Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 November 2015

Selepas Baikpulih Sebanyak 14 Juta, 2 Bangunan Milik Malaysia Dibiarkan Kosong Di Washingthon.


Ini satu lagi pendedahan oleh PAC selepas kes pegawai kerajaan yang cuai isu bayar lebih dalam kes projek Paya Peda.

Memetik laporan oleh TMI ;

1. Malaysia ada dua bangunan kedutaan di Washington yang dibeli pada tahun 1979 & 1984.

2. Kedua-dua bangunan itu dibiarkan kosong sejak tahun 2002.

3. Pada tahun 2010, satu fasa pemulihan dijalankan ke atas kedua-dua bangunan tersebut dan siap sepenuhnya pada tahun 2012.

4. Kos baikpulih keseluruhnnya ialah 14.17 juta ringgit Malaysia.

5. Namun, kedua-dua bangunan tersebut masih terbiar dan kosong selepas dibaikpulih jutaan ringgit.

6. Kosong satu hal, pejabat kedutaan Malaysia masih perlu menanggung beberapa utilitis yang menelan belanja hingga USD 3,000 sebulan untuk menyelenggara bangunan-bangunan berkenaan.

------------------

Pelik juga. Aku fikir langkah baikpulih itu betul tetapi at least bagi la proper plan. Contohnya convert ke hotel ke mini hostel untuk disewakan ke rumah pelancongan bajet ke atau apa-apa yang bersesuaian la untuk menjana pendapatan untuk negara. Maksud aku, untuk kau keluarkan bajet repair bangunan2 kosong milik kerajaan neh, kau mesti susuli dengan plan lengkap. Jangan main baiki ja tanpa plan. Memang la tak rugi sebab kau repair 'bangunan sendiri' tapi membazir la bila dah repair mahal2 tapi tak digunakan. Buat apa kan?

Buat kerja separuh masak neh yang aku tak gemar. Aku takut kesnya macam neh jek. Saja cari projek untuk repair-repair semata-mata untuk halalkan wang keluar ke certain-certain company. Bukan kita tatau perangai dorang semua neh.

Itu pun tak godek lagi bab siapa dapat projek dan betulkah nilainya sepatutnya 14.17 juta ringgit Malaysia? Almaklumla boss PAC yang baru neh kan jenis "saya pun nak cari makan juga".. tu yang buat aku ragu-ragu sikit..

KAH KAH KAH

Laporan penuh oleh portal TMI kat bawah ;

Dua bangunan yang menempatkan Pejabat Perwakilan Malaysia di Washington yang dibaik pulih bernilai RM14.17 juta terbiar kosong selepas berpindah ke Bangunan Canseri yang diduduki sekarang, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 hari ini.

Bangunan Annex 1 dan 2 yang masing-masingnya dibeli pada tahun 1979 dan 1984 dengan kos RM1.45 juta dan RM1.05 juta terbiar kosong sejak tahun 2002.

Kedua bangunan itu kemudiaannya dibaik pulih dengan kos menelan sebanyak RM14.17 juta yang siap pada 2012.

 "Pemeriksaan Audit pada 19 Ogos 2014 mendapati bangunan itu sudah mula dibaik pulih pada tahun 2010 dan siap pada tahun 2012 dengan kos RM14.17 juta.  "Bagaimanapun, ia belum diduduki dan masih terbiar kosong," kata laporan yang dikeluarkan hari ini itu.

Selain itu, tempoh jaminan kecacatan bangunan sudah tamat pada 29 Jun 2013.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia juga menanggung kos bayaran utiliti dan perkhidmatan pembersihan bangunan yang berjumlah antara AS$2,000 hingga AS$3,000 sebulan.

"Pada pendapat Audit, Bangunan Annex 1 dan 2 di Washington, Amerika Syarikat yang sudah diubahsuai tetapi masih belum digunakan adalah satu pembaziran.

"Kerajaan Malaysia juga perlu terus menanggung kos bayaran utiliti dan perkhidmatan pembersihan bangunan.

"Selain itu, tempoh jaminan kecacatan yang sudah tamat dan jika berlaku kerosakan sama ada sebelum atau selepas bangunan diduduki tidak boleh dituntut daripada kontraktor," kata laporan itu lagi

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...