Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 April 2020

Semua Pemimpin Politik Yang Bela Rohingya Diserang Netizens.

SOSMED | Ketika ini netizens Malaysia menzahirkan kemarahan yang meluap-luap terhadap Rohingya.

Biar kami ceritakan puncanya;

- Ia bermula dari sistem, pengurusan, polisi dan dasar pelarian, warga asing PATI dan PADI yang cuai dan longgar.

- Kegagalan itu akhirnya membuatkan pihak tertentu mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan.

- Dan impaknya, ia membuatkan rakyat terkesan secara negatif. Ya, rakyat, di lapisan yang paling bawah inilah yang terpaksa berhadapan dengan kegagalan sistem di atas.

Apa yang dihadapi oleh rakyat ialah;

- Mereka terpaksa berjiran dengan golongan ini yang mana sesetengahnya tidak mahu menghormati adab dan budaya tempatan.

- Sesetengahnya telah menguasai kawasan, ini membuatkan masyarakat tempatan berasa tidak seronok. Bagi wanita, mereka berasa tidak selesa, tidak selamat dan ketakutan.

- Ada yang diambil bekerja, buat hal dan mendatangkan pengalaman negatif kepada warga tempatan.

- Ada yang menimbulkan masalah seperti membela haiwan ternakan di kawasan yang kurang sesuai sehingga menyebabkan bau kurang enak dikalangan jiran-jiran.

- Ada yang bekerja di sektor yang tak sepatutnya ada warga asing, seperti PATI dan PADI.

- Terlalu ramai disini, kebanjiran, dengan penempatan yang berselerak.

- Menjadi bargain kepada majikan. Mereka membuli warga asing semahunya. Membayar gaji yang rendah kerana pelarian dan warga asing perlu hidup. 

- Ada yang terlibat dalam perbuatan jenayah (untuk pengetahuan pembaca, apabila orang Malaysia membuat jenayah, sentimen yang dirasai itu tidak sama seperti warga asing yang membuat jenayah. Malaysians beranggapan warga asing seharusnya berkelakuan baik sepenuhnya apabila datang ke Malaysia kerana datang mencari rezeki dan bukannya berbuat jenayah dan kerosakan, sebab itulah kemarahan mereka menjadi dua kali ganda berbanding warga tempatan yang berbuat kerosakan).

- Ada yang terlibat dalam kegiatan pelacuran, dadah, samseng dan ini sememangnya menakutkan. Warga asing dan pelarian menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

- Sesetengahnya pula menjadikan anak-anak kecil untuk mengutip sedekah, sangat kasihan.

Setelah memahami punca dan asas kemarahan, sudah tentulah apabila bercakap mengenai Rohingya, rakyat menjadi marah.

Sebenarnya kalau bercakap mengenai pekerja warga asing tak kiralah samada dari China, Bangladesh, Nepal, Africa, Indonesia, Pilipin (sempadan Sabah), Vietnam, Kemboja, Selatan Thai, dan Rohingya, rakyat Malaysia automatik menjadi sangat emosi, kecewa dan marah meluap-luap. Mereka tak faham sehingga ke hari ini kenapa terlalu ramai warga asing PATI dan PADI, PELARIAN yang bersepah tanpa kawalan, panduan dan bantuan, di Malaysia dan itupun, kerajaan samada yang lama, yang baru sedikit ataupun yang paling terbaru, masih lagi nak membawa masuk warga asing.

Atas sebab itu, kemarahan mereka dirangkumkan dalam isu Rohingya.

Itu adalah suara hati rakyat Malaysia. Kita tak bersetuju dengan fitnah dan kezaliman. Namun kemarahan rakyat ada asasnya.

Nik Abduh menulis mengenai Rohingya di Facebooknya.


Setakat ini sudah ada 7,300 komen. 99% komen termasuklah penyokong BN dan PAS tidak menyokong kenyataan di atas.

Antaranya;


Begitu juga dengan ADUN PAS Jeneri.



Komen-komen di Facebooknya itu juga menunjukkan majoriti tak bersetuju dengan pendapatnya.

Malahan kenyataannya pada tahun 2017 dimainkan semula oleh warganet.



 
Muhammad Sanusi kemudiannya memberikan penjelasan atas kenyataannya pada tahun 2017.

"Suasana pada 2017 dengan hari ini , April 2020 sudah jauh bezanya. 2017 adalah tahun kemuncak genocide junta Myanmar, Ashin Wirathu dan pelampau Rakhine ke atas muslim Rohingya.

Tidak ada sesiapapun yang membuat bantahan terhadap apa-apa cadangan untuk masyarakat antarabangsa membantu mereka.

Menggali kenyataan 2017 yang dibuat dalam konteks dan senario pada masa itu untuk dijustifikasikan dalam senario kebencian meluap-meluap di media sosial hari ini, tentulah dengan maksud dan niat yang buruk.

Saya serahkan leher mereka kepada Allah swt untuk dihakimi,"
tulisnya dalam kenyataan itu.


Anwar yang mengulas mengenai isu ini juga dikritik ramai pihak.




Menurut Anwar, sentimen yang dirasai oleh rakyat Malaysia itu ada asas dan kewajarannya namun tidaklah boleh sampai ke tahap menyokong penindasan dan kezaliman.

Perlu bersama-sama mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi dan bukannya menjadi alat politikus.

Namun, seperti pemimpin lain, Anwar juga dipertikaikan. Bukan setakat oleh penyokong PN. Tetapi penyokong PH juga. Mereka tidak mahu mendengar apa sahaja kenyataan dan apa-apa alasan yang membolehkan Rohingya untuk tetap terus berada di Malaysia.

Sudah sampai masanya, untuk pemimpin politik dalam PN dan PH, korang duduk berbincang, mengkaji, dan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem negara ini. Kat mana dia lompang sehingga kebanjiran warga asing dan pelarian semacam tiada sekatan langsung.

Dapatkan punca itu, dan kemudiannya kita buat satu polisi untuk memperbaiki apa yang rosak.

Kemasukan warga asing perlu dikawal. Mereka perlu ada had. Yang PATI perlu pulang. Yang PADI perlu dikurangkan.

Yang buat jenayah perlu disekat, selama-lamanya jika ada rekod.

Bagi pelarian, buatlah pengurusan yang bersistematik. Bantu mereka untuk hidup. Dalam satu penempatan. Bagi mereka pendidikan. Supaya mereka bertamadun. Dan seterusnya gunakan ilmu yang dipelajari untuk mendapatkan balik tanahair yang dirampas. 

Dunia, NGOs dan semua yang menuduh Malaysia kejam, perlu didesak hulurkan peruntukan. Mereka perlu bersama-sama negara ini dengan memberikan dana, khidmat serta idea bagi menyelesaikan apa yang berlaku pada Rohingya. 

Jika mereka enggan, maka fahamlah juga kenapa dalam sesetengah situasi negara ini perlu menolak kapal mereka. Yang ada ini pun, gagal diurus, dikawal dan dipandu kerajaan. 

Kena faham, kerana kerajaan menerima mereka dulu tanpa bertanggungjawab sepenuhnya, melepaskan pelarian bagaikan anak ayam, maka lahirlah masalah sebegini. 

Jadi, rakyat ada hak untuk protes (bagaimanapun protes dalam kerangka rasis dan fitnah, tidak disokong sama sekali). Kelas rakyat ini yang hidup bersama-sama warga asing dan pelarian semua. Mereka yang bergaul, berkawan dan bekerja bersama-sama. Bukannya kelas VVIP. Fahamkan itu. - 26 April 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...