Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 April 2019

Peneroka Susah Tapi Beli Kereta Baru, Anwar Sindir Pengurusan FELDA Kaw-Kaw..

MALAYSIAKINI | Ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur 'penuh sesak' dengan seratus kereta baru yang dibeli pengurusan lembaga itu, menurut Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim.


Presiden PKR itu membuat dakwaan tersebut ketika menyentuh keputusan kerajaan menyuntik dana RM6.23 bilion untuk memulihkan Felda, ketika perbahasan Kertas Putih lembaga itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menggesa kerajaan memperincikan bagaimana dana itu akan digunakan.

"Ini kerana dalam keadaan Felda bermasalah (bleeding), saya difahamkan ada seratus kenderaan baru dibeli Felda.

"Lihat ibu pejabat Felda, penuh sesak dengan kereta baru. Mungkin (kereta itu) dipesan sebelum ini, tapi ini perangai lama pengurusan yang perlu dibetulkan.

"Rakyat, peneroka susah tetapi masih beli kereta baru kononnya ada keperluan mendesak,"
katanya.

Katanya lagi, kos operasi Felda meningkat daripada RM400,000 kepada RM1.4 bilion ketika Isa Samad menjadi pengerusi, dan angka itu kekal sehingga kini.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), dan berkata pejabat presiden syarikat itu empat kali ganda lebih besar daripada pejabat perdana menteri. - 10 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...