Pemimpin Libya tak harus guna kekerasan, kata Najib
Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak sepatutnya menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan di jalanan sehingga menyebabkan pertumpahan darah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada AFP di Istanbul, Turki.
"Kami berpendapat beliau tidak seharusnya menggunakan kekerasan,” kata Najib, semalam yang berada di Turki untuk lawatan rasmi.
"Apa yang penting bagi kami ialah mengambil kepentingan aspirasi rakyat... Sistem itu harus sah dan harus berdasarkan atas sokongan orang ramai,” katanya.
Rakyat negara-negara Arab dan di utara benua Afrika telah memberi “petunjuk jelas yang mereka mahukan perubahaan dan pembaharuan” dan kerajaan patut mendengar tuntutan itu, kata Najib.
"Pembaharuan perlembagaan dan politik yang berkesan sepatutnya dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, khususnya golongan muda,” kata perdana menteri lagi.
Menurutnya perubahaan di rantau itu sepatutnya dijalankan secara aman dan meminta kedua-dua pihak - penunjuk perasaan dan juga kerajaan agar tidak menggunakan kekerasan.
Najib juga berkata beliau tidak bimbang bahawa rakyat Malaysia akan mengambil risiko dan melakukan perkara yang sama seperti di negara-negara Arab.
Dakwanya, pilihan raya di negara ini “agak bebas dan adil” manakala sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat.
Aku nak share beberapa gambar yang menarik dengan korang. Sila tengok bawah ;
1. Gambar arwah ustaz ibrahim libya
2. Gambar demo sekitar perhimpunan anti-ISA dan sokongan rakyat malaysia kepada revolusi mesir.
Ameno : Cakap saje.. semua mampu.. heh
cam terpakse cakap je.. kalau xcakap camtu nak cakap camana lg utk menunjuk kan dia bagus... "tengok tuan2 semua, saya pijak semut pun tak mati"... kah kah kah.....
BalasPadampoyo r budak botak nih...
BalasPadamrakyat Malaysia tunjuk perasaan sokong rakyat mesir pon die da suruh belasah....
ala, si najib tu nak tunjuk lagak je pon..nak tunjuk 'keprihatinan' le kunun...org buduh je yang akn terpedaya dgn kata mamat tuh~
BalasPadamala, si najib tu nak tunjuk lagak je pon..nak tunjuk 'keprihatinan' le kunun...org buduh je yang akn terpedaya dgn kata mamat tuh~
BalasPadamko pon sama ameno...sembang jer lebih. ko ngan umno ni sama je. wakakakakka!!!
BalasPadam