Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Februari 2011

Info terkini tentang misi bantuan ke mesir!!


Sumber maklumat : Berita tv3 dan awani.

1. Najib dah bersetuju akan bawa pulang semua pelajar malaysia yang terkandas di mesir ke malaysia semula.

2. Mereka akan dibawa pulang guna kapal TLDM.

3. Kapal tersebut kini berada di teluk aden atas sesuatu misi dan akan terus ke pelabuhan terdekat di mesir untuk mengambil pelajar2 dari malaysia. [termasuk rakyat malaysia rasanya].

4.Semua pelajar telah diarahkan berkumpul di dewan mahasiswa malaysia.

5.Kapal tersebut kemudian nya akan berlabuh di jeddah atau mana2 tempat yang bersesuaian sebelum rakyat malaysia dibawa pulang ke malaysia melalui penerbangan antarabangsa.

6. Tindakan najib neh berkemungkinan besar ada kaitan dengan desakan dari rakyat bertubi2 menerusi fb, email, blogs, twitter dan kemarahan orang ramai menerusi email news@tv3.com.my

7. Najib juga memberikan penjelasan bahawa kerajaan sebenarnya sedang memikirkan langkah paling pratikal untuk membantu rakyat malaysia di sana. Katanya lagi, malaysia ada lebih dari 10,000 ribu rakyat yang berdaftar dengan kedutaan di mesir jadi sebarang langkah yang di ambil adalah perlu efektif dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

8. Najib juga menjelaskan bahawa kos yang mahal dan saiz kapal terbang yang kecil juga menyebabkan kerajaan enggan mengangkut rakyat malaysia yang berada di mesir mengunakan flight. Satu2 kapal terbang [rasanya kapal terbang tentera yang najib mention neh] hanya mampu memuatkan lebih kurang 40 penumpang jadi takan nak angkut separuh je dan tinggalkan separuh yang lain sedangkan malaysia mahu menyelamatkan semua rakyat malaysia.

9. tv3 juga melaporkan beberapa email yang marah kat kerajaan dan risau dengan warga malaysia di mesir. [kalau korang nak marah ke kasi idea ke apa ke sila ke sini news@tv3.com.my]

10. tv3 juga menyiarkan perbualan tv3 dengan Nurul Aini Jahaya, salah seorang pelajar malaysia yang berada di mesir yang menceritakan perkara sebenarnya di mesir. Mereka berada dalam ketakutan dan tiada makanan. [Dari suara dia yang aku dengar.. dia macam sebak, takut dan mungkin nak menangis]. Nurul juga berkali2 minta selamatkan mereka di mesir. [dia 3,4 kali cakap tolong selamatkan kami, tolong amek kami..]

11. Mohammed Husaini Salleh, salah seorang mahasiswa dan ketua bagi fakulti perubatan[rasanya aku ya ingat2 lupa paparan kat tv3 tadi] mengesahkan semua student yang di bawah dia berada dalam keadaan yang selamat. Tetapi mereka terputus bekalan makanan, dan tiada tempat yang selesa untuk berlindung. [Tv3 kemudian nya potong.. aisehmen kasi rakaman penuh bhai]

12. Ahli keluarga pelajar yang berada di mesir juga datang ke tv3 untuk membuat aduan dan rayuan agar kerajaan menjemput pulang rakyat malaysia di mesir. [terdapat juga ahli keluarga pelajar bagitau pasport anak mereka di simpan oleh pihak universiti. Kalau begitu lah keadaan macam mana dorang nak terbang balik?]

Dan yang neh dari awani pula

13. Awani mengatakan najib sedia menimbangkan untuk membawa pelajar malaysia di mesir menggunakan kapal TLDM iaitu KD Bunga emas yang kini berada di teluk aden. Mereka kemudiannya akan di bawa ke jeddah, arab saudi sebelum berlepas pulang ke malaysia dari sana.

14.Najib juga menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh terburu2 membuat keputusan kerana ini melibatkan rakyat malaysia yang ramai di mesir. Setiap tindakan haruslah diteliti terlebih dahulu.

15. Alasan najib tidak menggunakan kapal c100 kargo hercules [tolonglah betulkan kalau aku salah sebut neh.. tah kapal terbang atau kapal laut aku pun tak jelas] adalah tidak pratikal.

16. MAS dan AIR-ASIA diminta bantu menyediakan penerbangan untuk membawa pulang pelajar2 malaysia di mesir.

17. Bantuan zakat juga disalurkan kepada pelajar2 malaysia di mesir untuk menampung keperluan harian mereka di sana sehingga diselamatkan.

18. Terdapat 1,000 rakyat kelantan berada di mesir. Kelantan kini sedang mengumpulkan sumbangan untuk membawa pulang pelajar2 mereka dari mesir.

19. persatuan pemuda umno perak akan menubuhkan satu talian khas untuk update pelajar2 perak di mesir dari semasa ke semasa agar ahli keluarga mereka tidak terlalu bimbang.

20. Awani tadi sempat berhubung dengan pelajar jurusan islamiah di universiti al-azhar, mesir. Berikut adalah butiran perbualan tersebut ;

- terputus bekalan makanan kerana kedai runcit tutup.

- bertahan dengan bekalan makanan yang lama.

- tiada talian internet dan gagal hubungi sesama mereka dalam mesir, kecuali luar dari mesir.

- tidak boleh keluarkan duit kerana bank tutup. Mesin atm tidak beroperasi dan rosak.

- berlindung di rumah semata2 dengan dua rakannya yang lain dan tiada jalan lain.

- dua rakan nya yang lain ialah Mohd fauzan dan Khairul Munif. [kenal tak? mereka bertiga selamat buat masa sekarang cuma tiada duit]

[Student lelaki neh aku dengar suara dia agak berani berbanding student perempuan.. tapi yelah.. lelaki kan mmg berani pun dari pompuan]

Lepas tue ada beberapa demo di seluruh negara yang sokong rakyat mesir seperti mahgribi, amerika, filipina dan thailand.

Dan ketika sedang baca berita tadi, tiba2 penyampai awani mengumumkan bahawa najib akan hantar misi menyelamatkan rakyat malaysia tak kira melalui udara atau darat. [Dalam erti kata lain misi tersebut bermula dah, so ahli2 keluarga kat sini boleh menarik nafas lega] Dan ini ada sedikit kekeliruan informasi yang diberikan oleh tv3 tadi. Entah tv3 dapat maklumat yang salah ataupun memang disengajakan aku tak peduli la.. dalam entry neh aku mmg malas nak kondem kerajaan pasal dah penat. Heh

1. tv3 lapor bahawa rakyat mesir tolak Mohammed Albaradei untuk mengetuai mereka membentuk kerajaan campuran sementara menunggu pilihanraya. [Ini tipu. Rakyat mesir tidak menolak Mohammed Albaradei. Mereka mengalu2kan Mohammed Albaradei. Malahan Mohammed Albaradei berkerjasama dengan IK untuk mencari penyelesaian dan diplomasi terbaik bagi menangani krisis di mesir]

2. TV3 juga melaporkan bahawa Omar suleiman di terima baik oleh rakyat mesir. [ini tipu bhai. adoiiyai. Omar suleimen neh proksi kuat kepada us dan israel sama macam hosni mubarak, takan rakyat mesir terima bhai? check sendiri kat fb mereka, mereka kutuk omar gila babi. bukan hosni je kena berambos, sekutu2 dia pun kena berambos gak dari mesir termasuk omar. Itu tuntutan rakyat mesir. Mereka reject omar suleiman neh. Mereka juga tolak kabinet baru yang dibuat oleh hosni mubarak. tv3 lue jgn bagi citer palsu kat rakyat malaysia bhai. adoiiyai. internet ade kiri kanan bhai. sekarang seme pun boleh jadi wartawan. Heh]

3.Amerika desak mesir selesaikan konflik segera. [Mmg betul. Tapi masalahnya dok bagi citer sekerat2. Amerika desak mesir iaitu hosni untuk tamatkan revolusi di mesir segera. amerika masih mahu hosni jadi presiden tetapi dia soh tamatkan konflik dengan cepat bagi mengelakkan kepentingan amerika di mesir terjejas. Ini isu sebenarnya. adoii tv3.. semoga ahtimu dibuka oleh Allah swt. aminnn..]

Persepsi yang baik kepada omar..
Persepsi yang baik kepada amerika..
Persepsi yang baik memang disukai israel..
Persepsi2 yang baik di jaja oleh tv3 milik umno..

hurmm.. apakah makna nya di sini?

lue fikir
lue cerna
lue faham.

Ameno : benda neh pun mau tipu ka? jangan beb. Jangan jadi orang islam yang tikam 'islam' sendiri. Ada juga ahli keluarga yang marah kerajaan dok cakap rakyat malaysia di mesir selamat2.. padahal bom situ sana sini.. banduan bebas berkeliaran.. harap2 tv3 janganlah sekat info betul.. rakyat menilai.. kalau taknak teruk dihentam bek ikut label awani. Awani tak pro sapa2 .. bebas dan telus. Ini baru adil.

Share this

13 Responses to " Info terkini tentang misi bantuan ke mesir!! "

  1. tq, info yang amat berguna, saya link kan blog saudara dalam blog saya.

    http://fibfib.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. aku rase laaa...

    tv3 ni salah hired translator kot. muahahaha...

    BalasPadam
  3. Untuk menjatuhkan Hosni Mubarak dengan jayanya dan efficient, perlu sokongan tentera.

    Kita lihat,

    mula2 polis berlawan dgn rakyat mesir selama dua hari. pastu polis diam sudah. Dan anggota tentera yg patut leraikan rusuhan pun tak buat apa2 dah, hanya kawal keadaan je, juga tanda tentera mahu Hosni Mubarak turun cepat. Andai tentera atau general tentera tu bagi tindakan untuk jatuhkan Hosni Mubarak, mmg akan jatuh si Hosni tu.

    Tanda2 kiamat adalah ini. Juga tanda Imam Mahdi akan muncul nanti, insyaallah

    BalasPadam
  4. najib x nk bwk balek sebenanye mahasiswa2 jat mesir tuh. ade 2 sbb knp die x nk bwk balik..
    1. duit da bnyk abes utk peruntukan projek kebetulan mase kat tenang arituh.
    2. bak kate mukhriz mahasiswa cenderung pilih pembangkang

    BalasPadam
  5. bukan ke pelajar kelantan kat mesir tu ada 5ooo org, tu kata exco krjn ngri kelantan la...

    agak2 lepas ni konpem najib tumbang...

    BalasPadam
  6. setuju sangat2 dgn saudari Aslina... hehe

    BalasPadam
  7. Parti Bulan lagi teruk, orang dok pikiaq bab nak selamatkan budak2 mesir, depa dok pikiaq nak buat demo dekat kedutaan. bukan nak bagi idea, perburukkan keadaan lagi ada la.

    BalasPadam
  8. Kronologi hukum hudud kelantan.

    1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

    2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan rakyat.
    3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.

    Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

    4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

    5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

    6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

    7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

    8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

    9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

    10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

    11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

    12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

    13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

    14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

    15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

    16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

    17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.

    -celahgelegar

    BalasPadam
  9. Munkin salah 1 tanda2 Kiamat, kekecohan di negara Arab???

    BalasPadam
  10. bawak jelah balik .
    jgn nk bnyak sgt pk lah

    BalasPadam
  11. Kena pk la, mana boleh terburu-buru. dok kalut hntaq pswat, rakyat malaysia kt sana nak pegi ke pesawat tu nak naik apa?? takkan nak guna pintu doraemon.

    BalasPadam
  12. susah laaa piem kite nih.. cuba tanya org msia kt egypt nih, dorg nk balik ke x..? mesti la nak! aku dok kt egypt kowt skg nih. w/pn aku berani,tp aku x nak la dok cni time tgh kecoh cmni.banduan lepas and dorg kumpul ramai2 bawak parang, pedang utk samun org and pecah masuk rumah.ade pulak masa 3 org kakak lps habis exam ritu, otw balik, ade rusuhan.. elok2 jalan balik, haaa nko,kene angkut skali bawak masuk jail along ngn org2 arab yg tgh merusuh.. aman kah ini? kt msia x penah rase jail, kt egypt amek ko..

    BalasPadam
  13. Untuk menjatuhkan Hosni Mubarak dengan jayanya dan efficient, perlu sokongan tentera.

    Kita lihat,

    mula2 polis berlawan dgn rakyat mesir selama dua hari. pastu polis diam sudah. Dan anggota tentera yg patut leraikan rusuhan pun tak buat apa2 dah, hanya kawal keadaan je, juga tanda tentera mahu Hosni Mubarak turun cepat. Andai tentera atau general tentera tu bagi tindakan untuk jatuhkan Hosni Mubarak, mmg akan jatuh si Hosni tu.

    Tanda2 kiamat adalah ini. Juga tanda Imam Mahdi akan muncul nanti, insyaallah

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...