Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Disember 2019

Yusoff Hanya Sebut Tentang Saman, Kisah Sekss Tiba-Tiba Muncul - Pakcik.

KENYATAAN MEDIA | Rakyat Malaysia akan menolak politik jijik

Saya maklum bahawa wujud akuan berkanun yang kononnya dibuat oleh salah seorang ahli keluarga saya, Muhammad Yusoff Rawther menuduh perbuatan tidak bermoral terhadap seorang ahli politik kanan. Kejadian itu sepatutnya berlaku pada 2 Oktober 2018, lebih daripada setahun yang lalu. Namun, tiada ahli keluarga kami termasuk datuknya, yang sangat dekat dengannya, diberitahu tentang insiden yang dikatakan itu.


Kami cuma maklum yang dia sebenarnya, membuat laporan polis terhadap salah seorang setiausaha politik Anwar kerana didakwa menyerangnya, dan mengambil tindakan saman sivil terhadapnya, awal tahun ini tetapi tidak ada menyebut kejadian tidak bermoral yang dikatakan itu.

Yusoff telah tersisih dari keluarga sejak datuknya meninggal awal tahun ini.

Setelah lebih dari satu tahun selepas insiden yang dikatakan itu, dan dua hari sebelum persidangan PKR, saya percaya bahawa Yusoff telah dimanipulasi oleh beberapa ahli politik demi kepentingan diri mereka sendiri. Saya fikir kita telah meninggalkan politik meliwat dengan kedatangan Malaysia Baru tetapi, sayangnya, ia terus dimomokkan lagi berulang kali. Saya yakin rakyat Malaysia akan menolak politik itu.

Mohideen Abdul Kader
Saudara Late S M Mohamed Idris

Jumaat, 29 November 2019

Satu Coretan Pada Malam Kerajaan PH Hampir Kalah Di Parlimen.

SOSMED | Satu Coretan Pada Malam Kerajaan PH Hampir Kalah Di Parlimen

Kejadian ini berlaku pada malam Selasa 26 November 2019 di dalam Dewan Rakyat jam kira-kira 9.30 malam.Ketika itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat (KPWKM) YB Hannah Yeoh (PH Segambut) baru sahaja menggulung anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM2,259,671,400 dan RM213,703,100 untuk perbelanjaan pembangunan Kementerian KPWKM di peringkat jawatankuasa.



 
2. Dengan tidak semena-mena seperti dirancang ahi-ahli parlimen Barisan Nasional datang mencurah-curah masuk ke dalam Dewan Rakyat sebaik sahaja sebelum Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon memanggil pengundian untuk meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian KPWKM tersebut.

3. Saya yang berada di dalam Dewan mula cemas. YB Tebrau yang duduk di sebelah kiri saya juga cemas.Begitu juga YB Putatan di sebelah kanan saya kelihatan cemas. Kami berpandangan sesama sendiri. Saya lihat YB Bukit Bendera dan YB Jelutong yang duduk sebaris dengan kami mulai gelisah. Kami tak senang duduk. Saya berdiri cuba mengira berapa jumlah ahli parlimen PH yang ada, berapa BN dan berapa PAS. PAS ada tiga orang ahli parlimennya ketika itu.

4. Ketua Pembangkang dari BN bangun dan minta undian dijalankan secara belah bagi. Hampir semua MP BN bangun untuk menunjukkan mereka ada lebih daripada 15 orang untuk menuntut pengundian secara belah bagi. Saya mula gementar. Saya rasa Kerajaan PH akan kalah malam itu. Dalam saat yang genting itu Speaker Tan Sri Mohd Arif masuk.Beliau segera menggantikan Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid (YB Batu Pahat) untuk membolehkan Ahli Parlimen Batu Pahat mengundi. Saya kasihan tegok Datuk Rashid, dengan berjubah dan bersongkok dia segera mengambil tempatnya sebagai ahli parlimen untuk selamatkan Kerajaan PH daripada tewas pengundian pada malam yang mencemaskan itu.

5.Tetapi akhirnya niat jahat, mala fide 25 orang MP BN (23 Umno, 1 MCA dan 1MIC) kalah juga.

6.Saya mulanya mengharap dalam hati 3 orang MP PAS yang ada di dalam Dewan yang sering bercakap nilai-nilai murni- membantu orang miskin, orang kurang upaya OKU, golongan asnaf, warga tua akan menyokong Kerajaan PH pada malam itu untuk meluluskan anggaran belanjawan Kementerian yang menjaga kebajikan orang miskin, kanak-kanak, orang tua, OKU, wanita ibu tunggal yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah. Tetapi ternyata tidak.Saya amat kecewa. 3 ahli parlimen PAS itu mengundi menentang belanjawan untuk menolong orang miskin, orang daif, wanita, kanak-kanak.Jika kita bercakap soal dosa dan pahala, adakah tindakan ahli-ahli parlimen PAS yang bersubahat dengan Umno, MCA dan MIC untuk menggagalkan belanjawan tersebut merupakan satu jihad yang mendapat pahala?

7. Saya lihat persekongkolan Umno, PAS, MCA dan MIC pada malam 26 November itu yang menyerang secara ambush untuk menggagalkan anggaran belanjawan Kerajaan PH untuk kementerian yang menjaga kebajikan masyarakat,kebajikan kanak-kanak, Wanita, OKU dan Golongan Orang tua adalah tidak beretika, politik yang bangkrap dan tidak bermoral.

8. Kalau hendak jatuhkan Kerajaan PH bukan dengan cara seragan hendap yang memalukan itu. Tunggulah pada PRU ke-15 nanti. Apa jadi kalau Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2020 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak lulus? Dari mana Kerajaan yang ada sekarang hendak cari RM2,473,374,500 untuk bantu rakyat yang amat memerlukan.Ini yang gagal difikirkan baik-baik oleh 25 ahli parlimen BN dan sekutunya 3 ahli parlimen PAS. Bagi saya dua parti politik ini yang bergabung atas nama Muafakat Nasional adalah tidak layak menggunakan istilah itu. Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka pada malam itu mendekati perbuatan anti-nasional.

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
29 November 2019

20 Juta Untuk Kereta Terbang? - Apa Yang Kita Tahu Setakat ini.

POLITIK | Pak Wan ataupun nama sebenarnya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dilanda kontroversi lagi.


Masih lagi berkisarkan isu kereta terbang. Sebelum ini kerajaan telah menyatakan beberapa kali projek kereta terbang tidak menggunakan dana awam.

Baca sini : https://peraktoday.com.my/2019/07/kereta-terbang-tak-guna-sesen-pun-duit-rakyat/

Dalam kenyataan di atas, Pak Wan menegaskan di Parlimen, projek kereta terbang tidak menggunakan dana awam.

Kenapa hal itu dibangkitkan pada 2 Julai 2019? Ia adalah kerana Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh memaklumkan pihak PAC sedang membuat siasatan terhadap dana pembiayaan projek kereta terbang, meskipun Menteri Usahawan pernah berkata projek tersebut tidak dibiayai dana kerajaan.

Baik. Pada 17 Oktober 2019, sekali lagi Pak Wan bercakap mengenai kereta terbang. Kali ini ia mengenai kereta terbang kedua meskipun kita belum lagi kenal rupa kereta terbang pertama setakat ini.

Baca : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/507927/kereta-terbang-kedua-negara-tahun-depan

Sekali lagi hal ini menjadi kontroversi dan rakyat tertanya-tanya apakah ia menggunakan dana awam.

Sebagai rekod, kereta terbang yang difahami oleh Pak Wan ialah merupakan sejenis super dron.

Pada 20 November 2019, sekali lagi Pak Wan menegaskan di Parlimen, projek kereta terbang tidak menggunakan dana awam.

Baca sini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/630302/kerajaan-tak-bagi-dana-untuk-kereta-terbang

Kenapa hal ini ditimbulkan?

Kerana : "Kenyataan pemaju sistem pengangkutan udara tempatan, Aerodyne Group, yang mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri B bernilai AS$30 juta (RM125.62 juta), diketengahkan pada 16 Oktober lalu" (Berita Harian).

Pada 28 November isu tersebut bertambah sensasi apabila PAC sendiri mengumumkan RM20 juta dana awam telah dilaburkan ke atas Aerodyne Venture.

Baca sini : https://www.sinarharian.com.my/article/59518/BERITA/Nasional/PAC-gesa-audit-dana-RM20-juta-projek-kereta-terbang

Pak Wan menafikan pelaburan itu adalah bertujuan untuk membangunkan projek kereta terbang.

Baca sini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633076/rm20-juta-daripada-might-bukan-untuk-projek-kereta-terbang

Siapakah Aerodyne Venture ini?

Syarikat yang membuat projek super drone (yang Pak Wan fahami sebagai kereta terbang).

APA KATA PAC? : PAC dalam laporannya mengenai projek super drone yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, dan turut dimuat naik di laman web PAC, menyatakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, membuat pengumuman terlalu awal mengenai projek berkenaan.


Menurut laporan berkenaan, PAC mendapati MIGHT melalui VentureTech Sdn Bhd (VTSB) meluluskan pelaburan dalam Aerodyne sebanyak RM20 juta yang disalurkan pada 1 November lalu.

PAC juga meminta Jabatan Audit Negara membuat pengauditan terhadap pelaburan RM20 juta itu.


Siapakah MIGHT? : Agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

1 NOVEMBER 2019 - ialah tarikh MIGHT melaburkan RM20j ke dalam Aerodyne.



18 NOVEMBER 2019 - Pak Wan dengan bangganya mengumumkan di Parlimen yang beliau akan menaiki kereta terbang.


Nampak kan?

Pihak kami tidak melakukan apa-apa dakwaan dan tuduhan disini. Pihak kami sekadar menunjukkan tarikh pelaburan dan tarikh pengumuman amatlah dekat. Apakah ia ada kaitan tertentu? Diharapkan PAC boleh menyiasat lebih lanjut. - 29 November 2019.

Hannah Alihkan Kesalahan Kepada Pembangkang Kerana Nak Tutup Kelemahan PH - Najib.

NAJIB RAZAK | Cubaan Timbalan Menteri Hannah Yeoh untuk mengalih perhatian dari fakta Ahli Parlimen dan Menteri PH poteng beramai-ramai semasa undi bajet ini memang tak masuk akal.



Dia tuduh 28 Ahli Parlimen dari BN dan PAS yang menolak Bajet 2020 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah pengkhianat kepada penerima bantuan dan kebajikan.

Saya memberi beberapa fakta :

1. Yang ditolak itu bukan hanya bajet kebajikan tetapi bajet keseluruhan tahun 2020 untuk Kementerian termasuk elaun-elaun untuk Hannah Yeoh dan Menteri.

Jangan nak putar-belit pulak.

2. Menteri yang bertanggunjawab atas bajet tersebut iaitu TPM Wan Azizah pun tak ada dalam dewan masa undi. Begitu juga dengan PM ke-7.

Adakah ini bermaksud Menteri yang bertanggunjawab atas bajet itu serta PM ke-7 tidak mengambil berat kebajikan Rakyat?

3. Lebih dari 100 orang ahli parlimen PH termasuk SEMUA menteri PH tidak ada dalam dewan.

Adakah ini bermaksud 100 orang ahli parlimen PH termasuk SEMUA menteri PH tidak mengambil berat kebajikan Rakyat?

4. Masa mereka pembangkang, PH selalu tolak segala undian untuk bajet tahunan BN.

Adakah ini bermaksud PH sudah berpuluh tahun tidak mengambil berat kebajikan Rakyat dan pembangunan negara?

5. Menteri-menteri PH kata mereka telah ponteng dengan alasan-alasan seperti dewan sejuk, mereka letih atau pembangkang terlalu bising (padahal yang paling bising adalah Jelutong dan Rasah).

Adakah ini bermaksud menteri-menteri PH tak ambil berat kebajikan Rakyat hanya kerana mereka sejuk, letih atau tak tahan bising?

6. Speaker lantikan PH menggunakan masa 30 minit untuk kira sekitar 60 undian dua kali demi memberi peluang untuk Ahli Parlimen PH masuk dewan. Jika tidak, bajet kementerian itu sudah ditolak.

Ya, masa 30 minit digunakan untuk kononnya mengira sekitar 60 undi.

Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa yang sangat nyata tapi Hannah Yeoh tak sebut pun.

Isu utama ialah PH ponteng parlimen beramai-ramai sambil mengambil gaji puluhan ribu sebulan dari Rakyat untuk berkhidmat.

Dan ini bukan kali pertama pun sejak PRU14.

Dah banyak kali PM ke-7 memberi amaran tapi korang degil, malas atau tak hirau.

Jangan cuba nak salahkan BN dan PAS pulak kerana korang degil, malas dan tak hirau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...