Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Mei 2012

Bekas ketua polis Hanif Omar dilantik untuk siasat PDRM..

Baik ko lantik diri aku untuk siasat diri aku sendiri lagi bagus. Insya-Allah aku akan bagi ko hasil siasatan yang sangat ikhlas, jujur dan telus. Aku percaya laporan siasatan ke atas diri aku sendiri akan berjaya membuktikan aku lah manusia paling hebat, cemerlang dan gemilang di dunia dan akhirat. Percayalahhh.... 

kah kah kah


Tadi, si hishammudin dah umumkan bahawa hanif omar akan mengetuai satu panel siasatan khas untuk menyiasat polis2 yang melakukan kekasaran dan keganasan ke atas pendemo2 bersih 3 pada 28 april 2012 yang lepas.

Apa masalahnya si hanif omar neh? Apa masalahnya sampai dia tak boleh lead suruhanjaya neh? Sebenarnya tak berapa nak ada masalah sangat melainkan ada beberapa konflik yang menyebabkan kita rasa ragu2 terhadap ketelusan dia dalam melakukan penyiasatan. Itu jek.

Hanif omar neh sebenarnya ex igp. Ex igp tue maksudkan bekas ketua polis negara. Maksud bekas ketua polis tue, maknanya dia neh pernah lead pasukan polis malaysia. Alamak aiii.. bekas ketua polis nak siasat keganasan polis terhadap pendemo bersih? 

Tue takpe lagi. Asalkan dia jujur dan komited dalam kerja dia, kita taknak argue persoalan bekas ketua polis siasat ketua polis sekarang neh. Memang kita taknak argue. Tapi kita nak argue sejauh mana dia benar2 yakin akan menyiasat kes neh tanpa berpihak dan berpaksi apatah lagi orang2 yang dia siasat tue ialah orang2 sendiri. Boleh fikir tak kenapa kita tak percaya kat individu neh?

Lepas tue, baru2 neh si hanif omar ada keluarkan kenyataan yang jelas menfitnah bersih. Itupun dipercayai sebab ramai orang mengecam tindakan pdrm ke atas pendemo2 bersih. Segala bagai hujah semerapu yang boleh dia sanggup keluarkan untuk memperlihatkan betapa teruk dan jahatnya bersih neh der.

Kata hanif, dia mengecam beberapa pendemo bersih ialah mereka2 yang pernah terlibat dalam gerakan komunis dulu2. Beberapa pendemo bersih = ahli2 komunis, dalam bahasa mudahnya. Dia mengecam mereka setelah melihat gambar2 bersih 3  yang tersebar di pelbagai media. Time neh jek aku dah rasa dia bahlol + tigasuku.

Dia perangi komunis masa tue zaman apa? Orang2 yang mai bersih neh zaman apa? Ko ingat semua orang muka sama jek setelah 20-30 tahun berlalu? Inikan pula hanya melakukan pengecaman melalui gambar jek. Bukan melihat depan mata betul2. Melihat kepada kebahlolan dia, macam mana aku nak menganalisa dia neh individu yang telus dan tidak berpihak?

Itu pun nasib baik aku tak minta dia tunjukkan mana satu gambar2 yang dia cakap depa tue terlibat dalam kegiatan komunis. Jangan sampai aku minta. Kang termalu. Dorang biasanya cakap dulu, yang melulu yang merapu kasi lepas dulu. Tang bukti atau apa, sabar, kalau rasa perlu, kita kasi reka, kalau rasa tak perlu, bagi lah sejuta alasan. Ini SOP mereka2 yang sokong bn. Aku dah hafal dalam kepala hotak aku neh.

Dan kesimpulannya, jelas, disitu dia belum pape dah ada kecenderungan negatif terhadap bersih. Lagi nak suruh dia ketuai satu panel bagi membela nasib peserta2 bersih? Toksahlah. Mendapat pembelaan daripada suruhanjaya tersebut hanya merupakan satu mimpi dan khayalan semata2.

Tue pasal aku cakap, baik ko suruh aku siasat diri aku je lah. Aku yakin, sangat2 yakin keputusan siasatan terhadap diri aku sendiri hanya akan membuktikan bahawa aku lah manusia terbaik, terbagus, teralim, tercantik, terhebat di dunia neh. Sudah semestinya lhor..

kah kah kah

Ameno : Kita masing2 siasat diri masing2 dan berikan hasil siasatan kepada hanif.. keh keh keh

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...