Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Jun 2019

Sarawak Bankrap 2021 - Ini Jawapan Dan Bukti Berfakta Untuk Menteri Kewangan Malaysia.

SYAHIR | SARAWAK BANKRAP 2021?

Baru-baru ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat kenyataan bahawa Sarawak akan bankrap dalam masa 3 tahun jika Gabungan Parti Sarawak dibenarkan untuk terus memerintah selepas Pilihanraya Sarawak yang akan datang.

 

 
Dalam fundraising dinner di hadapan penyokong-penyokong DAP di Kuching, Lim Guan Eng menuduh bahawa rizab tunai Kerajaan Sarawak berjumlah RM30 bilion akan habis digunakan sekiranya Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Abang Jo terus berbelanja RM11 bilion seperti diumumkan dalam Bajet 2019 tahun lepas.

Lim Guan Eng yang sememangnya terkenal dengan tabiat memetik dan memanipulasi angka berbilion-billion ringgit bagi tujuan meraih sokongan politik nampaknya tidak serik membohongi rakyat seperti sebelum-sebelum ini.




Persoalannya adakah Sarawak bakal bankrap sekiranya GPS terus dipilih oleh rakyat Sarawak untuk pilihanraya yang akan datang?

Daripada mendengar ceramah propaganda Lim Guan Eng, mari sama-sama kita semak fakta dan angka yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun bagi Kerajaan Sarawak.

Kedudukan kewangan Kerajaan Sarawak sememangnya kukuh dengan rizab tunai Kerajaan atau Kumpulan Wang Disatukan meningkat setiap tahun.

Sejak 2013, rizab tunai Kerajaan Sarawak meningkat daripada RM23.3 bilion kepada RM30.0 bilion pada tahun 2017.






Kedudukan rizab tunai Kerajaan Sarawak pasti juga meningkat pada tahun 2018 berdasarkan rekod pengurusan kewangan Kerajaan Sarawak yang cemerlang setiap tahun.

Sepanjang tahun 2013 - 2017, Kerajaan Sarawak mencatatkan lebihan belanjawan (surplus) setiap tahun kecuali pada tahun 2016 di mana Kerajaan Sarawak mencatatkan defisit RM272 juta kerana hasil royalti petroleum yang berkurang kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia yang mendadak pada tahun tersebut.

Tuduhan oleh Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Sarawak akan bankrap selepas tiga tahun tidak mengambil kira hasil atau pendapatan yang dikutip Kerajaan Sarawak setiap tahun.

 


Kerajaan Sarawak menjana berbilion Ringgit setiap tahun daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai seperti hasil cukai jualan minyak sawit mentah, minyak isi sawit, pampasan gantian hak ke atas hasil minyak dan gas, dividen daripada pelaburan Kerajaan Sarawak dan lain-lain.

Bermula tahun 2019, Kerajaan Sarawak mula mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum yang dianggarkan akan menjana RM3.897 bilion tahun ini.

 


Dengan hasil tambahan inilah Kerajaan Sarawak mengumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah Sarawak iaitu RM11.9 bilion.

Jadi tidak timbul isu Kerajaan Sarawak akan menggunakan rizab tunai RM30 bilion untuk menampung perbelanjaan yang diumumkan jauh sekali Kerajaan Sarawak akan bankrap atau muflis.

Sepatutnya Lim Guan Eng dan DAP berusaha menunaikan janji mereka untuk meningkatkan kadar royalti minyak dan gas untuk Sabah dan Sarawak daripada 5% kepada 20%.

Janji ini termaktub di dalam muka surat 114 Buku Harapan iaitu Janji 41: Memastikan ekonomi Sabah dan Sarawak berkembang dengan lebih pesat demi kemakmuran hidup rakyat seluruhnya.

Kerana janji ini masih gagal dipenuhi oleh DAP dan Pakatan Harapan, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif sendiri untuk menjana hasil yang lebih tinggi untuk menampung belanjawan tahunan.

Bukan sahaja Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan gagal memastikan kadar royalti minyak dan gas dinaikkan, malah beliau memaksa Petronas membayar special dividend berjumlah RM30 bilion kepada Kerajaan PH kononnya untuk menggantikan wang tuntutan refund GST kepada peniaga-peniaga.

Rakyat Sarawak perlu menolak Pakatan Harapan terutamanya DAP dalam pilihanraya Sarawak yang akan datang.

Niat mereka hanya mahu berkuasa at all cost.

Di peringkat persekutuan mereka gagal menunaikan janji-janji manis dan palsu dan yakinlah bahawa mereka juga akan gagal di peringkat Sarawak.

GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Abang Jo telah membuktikan bahawa mereka berkebolehan dalam menguruskan Kerajaan Sarawak baik dari segi kewangan kerajaan mahupun kebajikan dan pembangunan rakyat.

Belajarlah daripada kesilapan pengundi di Semenanjung Malaysia.

http://syahir521.blogspot.com/…/…/sarawak-bankrap-2021.html…

Rujukan:

1. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2017: https://www.audit.gov.my/…/K…/11%20PK%20SARAWAK%20OFFSET.pdf

2. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2016: https://www.audit.gov.my/…/11.%20Penyata%20Sarawak%20LKAN%2…

3. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2015: https://www.audit.gov.my/…/sarawak%20-%20laporan%20ketua%20…

4. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2014: https://www.audit.gov.my/…/sarawak%20-%20laporan%20ketua%20…

5. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2013: https://www.audit.gov.my/…/SARAWAK%20-%20Laporan%20Ketua%20…

6. Ucapan Belanjawan 2019 Sarawak Bagi Tahun 2019: https://cm.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php…

7. Buku Harapan: https://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...