Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2015

Wakil Rakyat Kelantan Dapat Kenaikan Gaji Dari 4,600 Kepada 8,000 - PAS Kelantan Pun Minta Naik Elaun..


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Aduhh...

Kelakar betul la.

Masa wakil-wakil rakyat BN seperti menteri berbahas mengenai kenapa elaun MP-MP wajar dinaikkan, geng2 pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS dok sindir-sindir mengatakan kenaikan itu tidak patut berlaku di zaman rakyat menghadapi masalah dan kesulitan kewangan. Di himpit dengan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi, apakah wajar kenaikan elaun menjadi tuntutan kerajaan pada ketika itu?

Kemudian. MP-MP pembangkang pun bersetuju dengan usul kenaikan berkenaan. Antara yang turut bersetuju ialah Rafizi. Modal dia macam biasa. Untuk membantu rakyat. Tetapi parti minta derma orang ramai pula untuk buat perubahan dalam kempen PKR baru-baru neh. HARAM AKU FAHAM.

KAH KAH KAH

Oke la. Selepas MP-MP kau semua naik gaji, aku tengok takde apa pun yang berubah. Tatau la kalau perubahan akan berlaku selepas neh.

Dan bila membaca laporan dari MSTAR ;

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.
Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.
Rang undang-undang itu yang dibentang oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.
Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata elaun ADUN sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri-negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.
"Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.
"Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya.
Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah perbahasan itu berkata kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan utama mereka untuk tidak menaikkan elaun ADUN kepada RM11,000.
"Ini kerana kerajaan Persekutuan sentiasa membantu kerajaan negeri terutama berkaitan belanja mengurus pada setiap tahun," katanya.
Sementara itu, Ahmad (PAS-Pasir Pekan) ketika menggulung perbahasan berkata pihaknya memahami apa yang disampaikan oleh pembangkang berhubung kenaikan elaun berkenaan.
Ahmad berkata bagaimanapun terdapat kekangan kewangan daripada kerajaan negeri pada ketika ini yang digunakan bagi pembangunan negeri.
"Elaun sebanyak RM8,000 adalah sesuai pada ketika ini memandangkan enakmen berkenaan tidak menyebut tempoh masa untuk menyemak kembali elaun berkenaan.
"Kita akan lihat kepada keupayaan dan keselesaan kerajaan negeri (dalam hal ini) dan kerajaan kekal dengan angka yang diberikan dalam dewan," katanya.
Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sokongan kesemua 45 ADUN. Kali terakhir elaun itu disemak adalah pada 2010.
Persidangan Dewan Undangan Negeri disambung esok.

- Aku dapati, kerajaan negeri sedar mereka akan kekangan kewangan. Naik elaun pula. Ini kira nak menambah hutang ka atau memang kerajaan pusat akan menambahkan lagi peruntukan kepada Kelantan untuk bantuan mengurus? Ini tanya ja. Bukan buat tuduhan pun.

- Kemudian, kenaikan elaun neh atas alasan apa tak diberi sebab juga.

- Mangsa banjir masih melepak kat khemah, penempatan sementara. Duit kenaikan tu kau salurkan kepada yang memerlukan lebih bagus. Tapi tatau la kalau adun2 Kelantan kena ikat perut juga macam menteri BN. Tak best juga kan tengok adun Penang, Kedah, Selangor, Sarawak naik elaun. Kita pun patut follow juga.

- Penyudahnya sama aje la semua. Masing2 memang jenis tak peka kepada kesusahan rakyat. Mereka tetap naikkan elaun untuk diri sendiri juga. Yang berapi2 dok maki BN dulu tatau la nak cakap apa melihat tindakan parti mereka pun 2 x 5 juga.

- Subsidi rakyat dimahsuhkan secara berperingkat selama neh dan akan diteruskan pada tahun 2016.

- Apakah mereka mahu peduli dengan kita? BN ka PR ka PH ka apa ka, bila tiba bab elaun, dorang memang boleh bersatu, bekerjasama dan UG. 

Tapi aku paling simpati kepada penyokong2 tegar mereka sebenarnya. Masa menteri BN dok bahas relevancynya kenaikan elaun, mereka kutuk tak hingat donia.

Kemudian selepas krisis Kajang Movie, DUN Selangor, Penang lulus usul kenaikan elaun. Budak2 pembangkang neh kemain puji plak. Betul takde pendirian. Aku ingat ular pun pening tengok gelagat budak2 pembangkang neh. Dorang punya belit, ular pun kalah siot.  Dak2 PAS ada gak sindir-sindir. Sikit-sikit.

Then, sekarang DUN Kelantan pula buat benda sama.

Korang yang tegar pertahankan pemimpin, parti, individu, tubuh badan pemimpin dapat apa? Menyumbang lebih banyak cukai dan hasil kepada kerajaan pusat dan negeri supaya mereka boleh mendapat kenaikan gaji ka?

BTW, hujah2 tegar lepas neh akan jawab. Syukurlah. Nasib baik 8,000, kalau 11,000 macam mana? Cuba banding dengan Najib. Mana lagi tinggi? At least mereka buat kerja bukan menyusahkan rakyat macam BN. Korang tak percaya korang tengok arhh.. aku dah masak dah dengan pe'el depa kot.

KAH KAH KAH

Jumaat, 19 Jun 2015

Mangsa Tembakan Polis Dijatuhkan Hukuman Penjara 18 Bulan & Denda 5,000 - Di Manakah Keadilan?

Agak lambat mendapat berita neh. Dah berlaku 2,3 hari dah pun.

Tadi baca berita mengenai pembebasan OKZ11 di wall kak Nashita. Sultan Perak (yang baru) akhirnya beri pengampunan kepada kesemua OKZ11 untuk dibebaskan bersempena kedatangan ramadhan yang mulia. Pendapat aku, itu satu tindakan yang baik bagi sultan Perak untuk menambat ahti dan kepercayaan rakyat terhadapnya. Apatah lagi kebelakangan neh kita tengok ada beberapa statement berkias Sultan Nazrin terhadap kerajaan pusat. Kiasan makan dalam. Sapa yang baca dia tahu la apa yang aku maksudkan.

Then. Baca punya baca aku terbaca sebaran berkenaan ;




Hmm.

Tak puas ahti gak. Takde pula nampak portal2 online update. Tak penting ke cerita neh? Google jap. Dapat info lagi detail ;


Jadi apa yang berlaku ialah ;

1. Pada tahun 2007, berlaku satu ceramah berkenaan BERSIH.

2. Lokasi Batu Burok, Terengganu.

3. Dalam ceramah berkenaan, ada campurtangan polis yang menyebabkan Suwardi sendiri terkena tembakan polis.

4. Namun Suwardi dan Azman didakwa mencederakan polis (menganggu polis menjalankan tugas menyuraikan ceramah) dan akhirnya didapati bersalah selepas 8 tahun.

5. Hukuman penjara ditambahkan dan dengan denda lagi 5,000.

6. Sapa yang tembak sapa dan sapa pula yang kena penjara neh?

Pelik betul la.

Orang yang kena tembak masuk penjara atas alasan mencederakan polis. Pendakwaraya pun beria2 pula menambahkan hukuman lagi. Adakah hadir ceramah itu merupakan kesalahan berat? Tambahan pula tertuduh siap kena tembak lagi? Takan takde ahti perut?

BERSIH sebelum tahun 2008 ialah dibawah kendalian PAS. Aku harap PAS boleh berpakat dengan BERSIH 2 bagi membantu Suwandi dan Azman yang tertindas dalam peristiwa tersebut. Kesian kot. Macam takde sambutan dan sokongan awam terhadap mereka berdua padahal mereka berdua pun mangsa penindasan juga.

Kbai.

Rabu, 18 Jun 2014

Shahrizat Abdul Jalil Berjaya Bida WA10E Dengan Nilai 20,000.


Dengan 20,000 tue aku boleh jadikan deposit untuk beli rumah ataupun berniaga. Macam tue la yang ada dalam pemikiran rakyat marhaen macam aku. Jadahnya aku nak berhabiskan beribu2 ringgit untuk beli no plat. Orang yang sangat kaya pun aku rasa akan fikir dua tiga kali juga melainkan dia betul2 dah tatau nak buat apa dengan duit dia yang banyak berkepuk2 tue maka mungkin la dia sanggup nak beli no plat mahal2.

Yang paling mahal sekali WA1E. Yeo Geok Beng. RM180,000.00. Ini ada kaitan dengan kroni2 UMNO ke takde? Sapa2 tolong la check ek.

KAH KAH KAH

WA6E no 2. Danny Yin Yew Kuan. RM70,000.

Gila ah.

Beratus2 ribu punya harga. Rumah kos rendah pun kalah dibandingkan dengan no plat wei. Aku rasa JPJ untung kaw2 punya dengan no plat neh. Itu pasal dulu ada cadangan nak beri hak buat no plat kat JPJ aje. Kedai2 biasa tak boleh buat. Nasib baik cadangan batal. Hatta jual no pun kemain untungnya lagi. Inikan pula ko jual komponen2 no plat. Tak puas2 untung lagi ke hapa ko neh JPJ?

KAH KAH KAH

Korang tengok ek. Berapa banyak orang2 kaya kat Malaysia neh. Aku dan ko aje yang tak berduit kot. Nak beli no2 plat neh. Redha je la.

Tengok gambar jap ;

 


Ini semua tender baru2 punya. Bulan ini. Nampak tak ratus ribu orang beli no plat. Yang murah pun ada. RM360. Haha steady je si Mohammad Asri bida. Sekali dapat la pula. No plat neh pun sebenarnya bisnes juga. Aku pun tatau. Baru tahu. Korang tengok je la kat sini. Kalau rajin g godek satu persatu gambar. Kot2 dapat nama menteri2 BN yang bida ke.. boleh buat isu.

KAH KAH KAH

Kbai.

Rabu, 28 Mei 2014

Kos Ganti Papan Tanda Huruf 'K' RM20,000.

Pelik.

Hanya huruf K sahaja yang digantikan. Kenapa pula perlu sampai mencecah 20,000 pula?

Baca ;


Point di atas.

1. Huruf K pada KUANTAN rosak.

2. Kos untuk gantikan huruf K semata2 ialah RM20,000.

3. Pada tahun 2012, huruf K dan N pernah rosak akibat ditiup angin kencang.

4. Dan kos untuk membaikpulih huruf K dan N pula berjumlah RM40,000.

5. Papan tanda KUANTAN mula dipasang pada tahun 2005. Tujuannya untuk mencantikkan pemandangan Sungai Kuantan.

6. Kos keseluruhan papan tanda itu pada tahun tersebut ialah RM300,000 banyaknya.

Ada 7 huruf dalam ejaan KUANTAN.

1 huruf 20,000.

7 huruf x 20,000 = RM140,000.00

Bila buat sekaligus. Kos keseluruhannya ialah RM300,000.00

Bila buat satu persatu maka kosnya menjadi 20,000 seunit huruf.


Apa ke bangangnya MPK buat calculation macam neh?

Aku tatau apa specialnya huruf tersebut. Kos perlu mengambilkira ;

- Jenis material

- Saiz

- Lampu

- Ketebalan

- Tahan hujan, panas (luntur warna)

- Berat

- Pekerja yang mengangkat, memasang.

So aku takmo hujahkan samada benda neh berbaloi ke tak berbaloi ke selagi mana tak dapat pegang dan tengok sendiri depan mata apa kebendanya special sangat dengan papan tanda KUANTAN tue.

Tapi aku nampak ada sesuatu yang mengarut dari segi calculation kos keseluruhan dengan kos sebijik2 huruf. Biasanya. Kalau kita beli lumpsum harga dia lebih murah berbanding kita beli satu2. Macam mana tah si MPK buat kerja sehinggakan harga beli satu persatu huruf lebih murah dari lumpsum. Memang kelakar nak mampos doe.

Lue fikirlah sendiri.

Oke bai. 

Khamis, 23 Januari 2014

Tian Chua Dihukum Penjara Sebulan, Didenda RM1,000 - Bagaimana Dengan Kedudukan Parlimen Batu?


Uit. 

Kena penjara la pula. Namun hukuman penjara ditangguhkan. Mungkin nak melalui proses rayuan kot. Denda tue tak sure dorang bayar ke tidak. Tapi bagaimana nasib kedudukan Tian Chua sebagai MP di parlimen BATU? Adakah ini akan menganggu kedudukan dia sebagai wakil rakyat atau apa?

Baca ;

KUALA LUMPUR 23 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah yang membuat keputusan itu di Mahkamah Seksyen di sini mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua.

Mengikut laporan, Tian Chua dikatakan melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Isnin, 16 September 2013

KJ Minta Hentikan Fitnah Ke Atas KBS Isu Tajaan RM650,000 - Ini Jawapan Untuk KJ.

KJ kata ;
Ada yang tuduh Kerajaan melalui KBS memberi RM650 ribu untuk program jalan kaki dari Besut ke Putrajaya. Mungkin tuduhan ini dibuat sebab saya mewakili YAB PM di pelancaran program tersebut pada 13 Sept di Putrajaya. 

Disini saya ingin jelaskan bahawa RM650 ribu itu adalah penajaan dari syarikat-syarikat swasta, kebanyakkan dari Terengganu dan bukan peruntukan Kerajaan/wang rakyat.


Saya sendiri menyaksikan penyerahan mock cheque tersebut. Tidak ada apa-apa peruntukan diberi oleh KBS bagi Kerajaan Malaysia. Harap mereka yang menyebarkan fitnah di media sosial mengambil maklum pencerahan ini.

KBS terlibat dalam perasmian program Walk4Malaysia. Program tersebut mendapat naungan dari KBS jadi tak hairan la kenapa Menteri Belia dan Sukan merasmikan program tersebut.

Rujuk :  https://www.facebook.com/Khairykj/posts/721519171198020

Part one kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/penyokong-bn-tunai-nazar-jalan-kaki.html

Macam sangkaan aku sebelum neh. Bukannya individu yang melakukan nazar tersebut dapat duit tunai sebanyak RM650,000. Sebaliknya pihak2 yang mengendalikan program tue yang dapat duit tajaan tue. Maksudnya mereka yang akan uruskan duit tajaan tersebut. Individu2 yang berjalan kaki tue mungkin dapatlah beberapa ribu lepas dah habis berjalan apa semua [aku percaya mesti ada imbuhan punya].

Tapi still mereka yang menguruskan program neh yang sebenarnya beruntung. Dapat RM650,000. Kata dorang program neh bukan program berjalan aje. Ada checkpoint apa bagai la. Blbalbalbal.. 

Yelah. Kot ye pun ada checkpoint, takan cekau RM650K beb? Banyak tue. Mesti time malam2 tidur suite dan hotel mewah, ye tak?

Kah Kah Kah

Oke sambung balik. Part yang KJ cakap ia bukan menggunakan duit kerajaan negeri ataupun pusat. Kita buka website walk4malaysia tue sat.

Lihat sini ==>  http://www.walk4malaysia.com/

Dan kita lihat pula senarai pihak2 yang menaja program ini ; 



Kita baca jap apa yang dorang potpet2 kat dalam website tersebut.


Program Walk For Malaysia (Walk4Malaysia) adalah satu manifestasi sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihanraya Umum ke-13, Mei lalu.


Hah, nampak? Mereka sendiri sahkan bahawa program tersebut adalah program yang berkaitan dengan idelogi ataupun sokongan terhadap parti politik. Takde masalah pun BN nak anjurkan apa2 program dan acara. Itu perkara normal untuk parti2 politik menganjurkan apa2 pun. Yang menjadi pertikaian ialah wang tajaan ataupun wang untuk menganjurkan program tersebut mestilah tidak melibatkan wang pembayar cukai. Itu saja.

Jika kita perhatikan semula penjelasan KJ kat atas neh, flashback oke, dia sebut duit kerajaan tidak terlibat sama sekali.

Eh ye ke?

Ia datang dari syarikat2 swasta yang menaja program tersebut.

Eh ye ke?

Ini beberapa rujukan ringkas berkenaan syarikat2 yang menaja program di atas. Ia diperolehi dari poster di atas yang dipetik dari laman rasmi walk4malaysia.

Ini pasal Terengganu Inc ==> http://terengganu-inc.com/v3/images/stories/Group_Structure.pdf 

Ini pasal EPIC ==> http://www.epicgroup.com.my/overview.php 

Ini pasal Konsortium Pelaburan Kemaman ==> http://www.epicgroup.com.my/sub2.php 

Ini pasal Golden Pharos ==> http://www.goldenpharos.com/structure.html

Ini pasal TDM Berhad ==> http://www.tdmberhad.com.my/Contact_Us.html

Ini pasal Permai Hotel ==>  http://www.permaihotelkt.com.my/index.php

Ini pasal SATU WATER ==> http://www.satuwater.com.my/

Kesimpulan.

1. Ada dua syarikat yang menaja program neh yang aku tak dapat kesan. Satu tue sebab takde website dia. Satu sebab aku tatau logo tue mewakili syarikat apa.

2. Ada syarikat kerajaan yang terlibat dalam penajaan. Kerajaan negeri Terengganu. Biasanya penaja utama diletakkan di depan ataupun di petak mula kerana mereka ialah penaja utama / memberikan wang tajaan yang besar. Yang utama kat sini Terengganu Inc, EPIC dan Konsortium Pelaburan Kemaman. Ketiga2nya agensi kerajaan.

3. Syarikat GPB pula ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri. Rujuk link yang dinyatakan.

4. Permai Hotel bebas dari pengaruh kerajaan. Tapi dia sudi berikan sponsor, mungkin atas kapasiti promosi. Takde masalah pada aku. Melainkan jika ada projek2 tersembunyi disebalik semua ini, itu lain citer.

5. Ini bermaksud wang tajaan berkemungkinan besar datang dari agensi2 berkaitan kerajaan. Ini salah. Aku dah terangkan sebelum neh. Jika ia adalah program kerajaan negeri, bukan babitkan urusan idelogi parti, ia tiada masalah menggunakan sumber dana kerajaan. Tapi bila ia babitkan kepentingan parti, ia salah untuk berbuat demikian.

6. Itupun kita tak masuk lagi ke konteks kenapa syarikat swasta tue nak berikan tajaan pula. Takan dorang suka2 nak taja tanpa mengharapkan sesuatu pula? Kalau bukan ruang promosi yang ingin dicari, mestilah ruang projek. Ini simple maths KJ, simple. Pahala untuk setiap kebaikan yang kita buat, tak wujud dengan sia2.

Penyelesaian nya mudah. Jika kita telus, maka dedahkan semua perkara. Jika kita buat kerja dengan amanah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Rakyat menilai dengan fakta dan hujah. Kami semua bukan budak2 yang tak pergi ke sekolah.

Pendapat aku.

Aku takde keperluan untuk menarik semula apa2 kenyataan. Kerana dari awal lagi aku tidak menyebarkan apa2 fitnah. Jika ada, aku bersedia membetulkan ia. Tapi dalam kes neh, ia tiada. Cuma aku berharap DS Ahmad Said yang tampil membuat kenyataan berkaitan hal neh. Jika benarla kata KJ, KBS tidak terlibat apa2 pun dalam urusan program neh, maka pihak yang perlu menjawab perkara ini bukan lah KJ, tapi DS Ahmad Said. Maka biarkan la dia menjawab persoalan2 di atas neh.

Ini ialah program berdasarkan idelogi parti politik. Ia terbukti. Korang sendiri yang sahkan. Dan ia melibatkan syarikat2 kerajaan pula tue. Ia tercatat dalam website rasmi program ini sendiri. Jadi jika persepsi rakyat salah, maka betulkan. Jika persepsi rakyat ialah fakta, maka bertanggungjawabla. 

Program bersifat peribadi dan politicios seperti ini tidak ada kewajaran nya sama sekali menggunakan dana kerajaan. Itu saja.

Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...