Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Azalina Othman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azalina Othman. Papar semua catatan

Isnin, 2 Januari 2017

Sambut Tahun Baru Di Pusat Judi, Azalina Dipersoalkan Netizens, Dah Takde Tempat Lain Lagi Ke?

Ia bermula apabila menteri di Jabatan Perdana Menteri memuatkan gambarnya sendiri di laman Instagram. Azalina Othman seterusnya menjadi sasaran serangan di alam maya.


Azalina Othman Bergambar Di Pusat Judi
Azalina Othman
Gambar yang dimuatturun oleh Azalina itu kini viral di laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Azalina dikecam sebagai tidak prihatin kerana bergambar di pusat judi walaupun dia seorang menteri yang beragama Islam selain dikritik kerana menyambut tahun baru di luar negara di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.


Menurut pakar penganalisis ekonomi, harga barangan dan perkhidmatan dijangka naik berikutan Akta Pencatutan tamat pada 31 Dec lepas.

Akta Pencatutan ialah satu akta yang diwujudkan untuk mengawal dan memantau harga barangan dan perkhidmatan selepas GST namun akta tersebut telah tamat tempoh pada 31 Dec 2016 yang lepas. 

Baca : Akta Pencatutan Tamat Tempoh, Peniaga Kini Boleh Naikkan Harga Barang Jualan.

Berikut antara respon netizens terhadap Azalina ;





Sungguh pun Azalina hanya bergambar, apakah tidak boleh dia bergambar di tempat yang lebih baik berbanding di Pusat Judi Las Vegas soal netizens.

Dan netizens turut mempersoalkan sikap menteri yang melancong ke luar negara dan mempromosi gaya hidup mewah di saat rakyat terhimpit dengan masalah sara hidup. Ia seolah-olah menteri tidak peka dengan masalah rakyat dan lebih selesa bergembira sungguhpun rakyat sedang berduka.

Khamis, 12 Januari 2012

Hai, Azalina, CEK RM300ribu neh apa?


Peh.

Neh gambar cek beb.

Gambar cek neh menarik sebab ada nama azalina othman beb. Sapa dia neh? Dia ialah bekas menteri belia dan sukan.. Dulu2, dia menteri pelancongan. Time dia pegang jawatan menteri belia dan sukan memang pelik. Langsung tak masuk beb.

kah kah kah

Berbalik kepada isu cek di atas neh.  Azalina dapat duit neh dari datuk yahya abdul jalil. Siapa datuk yahya neh? Meh sini aku story sket.

Datuk yahya neh ialah MD kepada dua syarikat di bawah neh ;



Dia juga adalah ajk umno bahagian pasir gudang. Apa kaitan syarikat neh dengan azalina? Nanti dulu. Kita buka dulu kaitan dia dengan awang adek. Kisah dia begini. Dia neh ada kaitan dengan pembinaan dua bangunan di bawah neh ;



Kedua2 bangunan neh dibina oleh syarikat gerbang perdana. Dan kontrak maintenance pula diberikan kepada syarikat dia yang bernama advanced maintenance precision management = ampmsb. Salah ka? Nanti dulu. Benda neh tak salah langsung andai layak. Ia adalah normal.

Tetapi apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa syarikat neh bagi cek pada awang adek sejurus ampmsb memeterai perjanjian usahasama berhubung tender penyelenggaraan neh? Malahan perjanjian juga disepakati selepas lawatan rasmi awang adek ke kawasan tersebut. Ini aneh. 

Yang sebenarnya, sebelum neh, perjanjian neh telah ditangguhkan dalam beberapa tempoh di antara PWD dengan AMPMSB sebab terdapat unsur2 ketidaktelusan dalam tawaran harga yang diberikan oleh AMPMSB kepada PWD dalam tawaran kontrak. Namun, atas arahan awang adek selepas sesi lawatan rasmi dia ke sana, dia mengarahkan PWD luluskan aje kontrak neh kepada AMPMSB. 

AMPMSB pun sebenarnya sudah memulakan kerja2 penyelenggaraan bermula tahun 2009 walaupun tiada kontrak rasmi yang menyatakan hak penyelenggaraan itu adalah  milik mereka. Hehehe. Macam tue pun boleh? 

Lihat bawah neh ;



Salah satu cek yang awang adek dapat dari ampmsb yang mana dia cakap ia adalah derma. Hehehehe. Derma beb. Derma. Okeylah tue kita tunggu siasatan SPRM dalam isu neh. Namun, sekarang neh individu yang bagi cek pada awang adek juga bagi cek pada azalina. Kenapa? Cek itu bertarikh pada april 2011. Dan jawatan azalina sekarang neh hanya lah sekadar ahli parlimen jek. Dia pun dapat sumbangan gak. Mungkin derma untuk anak2 yatim dan sebagainya kot. 

Atau.... ada yang lebih dari itu? Hanya Allah swt je yang tahu. Harap azalina boleh jawab dalam isu neh. Jangan risau azalina. Kami semua sedia dengar penjelasan anda. Siyes. Jawab lah yer. Tenkiu.

Sumber :  sini

Ameno : Macam main teka teki pula..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...