Ini adalah simbolik bagaimana kedua-dua antara parti dalam PH ini menyesuaikan konsep agama mereka masing-masing.
Maka inilah usahanya membetulkan keadaan mana kita sudah dari turun temurun mengamalkan Islam sejak Tanah Melayu diperintah oleh Sultan-sultan Melayu islam, memang tak pernah hindu melibatkan diri mereka dalam ibadah orang islam seperti hal ehwal Zakat, beri makan hindu berbuka puasa dalam kuil, DAP merasmikan msjlis khatam Quran dan sebagainya yang mana kita melihatnya suatu kecurangan ke atas agama Islam itu sendiri.
Korang dah tahu foto itu edit dan saya letakkan ayat 'harus' di situ untuk panPH untuk merayakan Thaipusam.. saya tak kata wajib atau sunat.. sila baca ayat posting itu dengan betul.
Jadi terpulang lah mahu join upacara Thaipusam atau tidak. Maka itulah maksud ayat 'harus' disitu. Lagi pun semenjak masuk je Bulan Ramadhan ni sehingga akhir-akhir ini, PH sudah menarik Islam itu ke sudut yang paling kontraversial yang mana mereka amat licik menggunakan para mufti yang mereka bayar itu membenarkan hala arah tuju mereka.
Dalam posting itu saya hanya mengutarakan kes saling berbalas usaha dan tindakan di antara PanPH sesama mereka sekiranya panPH telah menyusun Hindu campurtangan urusan ibadah umat islam dan begitu juga apabila tiba musim Hindu Thaipusam pula maka tak salahlah panPH ceburkan diri join ibadah bersama penganut Hindu.
Saling garu mengaru seperti ini hanyalah demi semangat memupuk keharmonian di antara agama-agama menurut konsep ideologi PAN, saya menekankan konsep yang dibawa oleh PanPH dalam era mencampurratakan agama-agama ini. - 2 Jun 2019.