Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 April 2020

Keluar Berdua, Netizens Bagi Alasan, Anak Zahid Boleh Kenapa Rakyat Tak Boleh..

SOSMED | Nampaknya peperangan netizens dengan anak Zahid Hamidi, Nurul Hidayah semakin besar.

Sebelum ini warganet mempertikaikan;

- Nurul Hidayah keluar berjumpa dengan Menteri Wilayah bagi membincangkan isu murtad dan LGBT.

- Dan keluar bersama suaminya.

Nurul mempertahankan dirinya dari tuduhan tersebut dengan memberikan alasan;

- Beliau keluar dari rumah dan memandu seorang diri.

- Hanya bertemu suaminya semasa tiba di Putrajaya bagi menemankan dirinya.

- Nurul juga berkata di IG Storynya, 9 dari 10 muslim telah murtad. Namun apabila dimintakan data dan kajian bagi menyokong hujahnya (seorang Peguam Syariah telah meminta Nurul Hidayah mengemukakan butiran dan hujahnya berhubung kenyataannya itu memandangkan Malaysia tak pernah merekodkan data yang disebutkan oleh Nurul Hidayah itu), Nurul sehingga ke hari ini belum lagi memberikan apa-apa bukti.

Dan selepas beberapa hari, tersebar pula gambarnya di sosial media.

Gambar itu dikatakan gambar bersama suaminya yang keluar membeli barangan keperluan. Dan ia menjadi sensasi di laman internet, kerana keluar berdua.

Sedangkan berdasarkan kepada arahan kerajaan (MKN) setiap ahli keluarga, hanya boleh keluar sendirian bagi membeli barangan keperluan harian. 

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada gambar itu sahih ataupun tidak kerana tinjauan mendapati ia tak berada di Instagram anak pemimpin UMNO itu ketika pihak kami melakukan semakan. 

Bercerita mengenai PKP dan keluar berdua.

Apabila ada tukang komplen;

 
Maka ada tukang jawab;


Inilah yang berlaku di laman sosial ketika ini.

Setakat ini, Nurul Hidayah belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan netizens ataupun memberikan respon terhadap gambar tular itu. - 25 April 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...