Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Jun 2019

Rafizi Nafi Dakwaan Dalang Video Skandal Azmin.

RAFIZI RAMLI | KENYATAAN MEDIA

Hari ini saya dihujani dengan panggilan wartawan dan orang ramai yang ingin mendapat reaksi dari saya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Sdr Blission Zainuddin

Kenyataan beliau cuba memberi gambaran seperti saya dalang kepada episod seks dan video terkini.

 

 
Saya maklumkan kepada wartawan saya langsung tidak mahu terlibat kerana ia sangat memualkan. Ia menyebabkan rakyat benci kepada ahli politik dan KEADILAN kini terpalit sama. Sebab itu saya langsung tidak mahu komen pun.

Lagi pun faktanya jelas:

1) Si penuduh, Sdr Haziq tidak pernah bersama saya. Beliau sepanjang masa rapat dengan orang lain

2) Saya yang pertama mempersoalkan kenapa seorang yang pernah mahu keluar parti boleh bertanding dalam pemilihan

3) Dalam pemilihan lalu, Sdr Haziq mendokong Sdr Najwan yang bersama Sdr Azmin

Kenyataan saya kepada media pendek, dan saya nyatakan tidak mahu terlibat.

Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa Sdr Syed Shah Syed Osman telah pun mengeluarkan kenyataan dan mengemukakan bukti yang boleh menolak terus sebarang usaha untuk melibatkan saya.

Saya harap selepas ini usahlah cuba mengheret saya.

Serahkan perkara ini untuk disiasat sebebas-bebasnya oleh pihak berkuasa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...