Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2011

Pembangkang support gay kata mashitah.



Calon mana?

Kerusi apa?

Titiwangsa? Kawasan arwah dr.lolo? 

Rasa boleh menang ka?

Kempen cara fitnah boleh ka menurut islam?

Ada masuk dalam terma darurat ka?

Terima kasih banyak2 ustazah. Aku semakin jelas dengan muka sebenar dia. Dan aku percaya ramai juga orang akan semakin jelas dengan rentak dia. Topeng dia dah semakin tersingkap.

Hari neh seorang ustazah melakukan fitnah yang amat dasat. Dia ialah ustazah yang sepatutnya jelas dan faham hukum menfitnah. Tapi bila seorang ustazah sendiri menfitnah, di manakah rasa hormat kami terhadap ustazah harus diletakkan?

Kembali larh ke pangkal jalan. Jalan yang ko pilih neh salah. Terang lagi jelas. Jangan lah rosakkan ilmu yang ko ada. 
Ameno : Salute. Bukan senang nak tengok ustazah tersasar..

Selasa, 25 Oktober 2011

Pas tolak akta murtad - Mashitah.

Aku agak kecik ahti dengan perangai ustazah cantik neh. Aku tahu ramai orang suka cakap ustazah neh tak cantik. Tapi sebenarnya dorang bukan cakap pasal rupa ustazah neh. Dorang cakap pasal sikap. Ustazah neh sebenarnya ada rupa yang cantik tapi sikap yang kurang cantik.

Dan sikap dia yang kurang cantik neh makin menjadi2 sehingga menenggelamkan rupa dia yang cantik. Ada ke patut dia cakap pas tolak himpun dan tolak akta murtad? Yang sebenarnya aku takmo tuduh. Tapi adakah ustazah neh sedang meraih sesuatu dari bn? Sesuatu yang nama nya duit? Pangkat yang lebih baik? Ataupun harta ? 

Lihat statement ustazah mashitah dalam utusan hari neh ;



Ustazah, 

Janganlah bersikap macam neh. Aku sedih melihat ko terpesong. Dulu selepas aku balik dari kelas aku selalu tengok ko berceramah dalam tv menasihatkan aku. Aku tak berapa minat dengan penceramah wanita. Tapi ko mengubah persepsi dan pandangan aku pada ketika itu. Ko ialah ustazah pertama yang berjaya membuatkan aku terpacak depan tv dari awal hingga akhir program ceramah. Ko juga ialah ustazah pertama yang berjaya membuatkan aku menapak untuk dengar ceramah2 ko secara live. Malahan sehingga kini kalau ko muncul di astro pun aku akan tetap tengok walaupun kadangkala tingkah laku ko menyakitkan ahti aku. Kenapa ko berubah sejauh neh?

Ko patut sedar dan faham bahawa pas ialah parti yang memperjuangkan islam yang sebenar. Dari dulu lagi. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Aku bukan ada apa2 kepentingan dalam pas. Aku pernah berada dalam laluan umno. Aku tahu sejauh mana mereka buat kerja. Tak semua dalam umno itu jahat. Tapi umno diketuai oleh penjahat. So mereka tiada harapan untuk buat perubahan. Sebab tue yang baik2 dalam umno memilih berdiam ataupun cabut keluar. 

Pendek kata umno ialah hopeless and useless. Tiada guna untuk ko kekal berdiri dan menyokong umno. Itupun dengan hujah yang penuh penyelewengan. Bukan ko tidak tahu. Ko tahu sangat bahawa pas tidak pernah menolak himpun dan tidak pernah menolak akta murtad. Malahan pas sendiri yang mengusulkan akta murtad sebanyak 3 kali di parlimen tetapi ditolak oleh parlimen. 

Pas juga tidak pernah menghalang ahli2 dari menyertai himpun. Apa yang pas buat ialah mereka mengatakan bahawa pas tidak menyertai himpun kerana menghormati permintaan NGOs bahawa mana2 parti politik tidak patut terlibat dalam himpun [walaupun di belakang himpun ialah parti politik yang bernama umno] tetapi ahli pas dan sesiapa sahaja boleh menyertai himpun atas label muslim.

So.. berhentilah menyalahkan pas atas kegagalan himpun. Ko juga tidak menyertai himpun bukan? Maka apa kelayakkan ko menghentam pas dalam isu neh? Ustazah, berubahlah. Aku pun bukan baik mana. Tapi berdasarkan ilmu yang aku ada neh, aku boleh berani cakap ko berada di laluan yang salah. Berubahlah, sebelum ko rebah bersama umno.

Ameno : Macam mana orang yang tak pergi himpun boleh kecam pihak lain yang support himpun tapi tak guna label politik?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...