Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

BN, PR Sepakat Balon Alvin Dan Vivian. [Alvin Mengamok]


Aku tak pasti sejak bila kes Alvin dan Vivian neh tetiba jadi highlight dalam sehari dua neh. Setahu aku la kan, time aku menulis posting neh ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/kenapa-pasangan-lucah-ini-dilindungi-di.html

Kisah dorang tak hangat mana. Takde pun orang melayan. Maksud aku, SKMM + PDRM + JAIS memang tak layan time tue. BN dan PR? Pun sama.

Tapi tiba2 je dalam sehari neh pasangan neh telah dikritik secara besar-besaran oleh semua pihak yang terbabit.

SKMM
PDRM
JAIS
BN
PR

Semua amek kesempatan membalon pasangan lucah neh secara terbuka. Dan untuk pengetahuan korang, pasangan ini akan didakwa di bawah akta komunikasi dan multimedia bersabit isu poster mempersendakan amalan puasa dengan berbuka dengan babi dan mengubah logo halal jakim.


Jika bersabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan sehingga setahun ataupun di denda rm50,000 ataupun kedua2nya sekali.

Baguslah. Bagi aku kalau sungguh nak beri mereka satu pengajaran, itu bagus. Nampaknya DAP pun dah bersuara melalui Lim Guan Eng. Dari apa yang aku nampak, dalam isu neh DAP, MCA seboleh2 nya takmo dikaitkan dengan pasangan lucah neh.

Dan PR dan BN juga tidak mahu dikaitkan dengan mereka juga. Walaupun penyokong kedua2 belah pihak saling kait mengaitkan pasangan neh dengan parti2 politik musuh mereka. Itu normal la. 

Dan normal juga bila Alvin semakin sentap sebab diserang secara terbuka. Kalau korang nak tahu, pasangan neh ada plan nak balas dendam. Itulah apa yang digambarkan menerusi kemaskini di twitter dorang. Mengamok pasal fan page kena tutup.

Adui.

Fan page aku pun kena tutup. Tapi at least aku punya di tutup sebab isu politik. Bermaruah la juga jika dibandingkan dengan dorang. Kalau dah kena tutup tue nak mengamok buat apa? Buat baru je la macam aku. 

KAH KAH KAH

Cuma yang aku heran now, bila agaknya SKMM dan PDRM nak siasat mereka atas isu video dan aksi lucah pula? Mungkin ada di antara korang yang tatau. Ketika neh beberapa gambar bogel pasangan neh melakukan seks terbuka sedang hangat disebarkan di laman2 sosial dan laman blog. Ya ya antara blog yang sebarkan gambar tersebut ialah blog2 UMNO.

Jijik gile.

Kenapa?

Baca sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2013/07/alvin-vivian-mengamuk-di-twitter-gambar.html

Sebab tue aku berharap sangat. Mohon sangat2 kepada PDRM untuk amek tindakan terhadap dorang sebab terlibat dalam aksi yang sangat2 menjijikkan. Bukan pasal gambar seks yang tersebar sekarang neh. Tapi pasal aksi seks yang dorang sebarkan sebelum2 neh. Yang sedang hangat tersebar neh bukan disebarkan oleh pasangan neh tapi oleh orang lain. Dan ya, ia lebih jijik dari apa yang dah dorang sebarkan sebelum neh.

Dan aku semakin mahu mempercayai. Pasangan neh sememangnya gila. Ya, gila.

Selasa, 5 Februari 2013

BERSIH di konsert PSY anjuran BN.


Cadangan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng. LGE menyeru agar mereka2 yang ingin hadir ke konsert tersebut [rumah terbuka CNY] yang turut dihadiri oleh Najib Razak dan Rosmah Mansur sebagai tetamu VVIP agar memakai baju berwarna ;

1. MERAH = Untuk orang penang.

2. Kuning = Pendokong BERSIH.

3. Hijau = Pendokong anti LYNAS.

Sebenarnya ada banyak warna. Kenapa lue spesifickan kepada 3 warna neh jek? Bagaimana dengan oren? Dengan merah royalti? Bagi la idea bahawa pakaila baju apa2 pun janji ada kaitan dengan kempen2 ataupun perjuangan rakyat terhadap bn selama neh.

Letak warna2 tertentu. Agak bias disini. Tah hapa2. Apa pun bagi mereka yang nak hadir ke konsert PSY boleh la follow idea dari LGE tue. Tapi pendapat aku korang pakai je apa2 baju janji ada kena mengena dengan tema perjuangan. Pi mamposkan 3 warna syarat dari LGE tue. Tak best. Hehe. Bai.

Khamis, 22 November 2012

Gambar penduduk AMUK pasal AIR di JOHOR tersebar.

Tv3 ko bila nak lapor? Malam neh ke? Berapa minit? Silap. Berapa saat? 10 saat? 

kah kah kah

Apa pun jom kita baca dulu luahan penduduk yang ditumbuk dan dibelasah oleh pemaju sehingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.


Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam.


Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.


Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.


"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.


“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.


"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini,
namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.


“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.


"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan
pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan  tidak munasabah.

“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.


“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik.
Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.


Ini gambar AMUK yang disebarkan oleh sinarharian ;


Ini pula cara media arus perdana laporkan berita ;



Hehehe.. 

AMUK sebab PEMAJU taknak bertanggungjawab atas apa yang dorang dah buat kat penduduk sebenarnya. Tapi yelah isu asasnya masih AIR. 

Apa pun cadangan aku ialah baik penduduk2 kat situ check dulu samada pemaju yang buat kerja2 pembersihan tue ada kaitan dengan BN ke takde. Kalau ada kaitan dengan mana2 orang BN so pepaham sendiri la nasib korang selepas neh. 

Selamat tingggalll rumahh kuuu.. selamatt ttinggalll.. tanahkuu.. confirm la bn akan aniaya korang sampai mampos. Ingat.. sendiri undi dan pilih bn oke. So well done. 

Selasa, 18 September 2012

Luahan pengguna kenderaan lama - BN, PROTON DAN PERODUA mesti baca.


Semoga mendapat perhatian pengarang-pengarang suratkhabar..


Saudara Pengarang,

Saya amat tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Mohd Khamil Johari, Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM mengenai perlunya polisi mengenai kereta yang berumur lebih 15 tahun dilaksanakan dengan segera setelah ianya diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2009.

Saya sebagai salah seorang dari rakyat golongan yang boleh dikategorikan sederhana merasakan kenyataan tersebut hanya akan menguntungkan pihak pengeluar kenderaan sahaja. Saya tidak nampak mekanisme terbaik untuk rakyat seperti kami ini jika polisi berkenaan dilaksanakan.Jika mekanisme tersebut adalah seperti yang pernah Proton laksanakan dahulu iaitu  memberi rebet kepada rakyat yang ingin membeli kenderaan nasional, saya rasa ianya tidak akan mencapai sasaran. Mungkin pihak Proton nampak ianya berjaya tetapi program tersebut telah menyusahkan pembeli kereta antaranya rebet tersebut hanya ditawarkan pada  model-model Proton yang tertentu sahaja. Ianya tidak memberi kebebasan kepada pembeli untuk memilih  model yang diimpikan. Walau bagaimanapun, akhirnya Proton membenarkan pengguna memilih model-model yang sebelum ini tidak tertakluk dengan skim tersebut. Tapi sayang ianya dilakukan pada saat-saat akhir.

Walaubagaimana pun, saya bersetuju polisi ini dilaksanakan tetapi mestilah ianya tidak meminggirkan kepentingan rakyat yang kini semakin tertekan dengan masalah yang asas. Banyak lagi keperluan lain yang perlu diutamakan semata-mata untuk meneruskan kelangsungan kehidupan  dan bukannya untuk memikirkan bagaimana untuk mencari wang yang agak besar untuk menjelaskan bayaran bulanan kenderaan. Amat lucu sekali apabila orang kuat DRB-HICOM membandingkan dasar kenderaan nasional dengan dasar di negara lain seperti Indonesia, Jepun, Korea Selatan atau pun Singapura yang tentu sekali amat berbeza ekonominya dengan kita serta dasar-dasar lain berkaitan dengan automotif. Cuba kita bandingkan harga kenderaan di Malaysia dengan di negara-negara tersebut. Di situ pun kita dah nampak perbezaannya.

Saya mengakui kenderaan lama memang kurang selamat dan mengeluarkan asap yang boleh menyebabkan pencemaran jika dibandingkan dengan kenderaan baru tetapi jika ianya dijaga dan diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut masih mampu meluncuri jalanraya dengan selamat dan bersih. Tetapi cuba kita lihat balik, adakah semua model baru adalah lebih selamat atau mesra alam?. Memang diakui model terbaru kereta  dilengkapi dengan sistem ABS, Airbag, EBD dan macam-macam lagi tetapi ianya hanya pada model-model spesifikasi tertinggi sahaja. Jadi,  adakah ciri-ciri tersebut hanya untuk yang berkemampuan sahaja?. Tentu sekali  YA dan kerana sebab itulah rakyat seperti kami tidak akan mampu memiliki kenderaan selamat sampai bila-bila pun. Sebab itulah kami terpaksa menggunakan kenderaan lama sebagai pengangkutan harian kami bukan disebabkan kami ini tidak sukakan pembaharuan atau keselamatan tetapi itu sahajalah yang kami mampu.

Tahap ketepuan industri automotif bukanlah disebablan faktor kenderaan lama sahaja. Ianya juga bergantung kepada beberapa punca yang lain seperti harga kenderaan yang baru tidak setimpal dengan teknologi yang dibekalkan, pengenalan model-model yang tidak menarik, kualiti kenderaan tersebut serta kualiti layanan di pusat-pusat servis kenderaan dan, peraturan ketat yang dikenakan oleh pihak bank.

Jika DRB-HICOM tetap mahu kerajaan melaksanakan polisi  tersebut, mereka mestilah memastikan kualiti kenderaanya berada di tahap terbaik. Walaupun kami tidak sebijak orang-orang di DRB-HICOM tetapi kami kini sudah tahu menilai mana yang terbaik untuk setiap sen yang kami keluarkan.

Saya merayu kepada kerajaan agar meniliti sehalusnya sebelum mengambil tindakan untuk melaksanakan polisi tersebut agar ianya tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Walaupun kami ini bukanlah orang yang berada, tetapi kami juga merupakan penyumbang kepada pembangunan dan kekuatan kerajaan hari ini.

Sekian. Terima kasih
Yang benar

Sumber : sini

Khamis, 2 Ogos 2012

Gambar LOGO BN dipolitikkan dalam MASJID tersebar.


Isu pasal berpolitik dalam masjid.

Gambar di atas neh merujuk kepada sekumpulan NGOs yang mendesak agar JAIS mengambil tindakan terhadap khalid samad, siti mariah dan halimah ali kerana berucap di dalam masjid. Berucap pasal apa aku tatau tapi aku suspect itu bukan ucapan politik. 

Kemungkinan besar bagi tazkirah ringkas jek mengenai islam. Tak lebih tak kurang. Tapi sekumpulan NGOs kat atas neh emo tak sudah. Salah seorang pengerak laman GAPS. Rujuk gambar bawah. TV3 dan UTUSAN selalu berkolobrasi dengan GAPS untuk menyebarkan isu karut marut di selangor.




Jawapan balas untuk penyokong2 umno yang suka buat isu sampah.

Rujuk gambar kat bawah neh sendiri ;


Apa tue?

Goodies? Ada logo bien? Dalam masjid?

Cakap banyak takmo. Nak suruh amek tindakan? Suruh jabatan agama kat memana negeri amek tindakan terhadap orang2 lue dulu baru lue sembang kencang pasal orang lain. Belajar lah gunakan cermin. Lama sangat dah korang tak bercermin. Serabut kusut masai bhai.

kah kah kah

Bai.

Khamis, 5 Julai 2012

Ini bukti janji BN ditepati.



Malaysia ialah sebuah negara islam. Buktinya kita ada menteri agama, boleh melaungkan azan dan memiliki banyak masjid dan surau yang kosong.


Jamil khir.


Ustazah Mashitah.

Kita diperintah oleh BN. Umno adalah sebahagian dari parti yang mengangotai BN = BARISAN NASIONAL. UMNO = wakil rakyat yang paling banyak mendapat kerusi adun dan parlimen = parti yang dianggotai oleh majoriti islam dan melayu khususnya.

Orang umno seringkali bagitau kita bahawa bn telah menepati janji mereka selama memerintah malaysia dan perjuangan umno adalah untuk ;

1. Melayu = bangsa

2. Islam = agama

3. Malaysia = tanahair

Oke. Kita dah faham. Dan kita nak ucapkan terima kasih sebab memperjuangkan seme perkara tersebut.

Umno dan hiburan.








Umno dan judi.





       ** KWSP? Apa kaitan dengan judi? Owhh.. seme duit kita diniagakan dalam syarikat judi. :)

UMNO dan rasuah.









Umno dan skandal 








  



Umno dan Islam.







Umno dan Melayu.


  
Umno dan fitnah






Terima kasih umno. Kami sayang anda. Anda memang best. Sekarang aku dah faham maksud sebenar berjihad mempertahankan islam, melayu dan negara. Tenkiu. Mucho2 gracias umno. Bai.


kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...