Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 November 2012

Wanita UMNO Tidak Terkejut Kontroversi Nurul Izzah .

Geng tengok video bawah neh sat ;



Apa yang shahrizat cakapkan dalam video neh ialah ; 

1. Orang melayu diberi pilihan untuk memilih agama mereka samada nak jadi islam ataupun bukan islam.. siap repeat lagi tu..

2. Shahrizat nak tanya dsai, nak suruh dsai jawab tapi dalam masa yang sama dia tuduh2 pembangkang macam2 ?

3. Lepas tue cakap wanita umno tue dah dapat maklumat.. kalau dah dapat maklumat p la sebarkan maklumat tersebut.. apa ko susah? Hah p report jabatan agama islam la. 

4. Anutan agama dalam IC akan dimahsuhkan sehingga berumur 18 tahun untuk mereka putuskan agama mereka sendiri..

Bagi aku la

1. Melayu memang patut diberikan hak untuk pilih agama. Melayu yang macam mana? Kita akan kategorikan mereka ikut kisah masing2. Setiap dari mereka mempunyai kisah berbeza2 dan tiada masalah jika melayu2 ini diberi hak untuk pilih agama. Mereka tak patut dipaksa masuk islam semata2 mereka melayu. 

Faham tak? Kita cakap pasal melayu oke. Bukan muslim.

2. Anutan agama dalam ic tue boleh dimahsuhkan. Kalau nak kekalkan pun tiada masalah. Boleh mahsuhkan bagi penganut non muslim. Boleh kekalkan bagi muslim. Tetapi jangan pecah ikut bangsa. Tolong la. Benda tue tak relevant langsung. 

Lepas tue bagi mereka yang mualaf, elok la di statedkan mereka tue mualaf.. kot2 kalau suatu hari nanti mereka mahu keluar islam or jadi kes apa2 so senang la kita nak selesaikan kes.. kita tak boleh suka2 hukum orang sehingga kita tahu dan faham kesemua perkara yang telah berlaku sehingga mendorong dia untuk keluar dari islam..

Aku tak faham. Apa yang susah sangat nak terima bahawa pendapat nurul izzah berkaitan melayu juga berhak pilih kepercayaan masing2 adalah berkaitan bangsa.. bukan anutan?  

Cakap la apa2 sahaja. Perlembagaan cakap melayu tue islam, islam tue melayu. So melayu = muslim. Korang boleh ulang2 'zikir' di atas untuk seumur hidup korang. Dipersilakanlah.

Aku faham fakta. Ada sebab kenapa perlembagaan cakap melayu tue islam, islam tue melayu. Itu adalah disebabkan mereka nak mencegah melayu2 dari suka2 murtad. Ketika itu melayu memang menganuti islam. Majoriti melayu adalah muslim. Ini umno buat sebab umno yang sign perjanjian ketika itu, adalah untuk menjaga akidah umat islam.

Tetapi sayang, cara jaga akidah tak boleh semata2 gunakan perlembagaan dan undang2 jek. Kena ada bekap plan. Hoi ko muslim. Oke dah cukup dah kata2 aku. Bila aku cakap ko muslim maka ko muslim. So ini ke di anggap mukmin?

Separa tepat. 

Undang2 dan perlembagaan boleh membantu membanteras muslim2 dari sesuka ahti murtad. Ini jek peranan mereka. Tetapi bab memantapkan akidah ko tetap kena amalkan apa yang islam suruh.

Ada melayu yang engkar dalam bab akidah. 

Baiklah. Sudah ada melayu yang murtad. Mereka tidak dihukum oke. Mereka bebas berjalan. Aku tak pasti apa kelemahan nya. Aku dah kaji stuktur jabatan agama islam. Nak kata mereka abaikan terus pesalah2 murtad tak juga. Mereka bimbing. Tapi apa yang silap? Aku belum boleh nampak keseluruhan frame.

So melayu2 ini akhirnya telah berkahwin dan menghasilkan anak2. Anak2 ini akhirnya sudah menjadi tidak muslim walaupun mereka melayu. Bagaimana perlembagaan mahu membaca mereka?

Begitu juga dengan melayu2 yang kahwin campur. Apakah korang tak pernah nampak ada melayu menganuti hindu ikut pasangan masing2? Ada melayu convert buddha dan kristian ikut pasangan masing2? Ada yang jadi atheis.. ikut pasangan masing2? Bagaimana perlembagaan mahu membaca anak2 mereka? 

Fakta. 

Ibu dan bapa kepada anak2 ini keluar dari islam. Ada yang tidak mengakui dengan bawa kes ke jabatan agama islam sebab tidak mahu menimbulkan kontroversi. Tetapi pengakuan verbal di buat banyak kali depan ahli keluarga dan rakan2. Itu tetap berupa satu pengakuan walaupun tak mengaku kepada pihak penguatkuasa. 

So bagaimana perlembagaan mahu membaca anak2 yang lahir dari pasangan ini?  

Tarbiah?

Ya, sudah tentu. Jika jalan tarbiah untuk telah berlaku dan akhirnya mereka tetap menolak islam bagaimana? Ingatlah, mereka tak pernah lahir sebagai muslim sebab anak2 ini lahir dari baka ibu bapa yang telah murtad oke.

Jika kita rujuk Alquran, tiada paksaan dalam agama. Ini bermaksud setelah perhatikan kronologi dan kehidupan mereka, memang didapati mereka tidak berhak dipaksa menganuti islam semata2 mereka melayu.

Ini sedang berlaku. Ya, di malaysia. Ini yang aku highlightkan. Dari awal lagi tiada hukuman untuk pesalah murtad. Tiada langkah2 pencegahan. Jadi kenapa marah bila gejala murtad semakin berleluasa?

Sekadar cakap2.

Sekadar pongpang2 melayu tak boleh murtad tidak akan menghentikan apa2 yang sedang berlaku sekarang. Cakap2 ini tidak boleh menjadi apa2. Hanya sekadar cakap2 dan cakap2. 

Belajar menyelidik situasi.
    
Sehingga ko duduk dalam situasi mereka, sehingga ko dengar apa masalah mereka, sehingga ko memahami bagaimana mereka hidup then baru ko nilai. Jangan biarkan minda ko di kawal oleh sesiapa. 

Tak rugi satu sen pun kalau ko bersikap menganalisa setiap apa yang berlaku. Sebab tue aku dari awal lagi sokong apa yang nurul izzah cakapkan. Pasal aku dah lama tahu, bangsa ialah bangsa, bangsa bukan bermaksud agama.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...