Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Februari 2018

Nik Abduh Jawab Serangan Najib, Mahathir, Husam & Lim Kit Siang Ke Atas PAS.

Oleh : Nik Abduh
Teh Halia Tarik (2)
DS Najib kata Kelantan muflis jika Pusat tak beri wang. 
Tun Mahathir kata PAS kafirkan UMNO.
Lim Kit Siang kata TGHH tolak PR kerana DAP tolak beliau nak jadi PM.
Hj Husam kata TGHH ikut telunjuk PM.
Ulasan saya :
Semua itu bohong.
Semua itu tak ada dalam ajaran PAS. 
Semua itu tak ada dalam realiti kerja PAS.
Pusat bagi wang kepada Kelantan adalah kerana Kelantan bagi wang dulu pada Pusat. Masa Tun Mahathir dera Kelantan dulu pun, Kelantan masih hantar wang pada Pusat. Istiqamah.
PM sedar ke, Kelantan wujud dulu sebelum Malaysia? Sebelum nak suruh Kelantan berterima kasih pada Pusat, belajarlah berterima kasih dulu pada Kelantan.
Tun Mahathir dikejar hantu Mak Limah. Memandu PH laju ke depan dengan mata memandang cermin belakang. Jangan pandang belakang Tun. PAS dah di depan ni..
Lim Kit Siang bohongnya pada masyarakat non muslim makin kuat. DAP akan marasai penangan buruk bercakap bohong tak lama lagi. Main politik dalam terowong bawah lautlah tak lama lagi.
PAS cadang Ku Li sebagai PM pada PRU13 kerana nak tambah gelombang undi Melayu dalam PR dan Ku Li juga diterima non muslim. Cadangan ditolak kerana ada orang lain yang kalut nak jadi PM takut terlepas.
Memang terlepaslah dulu dan kini pun. Tun Mahathir jugak yang menang akhirnya. Tetiba TGHH jugak yang disalahkan. Belit tahap sembelit.
Hj Husam ni saya tak nak ulas. Kesian. Orang kepercayaan almarhum ayahanda yang gagal kerana buatan sendiri..
Inna liLlahi wa inna ilaihi raji'uun.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...