Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Januari 2017

Baru 3 Januari Tetapi Kita Dah Ada Macam-Macam Kenaikan - Senarai Harga Barang Naik Setakat Ini..

1. Kenaikan semua jenis harga petrol RON95, RON97 dan DIESEL.

2. Kenaikan tambang sekolah. Atas permintaan persatuan kerana tambang sedia ada tak dapat menampung kos operasi dan kos sara hidup. Apabila kerajaan memilih menaikkan harga petrol, pengusaha sekali lagi menjelaskan kenaikan perlu bagi menampung kenaikan petrol. Apabila harga petrol turun, pengusaha tidak menurunkan harga tambang pula.


Tambang Bas Sekolah Naik
Tambang Bas Sekolah Naik

3. Kenaikan harga tayar kenderaan. Walau dengan harga lama pun rata-rata pemilik kenderaan memilih untuk berkira-kira tukar tayar apetah lagi dengan harga baru. Hmm.

4. Turut dilaporkan kenaikan yuran taska. Maka ibu bapa terpaksa keluarkan lebih belanja bagi menghantar anak-anak ke taska.

Barangan Sekolah Naik Harga
Barangan Sekolah Naik Harga

5. Sebelum ini akhbar melaporkan keluhan ibu bapa yang membeli kelengkapan sekolah. Barangan sekolah naik sehingga 30% dan ianya cukup membebankan pada ibu bapa yang punya lebih dari satu anak yang bersekolah.

6. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd yusof Abdul Rahman pula meramalkan tahun 2017 akan berlaku lebih banyak peningkatan harga barangan dan perkhidmatan. 

Antara faktor yang memberikan kesan ialah kejatuhan matawang negara. Ia mempengaruhi import-export Malaysia. Oleh kerana kita banyak bergantung kepada makanan import maka pengguna perlu bersedia membayar lebih bagi mendapatkan bekalan makanan. 


7. Persatuan Majikan turut melaporkan tahun ini akan menyaksikan lebih ramai warga tempatan kehilangan kerja. Kerajaan pula merancang meluluskan lebih banyak kemasukan warga asing walaupun secara berperingkat.


50,000 bakal hilang kerja, penganguran meningkat, apakah tindakan kerajaan?


8. Laporan Malaysiakini menyatakan harga ikan kembung naik 100%. Walaupun kenaikan dilaporkan berkaitan dengan sikap nelayan yang enggan turun kelaut disebabkan perubahan monsun, namun apabila harga satu2 barangan itu naik, ia sukar untuk turun kembali.

9. Sebelum ini pada November lepas kerajaan telah memutuskan untuk memahsuhkan subsidi minyak masak. Oleh itu penguna menyaksikan peningkatan harga minyak masak yang agak ketara. Pengalaman aku sendiri yang membeli minyak masak Sri Murni yang selalunya dijual pada rm6.25 meningkat kepada 9.00 ++ walaupun botol yang sama. Manakala minyak masak bunga pula masih kekal pada harga rm18.00++. Minyak masak bunga canola memang takde subsidi. Kerajaan juga dikatakan telah bersetuju dengan permintaan pengusaha gula bagi menaikkan harga gula sehingga 30%. Kita tunggu masa kerajaan umumkan kenaikan.



10. Menurut FOMCA, lebih 30 ke 40 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi sekali gus bakal memberi kesan kepada mereka sekiranya berdepan situasi sukar sama ada berpunca kegawatan ekonomi atau kecelakaan yang tidak diduga.

Keadaan ini tidak pelik kerana kenaikan kos sara hidup sudah tentu menyukarkan mereka yang berpendapatan rendah untuk membuat simpanan.

Pengguna meluahkan ketidakpuasan ahti kepada KPDNKK mengenai tindakan kerajaan menaikkan harga sesuka ahti.


Ia mungkin sedikit terjejas pada yang berpendapatan tinggi atau serdahana tinggi atau bagi yang tidak mempunyai tanggungan tetapi kepada keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai dan terikat dengan beberapa komitmen bayaran bulanan, ia sukar untuk mereka berhadapan dengan kenaikan-kenaikan baru. Jika kenaikan seperti harga tayar ia mungkinla tidak memberikan kesan langsung tetapi jika ia membabitkan minyak masak, gula, makanan basah seperti ikan, beras dan barangan keperluan harian seperti petrol sudah tentula ia memberikan kesan rantaian kepada ekonomi keluarga.

Petrol je ke yang naik sekarang neh, KJ?


Namun Najib mungkin tak memahami keluhan kita kerana mungkin sibuk bermain dengan kucing kesayangannya ataupun bercuti ke luar negara dengan pesawat kerajaan yang dibayar oleh kita. Hebat kan.


Selamat tahun baru, selamat hadap barangan naik juga!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...