Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Jun 2019

PH Yang Janji Agensi Kerajaan Bebas Politik, PH Yang Langgar Janji Lantik Orang Politik..

SHAHBUDIN HUSIN | JANJI MANIFESTO PH DINODAI LAGI, PERANGAI TUN M SAMA SAJA MACAM NAJIB


Tindakan Tun Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dengan jelas telah menodai janji manifesto PH dalam PRU14 yang lalu.

Perlantikan ini adalah pilihan paling buruk di sebalik janji untuk meletakkan SPRM di kedudukan benar-benar bebas kerana Latheefa Koya, seorang peguam adalah bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Walaupun beliau sudah keluar PKR sebaik diumumkan diberikan jawatan baru ini, hakikatnya perangai Tun Mahathir tidaklah berbeza dengan Najib Razak.

Najib sebelum ini dihujani kemarahan rakyat kerana melantik Apandi Ali sebagai Peguam Negara pada 2015 kerana beliau adalah bekas Bendahari UMNO Kelantan serta pernah menjadi peguam UMNO.

Kemudian apabila Najib melantik Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara pada 2017, perlantikan itu juga dikecam rakyat kerana suaminya, Rizuan Hamid adalah Ketua UMNO Bahagian Kepong.

Tetapi, dengan melantik Latheefa Koya ini, apakah bezanya perangai Tun Mahathir dengan Najib?

Atau perangai Tun Mahathir sebenarnya lebih teruk lagi berbanding Najib?

Lebih daripada itu, perlantikan Latheefa Koya mengetuai SPRM ini dengan sendirinya menjadikan janji manifesto PH dalam PRU14 lalu untuk meletakkan badan pencegah rasuah itu bebas dengan dinaikkan taraf serta diletakkan dibawah Parlimen hanya tinggal janji kosong saja.

Ini bukan saja menunjukkan satu lagi janji manifesto dimungkiri di siang hari, bahkan Tun Mahathir nampaknya sedang memusnahkan agenda reformasi yang diperjuangkan PH dan PR sejak 20 tahun sebelumnya.

Keadaan ini dengan sendirinya meletakkan PH dalam keadaan kian bahaya dan semakin hilang sokongan rakyat.

Meskipun ramai yang turut memperkatakan perlantikan Latheefa Koya juga memperlihatkan agenda halus Tun Mahathir untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim sebagai bakal penggantinya semakin jelas boleh dibaca, realitinya PH mungkin hancur lebih cepat daripada itu.

Perdana Menteri dengan satu demi satu melakukan sesuatu yang bercanggah dengan PH seperti sedang menghancurkan gabungan dan menyediakann laluan untuk BN berkuasa semula dalam PRU15 akan datang.

Dengan semakin banyak janji dimungkiri, agenda reformasi dinodai dan Tun Mahathir menjadi lebih teruk perangainya berbanding Najib, di mana logiknya pengundi mahu terus memilih PH dalam PRU15 akan datang?

Dalam hal ini, parti-parti gabungan dalam PH mesti cepat mengingatkan Tun Mahathir dan jangan sampai dek kerana ada agenda peribadi yang tersembunyi, yang menjadi mangsa akhirnya ialah PH itu sendiri.

PKR, DAP, Amanah, malah Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu mesti berani bersuara dan menegur Tun Mahathir, bukan saja untuk beliau memenuhi janji dan mematuhi agenda reformasi, bahkan melaksanakan janji peralihan kuasa kepada Anwar yang telah pun dipersetujui.

Semua orang tahu, walaupun Latheefa Koya sudah keluar PKR, tetapi sejak akhir-akhir ini beliau dilihat selalu bercanggah pendapat dengan Anwar dan lebih memihak kepada Azmin Ali.

Dengan itu, apabila Tun Mahathir tiba-tiba melantik Latheefa Koya mengetuai SPRM, hanya beberapa hari setelah beliau mengulangi lagi janji mahu menyerahkan kuasa kepada Anwar, terlihat seolah-olah kata-katanya itu tidak bermakna apa-apa.

Persoalannya, mengapa tidak dilantik daripada kalangan penjawat awam untuk mengetuai SPRM?

Bukankah selama ini semua peneraju SPRM atau BPR sebelumnya adalah daripada kalangan penjawat awam belaka?

Mengapa mesti Latheefa Koya yang jadi pilihan Tun Mahathir?.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...