Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Jun 2019

Sebar Video XXXX, Portal Sabahkini2 Disekat SKMM.

POLITIK | Portal Sabahkini telah disekat oleh SKMM bermula semalam, 11 Jun 2019. 

Sekatan ini dipercayai ada kaitan dengan penyebaran tiga video lucah yang mengaitkan Menteri Ekonomi, Azmin Ali bersama pimpinan PKR - Haziq Aziz.


Video itu disebarkan tanpa tapisan dan tidak sesuai untuk dipertontonkan secara umum apatah lagi di website berita. Mungkin itu yang menjadi asas kepada sekatan tersebut dilakukan.

SKMM bagaimanapun tidak menyatakan sebabnya secara terperinci setakat ini melainkan satu notis awam dipaparkan apabila cubaan mengakses portal tersebut dilakukan.
 
"MAKLUMAN.

Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kanduntgannya melanggar undang-undang negara," katanya notis tersebut.

Untuk rekod, selain portal berita, blog-blog, video berkenaan turut melegar-legar di group-group WhatsApp. Pihak kami ingin menasihati agar tiada mana-mana pihak menyimpan video berkenaan di telefon masing-masing, apatah lagi bagi mereka yang sudah mempunyai anak-anak kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran anak masing-masing. Jangan disebabkan galak mahu menyerang pimpinan tertentu, anak sendiri menjadi mangsa dalam proses itu. - 12 Jun 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...