Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Jun 2019

Saya Difitnah Haziq - Hilman.

HILMAN IDHAM | KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI
KENYATAAN MEDIA


Saya telah dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat ke atas saya oleh penama Haziq Abdullah Bin Abdul Aziz pada 13 Jun 2019 yang menuduh saya melakukan ugutan ke atas beliau semasa pertemuan kami pada 11 Jun 2019, kira-kira jam 2.40 petang di Zest Coffee House, Marriot Hotel, Putrajaya. Pertemuan tersebut adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk YB Menteri. 

 

 
Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut dan ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah laporan palsu.

Dalam pertemuan tersebut, Haziq telah menyatakan kepada saya bahawa beliau adalah mangsa permainan politik kotor untuk menjatuhkan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau juga menyatakan bahawa video tersebut palsu dan menafikan beliau adalah karakter dalam video tersebut.

Haziq juga meminta pandangan saya untuk beliau bertemu keluarganya bagi mendapatkan pandangan. Saya bersetuju dan meminta beliau bersabar. Malah, saya menasihatkan beliau bahawa dalam menghadapi fitnah begini, keluarga adalah elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruahnya.

Untuk maksud itu, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Putrajaya, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, bersangkut laporan polis tersebut yang merupakan laporan palsu serta merupakan pemfitnahan jenayah ke atas saya.

MUHAMMAD HILMAN IDHAM
Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...