Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 Oktober 2013

Susu Bayi Antara Barangan Yang Dikenakan GST.

Woww

Aku rasa ini mungkin disebabkan syarikat yang mengeluarkan susu formula tersebut iaitu Nestle dan sebagainya menjana pendapatan melebihi dari 500k. Ini kerana dari apa yang aku difahamkan, jika satu2 syarikat menjana lebih dari rm500k maka dia diwajibkan untuk terikat dengan sistem percukaian GST.


Lihat ;
Walaupun barangan seperti beras dan belacan tidak akan dikenakan GST, seperti janji perdana menteri dalam ucapan Belanjawan 2014, barang seperti susu segar dan susu formula bayi tidak termasuk.

Tiada dalam senarai daripada teks belanjawan yang diedarkan kepada media Jumaat lalu juga tidak termasuk kelengkapan dandanan diri, perubatan dan buah-buahan segar. -MK-

Buah2 segar pun kena GST. Habislah lepas neh masyarakat hanya akan mampu makan buah2 yang dah lama jek kot. Kalau dah yang segar tue mahal sangat macam mana mampu nak beli dengan pendapatan yang tak seberapa neh? Di ikat pula dengan kos sara hidup yang tinggi?

Dan aku tertarik nak share SATU pendapat mengenai GST.

Baca bawah ;

Ada beberapa perkara yang saya sokong dan beberapa perkara yang lain pula yang saya bantah pasca Bajet 2014. Sebagai akauntan, fokus saya tentunya tertarik kepada hal-hal berkaitan percukaian terlebih dahulu. Dalam ambang Bajet 2014, istilah GST menjadi popular. Namun gosip bercampur aduk dengan fakta hingga sukar org awam membezakan keduanya. GST itu sendiri tidaklah buruk, malah diakui sebagai salah satu cara kutipan cukai yang berkesan.Kebaikan GST adalah:

1. Bertentangan dgn pendapat ramai, GST memastikan pengguna hanya dikenakan cukai 1x sahaja. Kita ambil contoh tayar kereta. Harga jualan runcit adalah RM200, harga borong RM150, dan kos pengilang adalah RM100. Maka GST dbayar oleh pengguna adalah sebanyak RM12, peruncit RM9 dan pengilang RM6. Nampak spt jumlah GST yang dikutip dan dibayar kpd kerajaan adalah RM12+9+6: RM27 kan? Salah. Kerana peniaga (peruncit dan pengilang) hanya perlu menyerahkan GST yang dikutip kepada kerajaan setelah ditolak GST yang telah dibayar kepada pembekal2 nya. Dalam contoh di atas, peruncit hanya perlu menyerahkan RM12-RM9: RM3 kepada kerajaan, sementara pengilang pula hanya menyerahkan RM9-RM6:RM3 kepada kerajaan. Andaikan pembekal kepada kilang tersebut mendapat bekalan bahan mentah bebas GST, maka kesemua RM6-RM0: RM6 GST yang dikutip daripada pengilang tadi harus diserahkan kepada kerajaan. Jadi,jumlah kutipan GST yang masuk ke kantung kerajaan adalah RM3+RM3+RM6:RM12 yang sama dgn jumlah GST akhir yang dbayar pengguna RM200 x 6%: RM12.

2. GST adalah lebih murah utk barang2 dan servis yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebelum ini (SST). HOW? Sebab yang mudah adalah kerana SST tiada sistem rebat utk cukai yang telah dibayar spt GST (spt yang diterangkan di atas). Ini bermakna, SST yang dibayar akan menjadi kos tambahan peniaga. Ambil contoh di atas, harga borong akan jadi RM150 + SST 10%:RM165, harga runcit akan jadi RM165 + profit 30%: RM214.50. Jumlah kutipan kepada kerajaan adalah RM15+RM21.50:RM36.50

3. GST menyukarkan syarikat dan peniaga utk lari atau culas daripada membayar cukai. Dalam GST,setiap peniaga yang ingin membuat tuntutan rebat atas GST yang telah dibayar kepada pembekal harus mendaftar dan melampirkan details pendapatan dan kos mereka kepada kerajaan.Ini pastinya dapat membantu menangkap mereka yang selama ini menyembunyikan pendapatan daripada dikenakan cukai.

Having said that, saya tetap menentang pelaksanaan GST di MALAYSIA kerana:

1. GST sepatutnya menjadi 1 CARA kutipan yang baru bkn 1 cukai yang baru. Pelaksanaan GST di Malaysia mengakibatkan cukai dikenakan kepada golongan yang tidak membayar cukai selama ini. Peratusan rakyat Malaysia yang layak membayar cukai tak sampai 30% daripada keseluruhan populasi. Ini bermakna utk lebih kurang 70% lagi rakyat Malaysia yang tak bekerja (pelajar,pesara,dll) atau yang mempunyai pendapatan bulanan kurang drpd RM2450, tiada cukai yang dikenakan kepada mereka. Dengan GST, yang miskin,yang berkemampuan dan yang kaya semuanya dicukai sama rata. Ini adalah 1 bentuk kezaliman dan bebanan kepada mereka. Negara2 lain yang melaksanakn GST spt Singapore mempunyai % pembayar cukai sedia ada yang tinggi, maka pelaksanaan GST hanya membebankn sebahagian kecil drpd rakyat dan boleh diatasi dgn pemberian bantuan.

2. Statement Najib dan kerajaan yang cuba menggambarkan GST sebagai cukai yang lebih murah dari SST adalah cubaan utk memesongkan rakyat. Generally, GST memang lebih murah drpd SST, namun kita perlu faham yang SST hanya dikenakan atas sebahagian produk dan perkhidmatan sahaja manakala GST dikenakan ke atas SEMUA barangan. Jadi, pengguna akan menghadapi kenaikan harga bagi barang2 yang tak dikenakan SST selama ini. Contoh paling mudah adalah petrol. Selepas ini kita perlu membayar RM2.10 + 6%: RM2.23. Ini akan mengakibatkan kenaikan harga roti canai dari RM1.20 kpd RM1.40 dan selepas GST akan jd RM1.50. Anda boleh bayangkan impact terhadap barang2 lain.

3. Proses tuntutan rebat GST spt diceritakan tadi memerlukan kira2 yang rumit dan sistem perakaunan yang mantap. Sebhagian besar perniagaan di Malaysia terutama SME masih tak ambil pusing soal perakaunan dan hanya mengupah firma perakaunan utk menyiapkan penyata kewangan mereka apabila perlu sahaja (nak apply bank loan, ada tax audit,etc). Jadi mereka akan mengambil langkah mudah dgn tidak membuat tuntutan GST, menganggap GST sbg kos perniagaan dan memindahkan kos2 ini kpd pengguna. Apa yang kerajaan boleh lakukan utk memastikan ini tidak berlaku??

4. Pelaksanaan GST di negara lain biasanya disertai dgn penurunan kadar cukai pendapatan individu. Ini bertepatan dgn konsep GST sbg 1 CARA kutipan baru bkn cukai baru tapi di Malaysia, GST 6%, cukai pendapatan hanya turun 1%-2%. cukai yang banyak dikurangkan pula adalah untuk golongan top-tier dgn income melebihi RM100K setahun. Apa jadi dgn golongan pertengahan?? BR1M tak layak,harga barang naik, terus jadi miskin bandar dan terdesak utk ambil rasuah.

5. Ada cara lain utk melakukan penstrukturan semula sistem percukaian negara namun Najib lebih rela membiarkan rakyat marhaen terdera dari orang2 kaya terpaksa membayar lebih.

*dipetik daripada karangan sahabat yang brilliant Sheikh Khuzaifah,thanks sebab betulkan posting aku sebelum ni bro*

*akhir kata,kita bukan nak tunjuk siapa lagi pakar dalam sesuatu hal,tapi hanyalah sekadar bertujuan untuk menyebarkan ilmu walau sepatah dua demi untuk MENCELIKKAN minda bagi sesiapa yang belum tercelik lagi*


Rujukan : https://www.facebook.com/garurumon/posts/10151734007619033

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...