Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Ogos 2020

Armada Seru Hentikan Penyebaran Video Timbalan Menteri Dan Bertabayyun Sebelum Menghukum.

POLITIK | ARMADA hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menjawab penyebaran rakaman video yang merujuk kepada Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang tular di sosial media sejak petang semalam.

"Kami mengambil maklum tentang penyebaran video ucapan salah seorang calon Ketua ARMADA Nasional kami ketika berkempen di Pahang.

Untuk makluman, video berdurasi 23 saat itu telah disunting dengan niat tanpa menggambarkan konteks keseluruhan isi ucapan. Ianya juga sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memberikan gambaran buruk kepada bakal saf kepimpinan baru kami.

Justeru itu kami menyeru agar semua pihak berhenti menyebarkan video tersebut dan bertabayyun sebelum menghukum sesuatu perkara,"
kata ARMADA dalam kenyataan yang dipetik menerusi Facebook itu.

Dalam rakaman berdurasi lebih tujuh minit itu, Wan Ahmad Fayhsal dipetik sebagai berkata;

1. PAS telah bersetuju untuk bersama-sama dengan PPBM meskipun UMNO menolak untuk bersama dalam gabungan Perikatan Nasional.

2. Perikatan Nasional Sabah telah dibentuk dan akan menjadi medan ujian pertama kepada kerjasama PPBM - PAS di peringkat seterusnya.

3. Perikatan Nasional Sabah juga akan menjadi gabungan Perikatan Nasional yang pertama bertanding sebagai Perikatan Nasional menentang calon lain di PRN Sabah.

4. Perikatan Nasional Sabah akan bertanding menggunakan logo biru pekat dan tertera perkataan Perikatan Nasional.

5. Pilihanraya umum dijangka akan diadakan pada bulan 10 tahun ini paling awal dan bulan dua tahun hadapan paling lewat.

6. PPBM tidak bertolenrasi dengan Najib sama sekali dan tidak berkompromi dengan amalan rasuah termasuklah isu 1MDB dan SRC. Fayhsal juga menegaskan PPBM masih lagi mengekalkan perjuangan yang sama seperti asal.

7. Fayhsal turut meminta agar ARMADA mempertahankan TSMY sambil menjelaskan PPBM mengambil tindakan (khianati PH) kerana sentimen melayu tidak bersama PH dan PPBM akan kalah pada PRU15.

8. Fayhsal juga berkata, jawatan dan pangkat yang dimilikinya dikongsi bersama dengan cara membantu ARMADA.

9. Dengan jawatannya, beliau boleh menawarkan surat sokongan dan mengadukan kepada Perdana Menteri.

10. Wan Fayhsal juga menyeru agar memangkahnya calon 01 dalam pemilihan calon Ketua Pemuda Armada Pusat.

Sebagai rekod, rakaman video itu sebenarnya ialah rakaman live Facebook yang dipetik dari Facebook Ketua Armada Pahang. Bagaimanapun video tersebut telah dipadamkan dari Facebooknya. - 10 Ogos 2020.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...