Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Disember 2015

Anak TPM Zahid Hamidi Kena Rompak Laju Je PDRM Hantar Pasukan Forensik - Kalau Rumah Rakyat Macam Mana?


Laporan dari Malaysiakini ;
Rumah anak timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Country Heights, Kajang, dipecah masuk buat kali kedua.
Nurulhidayah, 36, bersama suami dan dua pembantu rumah berada di rumah ketika kejadian.
Menurut Oriental Daily News, selepas menerima laporan pada 10 pagi semalam, polis menghantar pegawainya, termasuk pasukan forensik ke rumah itu.
Laporan itu memetik ketua CID Mohd Adnan Abdulah sebagai mengesahkan kes itu.
Adnan berkata keluarga Nurulhidayah mengalami kerugian kira-kira RM25,000 akibat kehilangan barangan peribadi, termasuk laptop, lima jam tangan, cincin kahwin dan barangan kemas.
Nurulhidayah dan suaminya membuat laporan di balai polis Kajang pada 11 pagi.
Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Tahun lepas beliau kerugian dua jam dan wang tunai RM1,000 akibat insiden sama.

Jangan marah aku Nurul Hidayah.
Jangan marah aku Zahid Hamidi.
Jangan marah aku PDRM.
Jangan marah aku Khalid Abu Bakar.
Aku hanya berkata apa yang benar.
Diskriminasi ini berlaku di negara aku, pada aku, pada golongan marhaen seperti kami.
Kau hilang 25,000. Pasukan forensik laju-laju pergi rumah kau buat siasatan.
Rakyat kalau hilang motor depan rumah, atau rumah kena kopak, belum tentu polis laju-laju datang rumah. Itu pun kalau datang. Belum tentu polis datang pun ada. Jangan kata pasukan forensik. Polis biasa pun tak tentu datang kot. Itupun tatau apa kebenda yang mereka godek, telek dan siasat jika datang. Seriyus, aku tak tatau. Perjalanan kes pun tatau apetah lagi nak tahu lebih dari itu?

Nampak tak permainan nya kat sini?
Nampak tak bagaimana keadilan, keselamatan, perlindungan hanya mahu peka, hanya mahu sayang kepada orang-orang yang kaya, berharta dan berkuasa dan tidak mahu kepada orang-orang macam kami?

Jangan kata hilang 25,000 itu satu jumlah amount yang besar berbanding hilang 2,3 ribu atau motor ke kereta ke apa ke depan rumah menyebabkan dia mendapat layanan yang berbeza dari rakyat marhaen. Tolong la. Kita semua tahu bagaimana keadilan berfungsi di negara neh. Jika 25,000 ribu besar pada Nurul Hidayah, 1,000 ribu ,2,000 ribu atau 100-200 ratus juga besar nilainya pada rakyat biasa apatah lagi pada orang miskin. Jika keselamatan, nyawa dan harta penting pada Nurul Hidayah, maka perkara yang sama juga terpakai pada rakyat biasa. Jika anak timbalan perdana menteri ada pasukan forensik yang laju-laju datang ke rumah jalankan siasatan selepas rumahnya dirompak, rakyat Malaysia juga berhak mendapat layanan yang sama. Kami juga mahu rasa selamat dan terlindung di negara neh walaupun kami bukan anak menteri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...