Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 September 2011

Post mortem - Jais, murtad dan senario politik malaysia.

Akhirnya kertas siasatan lengkap jais telah selesai. Rujuk sini. Bagi aku ada 3 benda aku nampak pada kertas siasatan jais neh iaitu ;

1. Laporan lembab daripada jais. Apasal guna masa yang sangat panjang? Tak setimpal pun dengan siasatan kes.

2. PR lemau dan pengecut. Mereka konon nya takut nak ulas lebih2 sebab taknak kecikkan ahti orang kristian walhal kes dipercayai murtad itu memang ada [berdasarkan video] dan kenapa mesti nak fikir bahawa penganut kristian mesti terasa? Adakah mereka memikirkan bahawa semua penganut kristian terlibat dalam agenda pemurtadan umat islam sehingga nak bercakap benar pun takut? 

Secara logiknya begini pandangan aku ;

- ali kawan dengan john. john orang kristian. Ali jadi murtad sebab menyukai ajaran kristian yang dianuti john. kebetulan john suka mendakyahkan kristian kepada orang lain kerana menurut ajaran kristian, jika dia berjaya menbawa orang masuk je ajaran kristian dan membawa nilai2 baik maka dia termasuk dalam kategori mereka yang "alim". Suatu hari ali ditahan sebab murtad.

fakta kes ;

- ali memang murtad.
- ali lemah iman, islam dia malas kaji tapi sibuk kaji ajaran kristian pula.
- ali dibimbing john untuk mendalami kristian.

Disini kita melihat memang john langgar undang2 sebab dia menolong memurtadkan ali. Tetapi kalau berita neh dapat kat pr dia jadi macam neh ;

- kita jangan cakap apa2 pasal kristian.. nanti dorang kecik ahti.. <-- seolah2 tindakan john = tindakan yang direstui penganut kristian.

helllooo.. bila masa tindakan john neh mewakili tindakan penganut kristian? Tindakan pengecut pr neh dilihat oleh aku ialah dorang menyangka yang buruk2 pada kristian sehingga terpaksa menipu di media seolah2 semua penganut kristian dari pelbagai aliran mensasarkan umat islam sebagai golongan yang perlu dimurtadkan.

Bagi orang kristian mereka mungkin fikir pr hero. Tapi masalahnya bagaimana orang yang menyangka buruk2 pasal ko di dalam ahti dan mengatakan hal yang lain di media boleh di anggap hero? Aku siyes tak faham disini.

PR dalam kes neh terbukti hipokrit terutamanya pkr dan pas sebab lari dari realiti. Masalah yang ada dorang sorok. Sedangkan kalau dorang tarik keluar dan bercakap depan2, john neh terlibat dalam kemurtadan ali dan kita disini bukan mengecam ajaran kristian ataupun marah penganut kristian tetapi menegur sikap john yang kurang peka kepada undang2 negara bahawa umat islam tidak boleh didakyahkan dalam apa bentuk ajaran sekalipun selain dari islam. Simple. Cakap terus terang dengan orang kristian. Biar mereka faham apa yang mereka boleh buat dan apa yang mereka tak boleh buat supaya tiada kes sama berulang lagi. 

Kalau berita neh dapat kat bn pula ;

yeahh pr sokong murtad, negara malaysia jadi negara kristian dan blablablablablablablablabla.. <-- melaga2kan umat islam dan kristian supaya sesama rakyat yang berbeza fahaman akan saling marah. Muslim marah kristianist sebab murtadkan ali, kristianist marah muslim sebab sangka buruk pada mereka dan begitulah seterusnya.

3. Penganut islam dan kristian masih tidak faham apa itu persefahaman dan tolenrasi. 

Bercakap memang senang tapi berapa ramai di antara kita boleh mengamalkan tolenrasi mengikut aturan yang ditetapkan? Cakap je cam bagus2.. ;

eLey rileks larh der.. wa bantu dia bukan wa nak tolong dia murtad. 

Laa.. wa suka lue nak bantu orang islam tapi apa pasal lue mesti mainkan segala bagai lagu2 jesus time lue nak bantu orang islam? Lue nak bantu orang susah itu perbuatan bagus tapi niat lue kena selari dengan perbuatan lue iaitu membantu je bukan saling bantu sambil dakyah der..

Laa.. dah dalam gereja..memang larh wa mainkan lagu2 keagamaan der..cam dalam masjid lue..

der.. dah tahu depa orang islam yang lue nak bantu sampai bawa masuk gereja napa? lue bantu nak bagi duit pun tak perlu sampai ke dalam gereja kan..luar gereja pun boleh..

laaa agama lue bantu2 orang sampai dalam masjid okey je..

derr... agama wa rasmi maa.. mesti ada beza antara rasmi dengan tak rasmi.. kot seme sama baik tak payah isytiharkan agama wa rasmi.. betul tak? 

tapi lue kena ingat yang sudi nak masuk gereja tue dorang, wa tak paksa orang islam masuk gereja..

wa tahu..sebab tue dalam isu neh lue dan wa kena sama2 lapang dada. lue jangan lagi jemput2 ka buat apa2 program bantuan dalam gereja dan bila ada orang islam yang murtad elok lue lapor je supaya lue tak disalahtafsir dan dalam masa yang sama wa sedar umat islam malaysia memang ramai gile yang hipokrit sampaikan lue nak muntah2 tapi daripada lue dan wa nak semak dalam kehidupan dorang baik kita fikir benda yang lebih bagus lagi dari neh iaitu macam mana nak hapuskan kerajaan corrupt. Kerajaan corrupt jatuh, lue bahagia wa pun bahagia pada masa itu baru lah lue dan wa boleh sama2 hadapi masalah di antara kita secara open dan cari jalan penyelesaian yang saksama.. apa macam?

Simple. Yang sampai nak g bunuh semua penganut kristian buat apa? Dan yang penganut kristian sampai nak maki2 jais buat apa? Dan yang penyokong politik kedua2 belah pihak g politikkan isu neh buat apa? Isu mudah, ada orang dipercayai murtad. Yang dipercayai murtad tue orang islam. Lantak p larh jais nak selesai ikut cara mana pun. Bukan dia g heret penganut kristian soh paksa islam. 

Harta benda gereja ka apa ka langsung tak di usik. Umat islam dan umat kristian neh masing2 taknak beralah. Bila dah masing2 degil sampai ke mampos larh tak selesai isu nya pasal masing2 nak menang walhal bukan kemenangan yang kita patut nilai disini, sebaliknya fakta kes. Fakta kes ialah ada atau tiada orang islam yang murtad? 

Aku tiada jawapan dalam kes jais neh. Seme bukti2 yang dilampirkan oleh blogger umno belum lagi boleh menyatakan 12 individu neh murtad tetapi tindakan dorang berbuka puasa di gereja memang mengundang salah faham dan wajar dipersoalkan. Apabila ia melibatkan urusan agama, berbalik larh pada hukum. Islam, berbalik pada hukum islam dan kristian berbalik pada hukum kristian. Apakah korang rasa dalam islam dan kristian masing2 boleh menyakitkan ahti penganut2 masing2? Mudah je kan? Jadi tak mudah bila diri taknak berlapang dada dan bertolenrasi. 

Dan sempena hari malaysia yang kita bakal sambut neh.. apa kata kita sama2 fikirkan sejenak sejauh mana kita rasa kita memang bertolenrasi dengan semua kaum dan agama ikut aturan yang ditetapkan? Sekian. 

Ameno : cakap je.. amal tidak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...