Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Anwar ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar ibrahim. Papar semua catatan

Jumaat, 21 November 2014

Anwar Ibrahim, Tolong Berhenti Ponteng Sidang Parlimen.

Tadi. Aku nampak Anwar Ibrahim mengupdate satu benda di laman facebook. Kemudian dikongsikan oleh DSWA.

Ini apa yang Anwar upload.


Biar aku cakap terus terang apa kesalahan Anwar kat sini. Memandangkan penyokong2 Anwar, Hadi, LGE dan geng2 seangkatan mereka berat mulut nak sembang jujur dan menjadi diri sendiri dengan pemimpin2 mereka.

Atau mungkin aku silap?

Membodek, mengampu ataupun membenarkan yang salah memang adalah sikap semulajadi penyokong2 mereka?

Aku akan fikirkan samada aku nak sangka buruk atau sangka jahat dengan penyokong2 partisan neh nanti.

Sekarang. Kita sembang tajuk utama. Tajuk utama dia ialah ;

1. Sekarang neh tengah sesi persidangan parlimen.

2. Sesi persidangan parlimen bukan dibuat pada setiap bulan ataupun sepanjang tahun.

3. Ia ada jadual dan jadual dia telah diketahui awal oleh ahli2 parlimen kita.

4. Anwar Ibrahim ialah ahli parlimen di Malaysia.

5. Selain ahli parlimen Anwar juga seorang ketua pembangkang di Malaysia.

6. Pembangkang secara generalnya mewakili rakyat Malaysia yang mengamanahkan pentadbiran pusat kepada BARISAN NASIONAL untuk memantau, memerhatikan, menilai, menganalisa dan memperhalusi setiap satu tindakan dan polisi2 yang dilaksanakan oleh kerajaan. Adakah ianya bersesuaian ataupun adakah ianya boleh menyusahkan rakyat atau apa. Kemudian elobrate satu persatu supaya rakyat dapat fahami fakta2 kes dan seterusnya memikirkan samada mahu bersama kerajaan ataupun melawan kerajaan dalam setiap polisi2 yang bakal dilaksanakan.

7. Pembangkang berfungsi sebagai check dan balance.

8. Supaya kerajaan gila kau neh tak berbuat sesuka ahti walaupun pada hakikatnya memang dorang slumber nak mampos berbuat sesuka ahti.

 9. Dan tugas ahli parlimen secara generalnya ialah menjaga kawasan2 yang dia wakili dengan up permasalahan2 berkaitan penduduk di kawasan tersebut.

10. Antara jenis tugas yang menyebabkan rakyat perlu membayar mereka gaji ialah AHLI PARLIMEN PERLU MENGHADIRI SESI PERSIDANGAN PARLIMEN.

11. Tiada SEBAB yang MEWAJARKAN mereka PONTENG melainkan mereka mampos, sakit, ada hal kecemasan.

12. Pergi ke luar negara, makan2 atau menjadi ulama bajet bagos ataupun pergi parti2 di Penang yang satusen takde value dalam menyelesaikan masalah rakyat IALAH BUKAN SEBAHAGIAN DARI TUGAS AHLI PARLIMEN.

13. Nabi kenal tak nabi? Aku tanya pada orang2 yang beragama tanpa kira apa agama pun yang dorang anuti. Amanah kenal tak amanah?

14. Amanah bermaksud kau perlu menjalankan tugas kau sepertimana yang diperintahkan ke atas diri kau.

15. Amanah ada dua. Pertama, amanah atas keikhlasan, kesedaran dan tanggungjawab. Contohnya macam berjanji. Kedua. Amanah atas wang ringgit. Contohnya, rakyat bayar kau gaji untuk sekian2 tugas dan kau perlu laksanakan tugas2 kau sepertimana yang rakyat amanahkan ke atas diri kau.

16. Dan apa yang Anwar Ibrahim kau neh buat ialah dia telah melanggar amanah dia yang no dua. Bukan hanya dia. Bahkan semua yang ponteng persidangan parlimen tanpa kira dari mana2 parti, lelaki atau perempuan sekalipun, telah melanggar amanah mereka jika gagal menghadiri persidangan tanpa alasan yang kukuh, jelas dan wajar.

17. Dan. Sebagai rakyat apabila kita melihat seseorang telah melanggar amanah dia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk TEGUR. Supaya ahli2 parlimen neh sedar bahawa RAKYAT tahu apa yang MEREKA lakukan dan RAKYAT tidak SUKA.

18. Bila ahli parlimen ini ditegur, ada kemungkinan yang 50% dalam diri mereka akan mengambil teguran2 tersebut dan mengubah sikap buruk mereka. Mereka akan tengok patern pemikiran rakyat. Mereka baca komen2 walaupun mereka tak balas. Dari situlah diri kita neh sebenarnya telah membentuk sikap ahli2 parlimen kita samada dari side kerajaan mahupun pembangkang.

19. Jika kita mahukan ahli parlimen yang amanah, maka bila dia berbuat tidak amanah, kita tegur dan kita kritik, kita marah dan kita lawan, maka akhirnya secara automatik ahli2 parlimen neh akan mengubah sikap mereka supaya tidak menyakiti ahti rakyat. Menyakiti ahti rakyat bererti kehilangan sokongan. Kehilangan sokongan bererti bakal kehilangan undi ketika pilihanraya. Satu perkara yang ahli parlimen takan suka.

20. Tetapi jika kita hanya bercakap mahukan ahli parlimen yang amanah tetapi tindakan2 kita seringkali membodek ahli2 parlimen neh setiap kali mereka melanggar amanah, jangan la tanya TUHAN. Bila kita akan bebas dari kezaliman. Jalan kita pun BENGKOK. Tapi kita SIBUK nak LURUSKAN jalan orang. Kita tak konsisten pun dengan kehendak sendiri. Jadi macam mana nak bebas dari penindasan.

21. Dan apa yang berlaku tadi ialah ;



22.  Penyokong2 Anwar sangat suka meletakkan sikap dan tindakan2 pemimpin2 BN sebagai penanda aras mereka dalam mewajarkan tindakan2 pemimpin2 mereka.

23. Oleh kerana Najib pun kaki ponteng dan langgar amanah, maka apa la salahnya Anwar pun langgar amanah, ye tak?

24. Kalau ini la penanda aras yang digunakan sampai mampos pun kita takan terbebas dari penindasan pemerintah disebabkan kita beranggapan seseorang tue lebih baik dari seseorang tue kerana seseorang tue dari parti yang kita sokong bukan kerana seseorang itu benar2 baik dan mahu membantu rakyat yang tertindas.

25. Bila bercakap pasal pemimpin, penanda aras kita tak boleh tidak, mesti orang2 yang betul jalannya ialah seorang pemimpin yang terbukti amanah dan baik.

26. Bagi orang Islam yang baik macam korang, dan yang jahat macam aku, teruk2 aku pun, aku akan bandingkan Anwar dengan apa yang Islam gariskan.

27. Aku takan bandingkan dia dengan Najib sebab aku tahu dia gila. Aku takan teruskan kegilaan tersebut dengan jadi penyokong yang gila juga.

28. Ini adalah perlu supaya nantinya kelak, masyarakat akan faham kenapa kita perlu tukar pentadbiran negara daripada BN kepada PR.

29. Jadi kita perlu bantu Anwar untuk tarik dia pergi ke landasan yang disarankan oleh Islam. Islam seru kepada adil. Amanah. Intergriti. Telus. Bebas rasuah. Sosialismkan masyarakat tanpa kira kaum atau agama. Aman. 

30. Bila Anwar tersasar, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bantu dia kembali ke jalan yang sepatutnya bagi memelihara intergritinya semula. Intergriti sangat penting supaya apabila dia berkata2 kelak, orang akan percaya kerana orang telah melihat kepada tindakan2 dia yang sebelumnya.

31. Kenapa PR? Dan bukannya BN? Kerana. BN telah diberikan peluang yang secukupnya untuk mengubah pendekatan mereka dalam mentadbir negara. Dah tarik. Dah betulkan. Dah tegur. Dah kritik. Maki pun sudah. Marah pun sudah. Mengamok sudah. Sampai jadi gila meroyan macam aku pun sudah. Peluang yang diberikan kepada BN bukan setahun dua. Tapi bertahun2 lamanya. Hingga orang merasakan ianya adalah sia2 untuk mengubah yang sedia ada. Baikla kita fikirkan satu solusi terbaru dan kita datang dengan idea, gantikan BN kepada PR. 

32. Tetapi macam mana kita nak gantikan BN kepada PR jika akhirnya apa yang kita harap2kan pada PR sebenarnya adalah sia2 kerana mereka akhirnya tetap meniru dan mengikuti jejak langkah BN apabila soal amanah, intergriti, ketelusan dan keadilan dibangkitkan.

33. Nampak tak situasi dia kat sini macam mana?

34. Aku sedang tolong PR untuk menjadi sesuatu parti yang berintergriti.

35. Atas sebab itulah bila mana2 ahli parlimen mereka ponteng tanpa sebab yang jelas lebih2 lagi ponteng sebab nak p makan atau parti adalah sesuatu yang perlu ditegur bagi memelihara intergriti tadinya tue.

36. Tetapi. Bila orang macam aku datang dan tegur, sekumpulan manusia perosak seperti pembodek akan sentiasa, sentiasa dan sentiasa mencari jalan untuk merosakkan pemimpin2 yang pada awalnya mungkin amanah dengan bertukar menjadi tidak amanah.

37. Mereka kata mereka sayangkan pemimpin2 mereka. Tetapi itu semua penipuan semata2. Orang yang sayangkan pemimpin takan biar pemimpin dia hanyut dan hancur. Orang yang sayangkan pemimpin, bila nampak pemimpin dia tersasar, dia cepat2 tarik dan betulkan. Itu baru namanya sayangkan pemimpin. Kita selamatkan dia dari menjadi seseorang yang teruk dan langgar tanggungjawab. Bila dia bertanggungjawab, kita akan rasa selesa untuk sokong dia. Bila dia bertanggungjawab, kita tahu bahawa segala macam perjuangan yang kita buat semata2 untuk letakkan dia di puncak kekuasaan akhirnya akan berbalik kepada kita apabila dia merangka polisi2 yang favor kepada kebajikan rakyat marhaen.

38. Tapi. Pembodek tak nampak tue. Apa yang dia nampak ialah ;


39. Anwar hadiri satu majlis makan. Dan kau rasa bangga. Kau tak rasa something ke kat situ? 

40. Apa yang aku nampak ialah dia kat luar negara ketika parlimen bersidang. Segala macam dia p makan ka apa ka takde benda yang patut dibanggakan bahkan patut ditegur tindakannya sebab langgar tanggungjawab.

41. Belum jadi PM. Dah ponteng sana sini. Belum jadi PM. Tak tahu nak uruskan jadual agar tak bercanggah dengan persidangan parlimen. Belum jadi PM. Makan gaji buta. Dan ini ke seseorang yang patut diangkat untuk menggantikan Najib? Hello. Penyokong2 Hadi dan LGE pun jangan perasan. Pimpinan korang pun 2 x 5 langgar amanah.

42. Anwar sepatutnya duduk kat situ dan dengar perbahasan dan melakukan perbahasan sebab itulah antara aspek yang akan dinilai oleh rakyat marhaen bagi menganalisa kemampuan Anwar untuk mentadbir negara neh andaikata PR menang dalam PRU mendatang.

43. Dan Anwar sepatutnya tetap perlu duduk disitu sesuai dengan gaji yang dia terima sebagai wakil rakyat.

Jika taknak buat kerja, maka berundur cara baik. 

Jika taknak jadi wakil rakyat, maka beri peluang pada orang lain.

Jika ada banyak tanggungjawab, maka selaraskan tugas.

Jika tak mampu nak pegang banyak2 jawatan, maka lepaskan yang tak perlu.

Aku tak ingat pernah baca kat mana. Tapi ada kata2 yang mengungkapkan bahawa pemimpin yang baik datang dari masyarakat yang baik. Pemimpin yang amanah datang dari masyarakat yang amanah. Oleh kerana masyarakat yang akan memilih pemimpin maka masyarakat itulah terjemahan kepada sikap pemimpin itu sendiri.

Ringkasnya. Jika kita suka mencuri, maka pencuri la yang kita angkat jadi pemimpin supaya pemimpin tadinya tue boleh merangka polisi2 yang memudahkan kita untuk mencuri.

Selagi kita tak ubah cara kita berfikir tentang kepimpinan, maka sampai mati la kita diperbodohkan dan diperkotak-katikkan oleh sebahagian umat yang tak amanah dan suka2 melanggar tanggungjawab.

Ko tak boleh harap orang lain. Kau sendiri kena ubah cara kau berfikir tentang pemimpin.
  Sekalipun BN tidak amanah.
Sekalipun PR tidak pergi ke satu level yang kita harapkan.
Ia bukan la salah mereka seratus peratus.

Masyarakat kita adalah cerminan kepada pemimpin bagaimana yang kita mahu jadi pemimpin.

Kita suka kepada pemimpin yang menindas, menzalimi dan langgar amanah. Maka itulah yang kita dapat sekarang neh.

Untuk seseorang suka kepada pemimpin yang menindas, menzalimi dan langgar amanah, ia memerlukan seseorang untuk bersikap menindas, menzalimi dan melanggar amanah juga. Maka nampak tak bagaimana sikap rakyat mempengaruhi perjalanan pemimpin?

Penyokong parti tidak amanah.
Maka kita dapat pemimpin yang tidak amanah.

Terima la realiti. 

Ahad, 11 Ogos 2013

Karpal Singh Mahu Anwar Dan Hadi Isytihar Harta.

Aku juga mahu. Untuk semua mereka2 yang bergelar pemimpin dan wakil rakyat mereka perlu mendedahkan harta masing2.

BN atau PR atau bebas. Peraturan neh perlu dikuatkuasakan ke atas semua tanpa kira idelogi politik di negara neh.

Tindakan LGE yang dedahkan harta secara public bagi aku ada negatif dan ada positif. Bagi aku cukup sekadar dedahkan di jabatan2 tertentu bagi tujuan rekod. At least kalau ko nak tuduh2 dia terima rasuah apa ke apa mereka boleh review semula rekod pengisytiharan harta yang telah di buat sebelum neh. Begitu juga sebaliknya. Kalau harta ko sekian2 banyak neh takanla lepas dua tiga tahun jadi YB harta ko menimbun2 plak macam Khir Toyo kan?

So ia secara tak langsung boleh menyukarkan MP2 kita untuk terlibat dalam rasuah sebab diperhatikan.

Bila mereka bebas rasuah dan pengaruh dari pihak tertentu sudah tentu mereka boleh perform lebih baik untuk rakyat marhaen.

Yang untung kita juga.

Sebab tu tindakan isytiharkan harta neh kita patut sokong. Cuma takla perlu dibuat secara terbuka. Tertutup pun takpe. Kita bukan nak sangat tahu harta korang berapa. Asalkan korang dapat secara halal sudahla. Apa yang penting berani dedahkan harta untuk tujuan rekod. Kalau banyak bunyi tu ada la sebabnya.

Kah kah kah

Selasa, 21 Mei 2013

Wan Muhammad Azri Nafi Pemilik Blog Papa Gomo.

Bermaruah lagi blogger pro pakatan seperti Milo Suam dan King Jason.

At least mengaku pemilik kepada blog. Tak cover2. Jauh sekali menafikan mereka tiada kaitan dengan blog masing2 bila polis siasat.

Rupanya keberanian papa gomo sekadar atas talian. Berani cabar orang suruh saman. Tapi tak berani berhadapan dengan tukang saman bila cabaran saman dia di sahut.

Macam neh ka ciri2 pejuang islam?

Racist. Menipu. Menfitnah. Mengalakkan orang bergaduh. Bukan ajak bincang nilai isu.

Ini ke yang di angkat oleh orang umno as blogger hebat yang mewakili korang?

Pfttt

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Lawak wehhhhhhhhh

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama

Jumaat, 5 April 2013

Papa Gomo Bertanding PRU-13 Lawan Anwar Ibrahim..

Penulis blog pro Umno, Papa Gomo hari ini mengesahkan akan bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Melalui kenyataan di laman mikro blog Twitter blogger terbabit, beliau berkata akan melawan ketua pembangkang itu walaupun sedar akan kekalahan yang bakal dilaluinya.

“Aku dah ambik keputusan akan bertanding PRU13 ni lawan Anwar Ibrahim. Lawan tetap lawan. Kalah sudah pasti tapi biar Anwar senak,” kata blogger berkenaan melalui akaun @papagomo.

Blogger berkenaan sebelum ini telah disaman RM 100 juta oleh Anwar apabila didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ketua pembangkang itu dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

PKR juga turut mendakwa nama sebenar blogger tersebut adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 dan merupakan pengundi hantu.

Petikan dari berita TMI.

Jawapan aku papa gomo confirm kalah. Elokla simpan duit untuk bayar saman ratus2 juta tue wey. Jangan membazir duit untuk buat kerja2 bodoh walaupun ko memang bodoh.

Kah kah kah

Lagi satu..

Tak takut kantoi muka sebenar ke? Dah jumpa tuttt balik ke?

Kah kah kah

Isnin, 18 Mac 2013

Anwar Nafi Terlibat Dalam Hubungan Seks Songsang.


Penafian sudah dibuat. Sudah cukup sampai disini. Penafian sudah dilakukan. Anda tanya adakah itu dia? Dan dia dah jawab, itu bukan.

Lihat bawah neh ;

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has denied being the man in a series of pictures on the Internet showing two men groping and kissing each other.
The photos, which were put up on several blogs, were purportedly screen grabs of a video.
Approached by reporters after a dialogue session organised by the Anwar Ibrahim Club at One World Hotel here yesterday, Anwar said: “I have already said that I deny it. This is a disgusting political gimmick executed by Umno.”
Asked if he would take legal action against the bloggers, he said: “I don't know yet. I'll let my lawyer handle it.”
In the series of 14 black-and-white photos, a man resembling Anwar is seen kissing and hugging a man dressed in white.
There are also photos of the man shirtless and walking around nude in what appears to be a hotel room.
Although no other information was uploaded, there were implications that more were to come on the blogs.
Jangan taksub der. Itu memang anwar tue. More bukti to come.

Taksub kepala hotak kaw. Penyokong2 PR dan non partisan bukan taksub. Well errr oke. Ada yang taksub. Tapi bukan semua. 

Sekarang bukan isu taksub. Sekarang cara korang selesaikan isu tak menepati kehendak yang err yang negara islam patut amalkan.

Disini, korang menuduh oke. Fine. Then yang dituduh menafikan. So untuk membuktikan korang dipihak yang benar maka bawa kes neh ke mahkamah. Siasat habis-habisan. Lakukan ikut saluran undang2. Biar mahkamah dan bukti membawa kemenangan kepada korang. Nak risau apa? Korang ada bukti ma. Biarkan keadilan bercakap bagi pihak korang. Undang2 ada. Ia bukan perhiasan di malaysia. Gunakanlah ia.

Jangan korang rasa terpukul kalau penyokong pr tak percayakan korang. Dorang ada alasan yang kukuh untuk menolak penulisan korang. Bahkan korang sendiri pun lebih tahu apa benda yang korang sendiri tuliskan selama neh. Ayat, perkataan, tulisan ia hanya sesuatu yang ko boleh tulis suka2. Tetapi pada hakikatnya jauh disudut ahti ko, ko tahu berapa banyak dah korang sebarkan fitnah.

Korang sedapkan diri korang dengan berkata dalam ahti, aku melakukan fitnah atas tujuan yang baik. Tetapi pada hakikatnya, untuk kita berjalan ke syurga, baik dan buruk tidak boleh bercampur. Atau duduk sekali. Letak la apa jua alasan sekalipun selagi kita sebarkan fitnah dalam keadaan kita sedar itu adalah fitnah, ia bukan benda betul.

Kalau benda buruk yang kita buat, burukla ia. Bertaubat je sebaik2 jalan.
Kalau benda baik yang kita buat, ia benda baik. Bukan untuk berbangga at least ada la deposit untuk ke syurga.

Begini je la cara kita menyelesaikan. Jangan paksa penyokong2 pr mempercayai korang. Dan dalam masa yang sama jangan merosakkan masyarakat dengan penyebaran lucah dan porno secara terbuka. Jika itu korang buat, maka penyokong2 pr patut sedar ini adalah masa untuk boikot apa jua rancangan mereka untuk alihkan focus dan tujuan kita berkempen disini. Kalau korang nak layan juga, nak jawab juga suruh dorang bawa kes ke mahkamah.

Jaja ke kita pun apa kita boleh buat? Takan nak suruh kita bunuh anwar? Jangan undi PR? Apahal plak? Anwar Ibrahim kat permatang pauh tue jek. Paling2 koman pun orang akan berfikir begini, ahh aku undi PR bukan sebab anwar. Aku sokong PR pun bukan sebab anwar. Takde masa eh aku nak tolak PR sebab anwar. Hanya orang2 yang kat permatang pauh je boleh tentukan apa yang dorang nak. Dorang yang bakal undi anwar. Orang lain tiada kaitan. Dan dorang taknak amek peduli jauh sekali masuk campur. 

Apa pun yang anwar buat samada betul ke tak betul ke aku sendiri secara jujurnya lebih suka selesaikan ikut jalan undang2. Aku bukan di posisi nak cakap hey itu fitnah, eh itu betul. Ia just aku tatau dan tak mahu tahu. Zaman untuk aku biarkan diri aku dipengaruhi sudah berlalu. Aku takan hilang focus untuk layan isu remeh temeh neh. Bawa ke mahkamah. Dakwa. Bukti ada. Betul?

Korang boleh pongpang puas2 di dalam mahkamah. Cakapla apa saja ketika itu. Matlamat tak pernah menghalalkan cara. Untuk buat benda betul, cara yang digunakan juga perlu betul. Simple ma. Melainkan korang buat benda tak betul. Maka jangan heran jika korang gunakan cara yang tak betul juga. Oke bai.

Sabtu, 16 Mac 2013

Gambar Lucah Lelaki Mirip Anwar Ibrahim Tersebar.

Menerusi satu blog yang baru diwujudkan. Blog tu terbitkan artikel pertama pada hari khamis, 14 mac 2013.

Artikel itu menceritakan tentang hubungan seks sambil memaparkan gambar dua orang lelaki yang melakukan aksi berpeluk dan bercium. Salah seorang lelaki tersebut mempunyai wajah mirip anwar ibrahim.

Gambar hitam putih. Rakaman dari dua sudut. Tak pasti siapa yang edarkan dan apa tujuan dia edarkan tetapi dipercayai ia ada kaitan dengan pru ke 13.

Susulan dengan penyebaran gambar tersebut, video seks mengenai rakaman tersebut juga mungkin akan didedahkan. Ikut dari gaya dorang la. Dulu pun depa edarkan gambar then edarkan video.

Apa yang perlu penyokong pr buat?

1. Keep clam. Tunggu penjelasan dulu.

2. Tak perlu bertekak gaduh pasal neh. Kalau betul itu dsai dakwa la ikut saluran undang2. Aku percaya rakyat lebih selesa kalau kes neh dibicarakan ikut saluran undang2. Itu lebih baik. At least tak memalukan umno yg asyik kena hadap persepsi suka sebar benda lucah. 

Lagipun rakyat malaysia tak suka seme2 benda neh. Kita tak suka mana2 pihak sekalipun dok sebarkan lucah sana lucah sini. Jika ya ada, bukti itu apa seme, sila dakwa dan proses ikut saluran undang2. Mahkamah ada, undang2 syariah pun ada, hah apa lagi. Gunakanlah benda tue. Bukan kah tujuan dia untuk digunakan? Adakah saluran undang2 itu hanyalah perhiasan jek?

3. With or without dsai perjuangan tawan putrajaya tetap diteruskan. Kita bukan sokong individu tapi idelogi. Jadi sebarkan apa2 lucah tak membawa kebaikan pun... kalau betul, itu dsai je la yang terkesan. Kalau tak betul lagi parah.. kena  curse pula dengan rakyat marhaen. Sebarkan fitnah.

4. Apapun jangan buat kesimpulan sehingga mendengar hujah dari kedua2 pihak. Dengarla penjelasan dari dsai dulu sebelum simpulkan sesuatu.

Ini antara gambar yang mereka sebarkan.



Blog yang dimaksudkan ;

http://rajagoyang360.blogspot.com/

Apa yang perlu DSAI buat?

1. Keluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Statement penafian.

2. Kalau boleh ikut saluran undang2. Desak mereka bawa kes neh ke mahkamah bagi membuktikan apa yang mereka sebarkan itu benar. Ikut proses undang2. Protokol sedia ada. Kalau dorang tak bawa kes ikut saluran undang2, itu bermaksud fitnah je la. Takut terkantoi editing. Pakar teknologi bersepah sekarang.

Boleh difikirkan tindakan selanjutnya jika kes ini akan menjadi seriyus pada masa akan datang. Apa pun kalau benda neh betul sekalipun, kalau ia kisah lama, dsai dah bertaubat aku no hal. Yang jadi hal kalau ia masih berterusan jek. Aku tak hadap pemimpin maksum bebas dosa, cukupla dia tak mengulangi dosa2 besar. Itu je la. Bai.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...