Rabu, 24 Mei 2017

Kembalilah Ke Tikar Sejadah, Mahathir Kata Nik Abduh.

Oleh : Harakah Daily
TINDAKAN Tun Mahathir menyelar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan kecelaruan beliau dengan hambatan sejarah silamnya yang kini menghantui di hujung usianya.


Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ketika Tun Mahathir berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik Almarhum Tuan Guru.
"Dendam Tun Mahathir belum berakhir dan mungkin juga Allah inginkannya kekal begitu justeru dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, Tun Mahathir amat gembira melihat PAS berpecah tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah dan gagal melemahkan PAS sedikit pun, bahkan PAS semakin sejahtera, maju dan mara menuju cita.
Bagaimanapun Nik Abduh sentiasa menyeru Tun Mahathir bertaubat dan kembali ke tikar sejadah kerana itulah jalan yang terbaik untuk beliau di hujung hayatnya.
"Tak payahlah buat kerja 'lu langsi lu mati' yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.
Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.
"Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik," katanya.
Justeru katanya, Tun Mahathir perlu dihormati tetapi untuk masa depan negara yang lebih sejahtara biarkan dia berehat menuju Allah.
"Generasi baru perlu memilih Islam sebagai panduan hidup. Mari menuju sebuah negara sejahtera dengan Islam," kata beliau.
Terdahulu, Tun Mahathir bertindak mengutuk Almarhum Tuan Guru di dalam isu tuhan mencarut. Walaupun isu ini sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau hidup.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...