Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Februari 2011

Penting!! Malaysia demo Untuk Mesir hari ini!!


PENTING! Hari ini Jumaat 4 Feb - demontrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Amerika..

Demontrasi besar-besaran "Himpunan Solidariti Ummah" akan diadakan Jumaat, 4 Februari, jam 2 petang di hadapan Kedutaan Amerika sebagai sekutu rapat kepada rejim Husni Mubarak. Menurut AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, PAS dan seluruh NGO antaranya ILMAM, I...kram, JIM, GMI, SAMM dan lain-lain (71 NGO) termasuk komponan parti politik Pakatan Rakyat akan menjayakan solidariti ini.

Katanya, demontrasi ini merujuk kepada dua isu utama iaitu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat Mesir yang menuntut perubahan di negara mereka dan membantah kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara.

"Saya mewakili seluruh pihak penganjur mengharapkan semua ummat prihatin tanpa mengira bangsa dan agama untuk hadhir menyatakan semangat solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir," katanya. Tegas Ustaz Nasruddin, Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri diminta mengerahkan anak-anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan dalam himpunan Jumaat ini.

Tempat berhimpun telah dikenalpasti di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji. Sejurus solat Jumaat, perarakan ke Kedutaan Amerika akan dipimpin oleh Mohamad Sabu, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat.
Ameno : Ramai2 yang berdekatan jom turun!! Demo secara aman.. tiada kekacauan insya-Allah.

Share this

0 Comment to " Penting!! Malaysia demo Untuk Mesir hari ini!! "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...