Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 November 2012

Harussani seru Nurul Izzah dan semua penyokong pembangkang bertaubat sebab berdosa besar.

Aku berdosa besar.

Nurul Izzah pun sama. Akidah Nurul Izzah dah terjejas. Wajib untuk dia bertaubat. Seme pengikut2 Nurul Izzah yang sokong statement Nurul Izzah juga diseru untuk bertaubat. Sebab berdosa besar sokong statement Nurul Izzah mengenai melayu juga terpakai dalam freedom of religion. 

Aku bukan pengikut nurul izzah. Tapi kena la bertaubat juga sebab sokong apa yang nurul izzah sebutkan.  Lihat kat bawah neh ;


Kenyataan Harussani.

Kenal tidak. Jumpa pun belum. Dengar penjelasan jauh sekali. Dan2 nak tuduh aku berdosa besar sebab sokong kenyataan nurul izzah?

Apa bukti yang harussani ada untuk katakan aku berdosa besar? Ada dia call helo ameno saya nak tanya awak pasal penulisan awak di blog mengenai isu nurul izzah? Boleh jumpa? Saya mahu dengar penjelasan dari seme pihak nanti saya akan simpulkan situasi awak bagaimana.. kedudukan akidah bagaimana.. dan sebagainya.

Ada dia buat kat aku? Kat Nurul Izzah? Or kat seme mereka2 yang menyokong kenyataan nurul izzah? Takde pun. Bagaimana seseorang mufti yang arif agama, hebat sehebat hebatnya dalam melaksanakan ibadah boleh sewenang2nya mengeluarkan tuduhan yang tiada asas?

Ini ke sikap seorang mufti? Hanya kerana seseorang tue tak sokong bn dan umno itu tak bermaksud seseorang itu berhak difitnah dan dilabel bukan2. Apa salahnya kalau harussani berlapang dada cari jalan untuk dengar penjelasan dari kesemua pihak?

Susah sangat baca blog? Takpe. Buatlah forum. Cuba cari jalan sekurang2nya dia usaha untuk jumpa nurul izzah. Ada?

Takde pun. Isu nurul izzah neh isu khilaf. Benda yang boleh di interpresikan dengan pelbagai andaian. Lain orang yang mendengar mungkin lain yang dia faham dan mungkin lain pula yang dia fikirkan.

Takpe. Takde hal. Sebab tue wajar la jika tokoh agama memilih untuk berjumpa. Dengar dengan telinga sendiri. Faham betul2. Kalau nurul izzah direct cakap muslim patut diberikan hak untuk murtad. Tue boleh la ko nak anggap akidah dia maybe bermasalah.

Tapi benda yang dia cakap berbeza dengan apa yang tersebar. Dan media arus perdana pula tak berhenti memusingkan setiap kata2 nurul izzah tanpa pernah sekalipun berikan dia ruang untuk memperjelaskan apa yang dia nyatakan.

Ini bukan cara yang betul. Dari awal lagi tindakan korang memang tak betul. Setiap yang melibatkan pr dan bukan pro bn di lihat sangat2 berdosa besar. Walaupun banyak kali juga perkara yang korang tuduh2 pr buat, korang sebenarnya yang buat bahkan lebih dasat. Tetapi hanya yang nampak berdosa, hina, neraka, kena bertaubat, jahat, setan hanyalah mereka2 yang tak pro bn.

Inilah sikap tokoh agama. Tokoh agama yang meletakkan aku di posisi berdosa besar sebab aku tak sokong bn. Instead menilai dan mendengar sendiri penjelasan yang keluar dari mulut aku sendiri, dia memilih untuk meletakkan hukuman. Di akhirat sana sebelum hukuman jatuh pun kita lalui proses keadilan. Apa harussani lebih hebat dari Allah swt? 

Sumber berita : sini 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...