Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Julai 2020

Syed Saddiq Luah Perasaan, Tarik Balik Saman Sivil & Tidak Kisah Dibuang PPBM.

Viral | Cerita saya dalam BERSATU dan ARMADA ini panjang. Saya rasa saya akan ingat sampai bila-bila setiap satu perjuangan ARMADA sebelum dan selepas PRU14.

Waktu itu, kami tidak punya apa-apa. Jelajah dari negeri ke negeri dan singgah program rumah ke rumah.


Tidur bermalam pun dalam kereta. Percaya atau tidak, keluarga ARMADA hanya berbekalkan semangat untuk ubah negara dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.

Bagi saya, ARMADA ini bukan sekadar sebuah instrumen politik, tetapi ia adalah keluarga saya.

Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi ARMADA yang kami bina bersama.

Hari ini, BERSATU telah melantik ketua ARMADA yang baru selepas saya dipecat.

Kalau tanya saya, saya merasa rendah diri. Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam ARMADA besar nilainya.

Hubungan yang kami bina dalam ARMADA juga tidak akan putus.

Apabila khidmat saya di dalam BERSATU dan ARMADA tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi.

Saya faham bahawa jalan yang saya ambil ini bukan senang. Jauh sekali ingin menjamin masa hadapan yang baik untuk diri. Mereka yang sama haluan juga akan terima nasib yang sama. Diugut kiri kanan, disingkirkan jawatan dan dibuang jauh-jauh.

Paling penting, kita harus faham bahawa parti politik adalah kenderaan untuk membela rakyat dan menjaga negara. Ia bukan alat untuk kepentingan individu, jalan mudah meraih kemewahan dan jaminan masa depan.

I’ll march forward.

Saya juga akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahlian saya dalam BERSATU.

Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa hadapan negara. Walau apa pun, jika ianya berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih. What say you?

Syed Saddiq
Ahli 000006
Pengasas ARMADA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...