Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Januari 2017

Nazri Aziz Pasti Sedang Ketawa Besar..

Sejak semalam beberapa portal berita melaporkan kejatuhan nilai ringgit. Laporan itu turut memetik kenyataan penganalisis yang menjangkakan nilai ringgit akan terus susut berdasarkan beberapa keadaan. Salah satu punca kejatuhan tersebut ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.
Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang semakin meruncing dengan Malaysia mungkin mengekalkan dasarnya manakala Rizab Persekutuan menaikkan kadar sejumlah 50 mata asas.
Kelemahan seterusnya dalam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malaysia dipegang oleh pelabur asing, memetik laporan berkenaan dari portal Malaysiakini.
Nilai Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah
Tidak hanya itu, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr. Rosli Yaakob juga dilaporkan berkata beliau menjangkakan nilai ringgit akan terus susut sehingga mencecah ke 1 USD = 5.00 jika tiada langkah konkrit diambil.
Ringgit Jatuh 2017
"Jumlah hutang negara yang semakin tinggi tanpa kawalan ketat turut menjejaskan ringgit ekoran semua transaksi bayaran hutang hanya boleh dibuat dalam mata wang asing", kata Dr. Rosli Yaakob lagi dalam satu laporan yang dipetik dari SelangorKini.
Pada awal bulan lepas, BNM telah mengumumkan langkah-langkah baru untuk menggalakkan lebih banyak perdagangan dalam negeri dalam ringgit, sebagai usaha untuk mengekang kejatuhan mata wang tempatan berbanding dolar AS. Walaubagaimanapun bermula awal tahun 2017, negara menyaksikan ringgit semakin merundum. 

Dan rakyat Malaysia meramalkan kejatuhan nilai ringgit sekarang neh sudah pasti mengembirakan insan yang memegang jawatan menteri iaitu Nazri Aziz. Tahniah la ya. Hasrat termakbul. Bak kata Nazri Aziz, orang bodoh je tatau kebaikan kejatuhan nilai ringgit. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...