Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Bangunan Runtuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bangunan Runtuh. Papar semua catatan

Ahad, 8 September 2013

Satu Lagi 'Projek Runtuh' Di Terengganu.

Pelik. 

Kalau kita tak fikir benda neh pelik, memang pelik. BN bukan saja terlibat dengan pelbagai projek di Terengganu, bahkan satu Malaysia juga. Tapi kenapa hanya di Terengganu jek kejadian seperti runtuh, meletup, diterbangkan dan apa bagai berlaku dengan kerap?

Satu dua kejadian memang tak nampak pelik. Tapi kalau kejadian neh berterusan dan berlaku secara berulang2 di lokasi yang berbeza2, memang dah layak sangat kita rasa benda neh meragukan.

Takde ke kerajaan negeri Terengganu nak tubuhkan satu AJK KHAS bagi menyiasat dan mengambil tahu apasal kerap sangat kejadian seperti ini berlaku di Terengganu berbanding negeri2 lain?

Harakah daily melaporkan ;

Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan di sini didakwa telah meletup dan pecah.

Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini.

"Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),"ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu siding medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu 'kelaziman'.

Kata Abdul Wahid, kejadian itu berlaku seperti stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam berpendapat sekiranya tindakan sewajar tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan.

Oleh itu, katanya perkara terbabit perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan BN Terengganu.

Rujukan :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21844-tangki-air-sekolah-pula-meletup-di-terengganu

Isnin, 10 Januari 2011

Gempar!!! Bangunan PAS runtuh.

Hangat! Panas! Sensasi! PAS kantoi lagi! Ini berita yang baru saya terima. Saya yakin selepas ini PAS akan lebih malu dari biasa apabila berita ini tersebar luas. Heh

Lihat gambar di bawah ini. Gambar ini ialah gambar runtuhan pondok di pasir payang. Untuk pengetahuan korang pondok ini baru dibina. Pada tahun 2008 siap sepenuhnya. [betulkan kalau info ini salah].

Pondok yang runtuh neh terletak di pasir payang, terengganu. Sepertimana yang kita tahu menteri besar terengganu ialah Nik Aziz Nik Mat. Dah selama 20 tahun dah PAS pegang terengganu. Apa yang mereka mampu beri kepada rakyat terengganu ialah runtuhan demi runtuhan. Heh


Nak tahu kenapa sering berlaku runtuhan kat terengganu? Sebab sebelum neh BN pernah memerintah terengganu sekejap. Pada zaman itu, PAS dengan busuk ahtinya telah merampas hasil royalti minyak rakyat terengganu. Mentang2lah dia kerajaan pusat, kemain ko berlagak ya PAS. Memang jahanam betul!

Namun, selepas itu pada tahun 2004 PAS berjaya merampas semula kedudukan mereka di terengganu. Habis macam2 tawaran mereka suakan kepada rakyat. Konon nak bina itu, bina ini. Ya memang betul. Bina memang bina. Tapi lepas bina.. runtuh. collapsed.. tumbang.. apa cerita? Heh

Pulak tue tender seme bagi kat kroni2 PAS aje. Seme amek untung atas angin. Cas kat kerajaan kemain mahal. Tapi bahan binaan yang digunakan pula low quality. Tak sama apa yang tercatit dalam kertas kerja. Baru ribut kuat sket dah tumbang. Piramid pun kuat lagi walau dah bertahun2 bina tanpa teknologi moden. Heh

Akibatnya satu demi satu bangunan yang PAS bina runtuh. Stadium, kampung, dewan banyak runtuh. Pondok pun runtuh. Aihhh.. rezeki tak berkat asyik mencuri. Memang lah patut Allah swt kasi ajar sama itu PAS.

Makin lama makin ranap terengganu tue aku tengok. Itu tak masuk lagi mansun ke monson cup ke apa ke aku lupa. Habis rosak2. Itu tak citer lagi bab 1MDEB ke apa ke, yang aku lupa gak.. habis2 malap masa depan terengganu di bawah PAS.

Semoga rakyat terengganu cerdik sketlah nak pilih pemimpin. Dah dibagi peluang, bukan tak dibagi. Elok2 dapat pemimpin yg cerdik ilmu agama + dunia, korang takmo. Pi pilih pemimpin yg gila meroyan pasal harta + hiburan. Last2 pembangunan ke mana, iman ke mana. Bina masjid pun tengah2 laut. Tah sapa tah solat dalam tue. Bunian ke? Heh

Pengajaran dari kesah neh ialah lenkali kalau nak bina bangunan 'runtuh', sila bagi kontraktor kroni Pas. Confirm mesti runtuh secepat yang mungkin. Heh

Ameno : Ya runtuh2.. runtuh lagi.. esok lusa time kiamat pun runtuh gak.. heh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...