Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Februari 2021

Admin Page FB Muhyiddin Yassin Akan Block Anda Jika Sebarkan Gambar Ini.

Sosmed | Nampaknya admin kepada halaman rasmi Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia sedang sedaya upaya memadamkan bukti bahawa admin page itu terkantoi menggunakan akaun rasmi untuk memuji Perdana Menteri itu di ruangan komen.

Awal petang tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memuatkan satu kenyataan media mengenai barisan anggota yang akan mewakili Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Di dalam post yang sama, adminnya telah memberikan komen seperti berikut;

Malangnya, tanpa disedari, komen itu menggunakan akaun rasmi TSMY.

Perkara ini tak mustahil jika berhadapan dengan masalah internet. Selalunya, yang terkantoi beginilah. Admin fikir, dia dah tukar akaun, tetapi disebabkan masalah internet, komen yang terpapar, memaparkan akaun yang memuji diri sendiri. Akaun fake yang digunakan untuk memuji tak terpapar pula.

Disebabkan perkara tersebut, kelam kabutlah adminnya memadamkan bukti, tetapi oleh kerana netizens lebih laju dari para admin, maka ia telah pun ditangkaplayar dan disebarkan ke serata ceruk internet.

Selepas hal tersebut mendapat perhatian ramai, maka netizens pun melawatlah post tersebut dan memberikan bukti bergambar. Tetapi nampaknya, admin page TSMY seolah-olah mahu menyorokkan bukti kecuaian mereka, maka mana-mana netizens yang menyebarkan bukti bergambar itu akan diblock serta merta. Komen-komen negatif yang lain tidak diganggu kecuali komen yang memaparkan bukti TSMY puji TSMY.

Pendek kata jika anda tepek je gambar tersebut di ruangan komen, bersiap sedialah diban. 

Imej dan reputasi TSMY semakin merundum nampak gayanya disebabkan kecuaian para admin. Terdahulu, beberapa media di Indonesia telah melaporkan serangan netizens Malaysia terhadap PM mereka sendiri di halaman Facebook Jokowi. Berita itu sebenarnya memalukan dan mengaibkan Perdana Menteri.

Namun ia tak berakhir disitu. Bergaduh pula cytro dan ahli UMNO sesama sendiri apabila Papa Gomo mempertikaikan serangan netizens terhadap TSMY. 

Situasi di sosial media ketika ini ialah, penyokong UMNO telah berpecah dua namun sebahagian besar bersama-sama dengan team anti PPBM; team pro PPBM dalam UMNO dianggap pengkhianat dan telah menjual prinsip.

Manakala cytro dan penyokong PAS masih kekal mempertahankan imej TSMY dan PN di sosial media. - 9 Februari 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...