 1982 mengikut Jala digunakan dalam kes gereja Katolik ” tambah Andrew Jala seorang penganut Kristian dari Sarawak berkata kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di bawah warta 1982 di bawah ISA dengan secara terhad dan terkawal di mana buku-buku tersebut mesti dicap tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”

Soklan aku : Mesyuarat kabinet bukan kah pada tiap-tiap hari rabu? Hari neh baru rabu kan? Semalam selasa kan? Idris jala hebat.

Pandangan aku sendiri biarlah kristian nak baca bible bahasa malaysia. Boleh baca sini untuk detail. Namun bible yg dibawa masuk sekarang bible bahasa indonesia. Bible bahasa indonesia dalam tue ada tertera kalimah Allah swt. So itulah isu sebenar di sini sebab mahkamah telah menangguhkan keputusan untuk membenarkan penduduk kristian menggunakan Allah swt sebagai nama tuhan dalam bible.

Sepatutnya, kitab bible bahasa malaysia di cetak untuk edaran rakyat malaysia sendiri. Nanti indonesia tuduh korang orang kristian baca bible pun bible indonesia. Haitt bible pun mao ciplak dari indonesia punya ka? Heh.

Apa pun terdapat juga individu kristian yang bercita-cita mahu mengantikan islam di bumi malaysia. Tak percaya? Baca bawah ;


Wow.. jefrey mungkin lupa tetapi aku nak bagitau memang ajaran kristian no 1 di bumi malaysia neh? Tak percaya? Mari aku terangkan sedikit ;

1. Gereja terbesar di asia telah dibina di malaysia berlokasikan bukit jalil = tolong mendakwahkan kristian di malaysia.

2. Pendakwah islam seperti ahli pas di larang muncul di television saluran tempatan = tindas dakwah org islam.

3. Segala bentuk informasi islam yang umat islam dilarang berbuat seperti judi, arak dan sebagainya tidak boleh didakwah dalam khutbah jumaat sebagai menghormati kerajaan yang mengamalkan kemungkaran. = halang org islam berdakwah even dalam masjid.

4. Segala bentuk bible kristian ada di bilik hotel di kebanyakkan hotel-hotel malaysia = ini tolong mengembangkan dakwah kristian.

So jefrey? Tak happy ke? Happy lah jefrey.. kristian memang number one di malaysia..

Ameno : cita-cita besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...