Tadi aku belek2 paper utusan. Aku baca balik pasal kisah najib naik bas dekati rakyat. Rupanya baru aku perasan. Lepas tue aku rasa macam kena tipu. Cis. Tak guna. Aku ditipu. Tatau sapa yang menyebabkan aku ditipu tapi cara penyampaian berita di tv-tv dan portal kerajaan yang membanggakan isu najib naik bas dekati rakyat mungkin penyumbang kepada persepsi salah aku disini.
Kisahnya begini ;
1. Dalam artikel di atas dia bagitau yang najib dari mana tah aku tak pasti datang ipoh naik kapal terbang.
2. Dan dari ipoh dia pergi gopeng by bas.
3. Gopeng? Ipoh? Heloo.. itu dekat je.
4. So apa nak di banggakan sangat naik bas 10-20 minit dan di masukkan dalam berita? by the way aku rasa tak sampai kot 10-20 minit sebab najib pergi mana2 ada escort. So sudah tentu polis bagi laluan untuk najib kan? Dari situ dia tak perlu lalui kesesakan lalulintas, kepanasan dalam bas dan berebut tempat duduk sebab ;
- bas dia bas yang sangat mewah.
- bas dia ada tempat duduk yang selesa
- dengan aircond yang selesa
Jadi bagi aku berita najib naik bas dalam 10-15 minit neh tak sepatutnya disiarkan media melainkan media nak menjatuhkan najib dengan kerjasama muhyiddin.
Sebab apa aku cakap macam neh? Mudah. Kenapa media tunjukkan gambar bas yang sangat mewah? Kenapa media beria2 highlightkan isu najib naik bas? Walhal dia macam naik kereta je. Beza nya bas mewah dengan kereta mewah. Benda yang tak patut jadi isu pun. Last2 najib kena bambo. Hairan aku.
Mungkin juga penasihat media najib dah dibayar untuk mengulingkan najib. Sama dalam isu kejatuhan paklah. Kalau aku tak silap, selepas neh akan banyak lagi kritikan terhadap najib dan rosmah akan dimainkan. Bukan datang dari pihak pembangkang. Tapi dari team muhyiddin yasin.
Salah satu contohnya berita pasal hudud. Kenapa perlu media kerajaan memaparkan isu najib tolak hudud dan muhyiddin sokong hudud, cuma belum masanya lagi? Jengjengjeng... sila cari berita pasal neh kalau korang tak percaya. Dan banding jawapan najib dengan muhyiddin yassin.
Dorang juga sekarang buat spekulasi bahawa orang2 dsai berada disisi najib untuk bongkar rahsia walhal mereka orang tpm, selepas itu sebarkan satu2 isu agar najib dihentam. Alamak. Dulu najib buat kat paklah, kini najib dapat balik dari muhyiddin. Mari kita lihat siapa yang kena.
kah kah kah
Sesama umno kini berlawan beb..
Last, sila larh baca sedikit petikan dari artikel di atas ;
"Apa mesejnya apabila kita naik bas?Mesejnya ialah kita hendak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dengan rakyat, bahawa kita mempunyai kedudukan yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain". -najib razak-
Dan jangan lupa angka2 yang disebut dalam artikel neh. Aku akan periksa sekali lagi samada ia realiti ataupun tidak selepas beberapa bulan.
kah kah kah
Ameno : Tiada protokol? Naik bas mewah? Naik dari lapangan terbang? Polis escort? Hurm