Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Januari 2011

Update terkini II : Protes di Mesir.


Entry lepas terlalu panjang. Takpe aku sambung update kat sini je beb. Masih lagi update untuk hari ketujuh protes. Dan untuk entry yang lepas rujuk sini dan sini Sumber : media internet, awani, dan bernama.

31/1/2011


1. Najib sedia bawa pulang rakyat malaysia di mesir. Langkah itu akan dibuat sekiranya keadaan kritikal [sumber berita]. Maknanya belum nak bawa pulang lagi lah.

2. Deligasi malaysia akan berlepas ke mesir jam 12 malam ini untuk meninjau lebih kurang
11,307 rakyat malaysia di mesir. [11,307 angka yang berdaftar dengan kedutaan malaysia di mesir].

3. Kerajaan malaysia belum memberikan keputusan yang pasti untuk membawa pulang rakyat malaysia dari mesir. Berita terbaru cuma mengatakan bahawa kerajaan malaysia akan memantau keselamatan rakyat malaysia di mesir. Jika keadaan bertambah kritikal, mereka akan bawa pulang melalui jalan udara atau darat asalkan rakyat malaysia dapat di bawa pulang. [dalam erti kata lain..kena tunggu keadaan menekan.. ]

Dan rakyat malaysia dinasihatkan patuhi larangan berkurung, duduk di rumah jangan keluar, berkumpul di satu tempat yang selamat, dan jaga satu sama lain.


4. Laporan bahawa ada pelajar malaysia yang dirogol juga tidak dilaporkan di berita2 malaysia. Jika benar ada pelajar malaysia di rogol sila buat laporan polis [UP cik nadia]. Untuk elakkan kekeliruan informasi.


5. Kerajaan juga mengesahkan semua rakyat malaysia di mesir selamat, cuma mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan selain berada dalam ketakutan. [sekali lagi aku cakap, bawa je mereka pulang. naik kapal terbang tudm pun takpe, bukan seme lapangan terbang tutup bhai]


6. Pelajar malaysia di mesir juga mengatakan [melalui awani] bahawa talian sms dan internet telah dipotong dan mereka tidak boleh berhubung sesama mereka. Mereka kekurangan bekalan makanan namun selamat. Yang berkumpul di kedutaan malaysia di mesir kebanyakkan pelajar universiti al-azhar.

7. Rakyat malaysia yang mempunyai ahli keluarga di mesir menggesa kerajaan agar bawa pulang rakyat malaysia dari mesir kerana mereka risaukan keselamatan ahli keluarga mereka. [Ya, sekarang selamat, esok lusa tak tahu bhai.. bawa keluar je lah bhai.. nak tunggu sampai ble?]


8. US, Jordan dan Turki telah memindahkan rakyat mereka dari Mesir. [Malaysia??]


9. Kanada juga telah bawa pulang rakyatnya. [Malaysia?? kritikal??]


10. Jepun jemput rakyat mereka melalui kapalterbang siang tadi. [Malaysia?? kritikal??]


11. NGOs dan PR hantar memorandum ke kedutaan mesir di malaysia pagi tadi. Memo tersebut di masukkan ke peti surat. Hosni didesak untuk mendengar suara rakyat mesir. [Errr umno, najib apa pendirian korang? jgn korang sokong hosni alkejam alzalim tue...]


12. Pelajar malaysia yang dihubungi oleh awani sebentar tadi juga mengatakan bahawa harga makanan naik mendadak dan kebanyakkan makanan telah diborong awal2 dengan kuatiti yang banyak berikutan revolusi di mesir. Bekalan makanan juga telah mulai susut akibat tiada bekalan baru [untuk diperdagangkan].


13. Pelajar malaysia dimesir [tak silap aku nama dia azman kot, lupa daaa] mengatakan keadaan di mesir makin teruk. [adoii ketahuilah piem, teruk dah kat sana teruk2.. ]


14. Bank di mesir berisiko tinggi hilang deposit.


15. Pelabur asing bawa keluar wang pelaburan dari mesir dalam masa 2 hari protes.


16. Nissan Motor tangguhkan pelancaran terbaru mereka di mesir.


17. Negara luar mula keluar larangan berkunjung ke mesir.


18. SHELL bawa pulang 60 pekerjanya dari mesir.


19. Mohammed El-Baradei [IK] sertai kumpulan protes di mesir.


20. Esok [isnin kat sana] warga mesir rancang mogok di seluruh negara. [harap2 internet aku cantik esok]


21. Hari selasa pula, kaherah rancang protes sejuta umat mesir di atas jalan. [kaherah ada 12 juta penduduk pelbagai negara].

22. Israel sudi membekalkan senjata tambahan kepada kerajaan hosni. [Aik.. apa kena mengena dengan lue israel? g mamposlah lue, org tolong cara diplomasi.. lue kasi senjata? bapak zalim lue neh].


23. Britain menekan hosni agar mendengar suara rakyat dan segera berundur.


24. Dunia antarabangsa terus kecam hosni untuk berundur.


25. US menasihatkan hosni dalam kenyataan terbaru hillary. Tetapi tidak menyebut bahawa hosni patut berundur. [mampos hosni, mampos lue juga kan? heh]


26. IK tidak bercadang untuk mengambilalih kepimpinan mesir melainkan meneruskan agenda / matlamat protes terlebih dahulu.

27. 7 hari protes telah berlaku di mana hari jumaat ialah hari kemarahan rakyat mesir = hari kebangkitan pertama. Esok dijangka menjadi hari kebangkitan kedua rakyat mesir.

28. Polis dan tentera tidak cukup kakitangan untuk mengawal keselamatan di seluruh mesir. Terdapat juga beberapa kumpulan yang sengaja menimbulkan provokasi untuk memburuk2kan kumpulan protes di mesir. [awas dengan provokasi neh, mereka diupah oleh hosni dan israel bertujuan perang psikology utk lemahkan pejuang2 mesir]


29. Perintah berkurung dikenakan pada waktu malam sahaja. Keadaan di waktu siang agak tenang. Terdapat beberapa kumpulan yang menyamar sebagai kumpulan protes berniat jahat telah merompak dan menganiaya orang awam [neh lah dia jenis manusia bebal, org sibuk cari keadilan dorang sibuk buat jenayah, dah tue yang dapat nama kena kutuk, kumpulan pejuang kebebasan gak.. org berjuang nak cari kerajaan adil, dorang lak cari duit lebih puaskan nafsu sialan betul org2 macam neh.. cilakak].


30. AL-Jazzera ditekan oleh hosni sebab menyebarkan berita sahih, cepat dan tepat. Walaupun mereka diarahkan tutup pejabat di kaherah mereka masih beroperasi mencari berita yang tepat, telus, adil untuk disalurkan kepada rakyat di luar sana.


31. Protes dijangka berterusan.


32. Palestine memberikan sokongan penuh kepada kumpulan protes di mesir. [kebanyakkan rakyat mesir sayangkan palestine dan tak boleh terima hosni yang berpakat dengan israel. Kemarahan rakyat mesir kali ini tercetus akibat bersabar terlalu lama dengan karenah hosni alzalim alsetanbermukamanusia neh]

33. Terusan suez = laluan yang digunakan untuk membawa petrol keluar masuk dispekulasikan akan terjejas. Harga petrol dunia mungkin akan naik berikutan krisis di mesir. Harga barang makanan dan keperluan juga akan naik mendadak di seluruh dunia. [haizz orang lain naik harga sebab krisis.. di malaysia krisis ke tak krisis ke naik juga tiap2 bulan enh..?]

34. Neh plak updated terbaru yang tak sampai 2 minit dari mesir.

Updates: Hundreds of thousands reported in Tahreer square even more than yesterday. Alexandria is full of protesters. About 100 thousand in Mahalla. Mubarak appoints new cabinet. Protesters are rejecting new cabinet saying he is not Egypt’s president anymore. US state dept asks Egypt to be open & clear!? Which means what? To who? Where? Unbelievable! Israel asks US govt to continue support Mubarak.
Dapatkan update dari mesir di sini. Terkini, cepat dan tepat.
Saya akan update lagi..

Lagi updated ;

1/2/2011 00.15 malam.

1. 500 pelajar malaysia telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

2. 100 pelajar malaysia mahu pulang.

kita kena desak kerajaan utk bawa pulang rakyat malaysia di mesir segera. Saya tak pastilah samada benar atau tidak rakyat malaysia di rogol dan ada yang ditembak di kaki akibat peluru sesat sebab tak keluar kat berita2 di kaca tv.. [mengambil point bahawa ini mungkin juga provokasi] tetapi kalaupun semua rakyat malaysia selamat dari segi fizikal..

kerajaan tak boleh jamin mereka akan terus selamat apatah lagi mereka kini terputus bekalan makanan dan ubatan.. [bekalan makanan dah semakin kurang]. Itu tak masuk lagi kesukaran untuk berhubung. Elok bawa pulang je. Takyah cadang2. Takyah sedia2. Takyah tunggu kritikal [padahal dah kritikal beb]. Bawa pulang, elak risiko.


Ameno : Revolusi kat mesir cantik tapi keganasan kat sana neh sapa yang menjadi dalang? Kumpulan perusuh / pejuang kebebasan rasanya takan merompak, merogol dan etc.. melainkan ada dalang2 tertentu yang merosakkan imej mereka.. urmm.. teringat taktik keji israel dan us ke atas afghan dan iraq.

Share this

18 Responses to " Update terkini II : Protes di Mesir. "

  1. Rakyat yang prihatin...1 Februari 2011 3:09 PG

    Untuk tatapan KERAJAAN MALAYSIA.... harap ambil berat & tanggungjawab ttg pelajar2 & rakyat Malaysia di Mesir. Contoh paling dekat & nyata adik saya(pelajar Al-Azhar)sendiri dan rakannya terkena tembakan peluru sesat ketika pulang ke rumah (walaupun bukan peluru hidup) tapi sakit gak klu dah kena....
    Cuba anda bayangkan keadaan beliau dan rakan2 beliau y terdesak dan diselubungi ketakutan
    Wahai KERAJAAN MALAYSIA takkan nk tggu "nasi dah jadi bubur" baru nak ambil tindakan??
    Sekarang ini segala bekalan makanan dah dicatu, kurang bekalan & harga melambung untuk tempoh terdekat... klu ia berlarutan apakah yang akan terjadi pada mereka.....

    BalasPadam
  2. kau nak banding dgn negara jepun, us, jordan, turki, kanada. tgk la rakyat diorg kat mesir tu bape ratus. malaysia punye rakyat kat sane 11k bai. kalau 110 or 1110 ok lagi. wajarlah sekadar bawak ke tempat selamat di negara jiran.

    BalasPadam
  3. Tolong Like page http://www.facebook.com/pages/Kerajaan-Malaysia-Digesa-Bawa-Pulang-Segera-Pelajar-Malaysia-Di-Mesir/138284699569479

    kami memerlukan ribuan orang untuk menyampaikan seruan kepada kerajaan!

    BalasPadam
  4. salam...walaupon rakyat kita ada dlm 11k..tp kita boleh keluarkan mereka dengan beransur2..mean secara berperingkt..mula dengan pelajar perempuan..then pelajar laki...atau mana2 y perlu diberi keutamaan dahulu...tak perlu nak tggu ada kesahihan berita atau tidak..sbb keadaan mmg teruk..skrg bukan masa nk cari mana benar mana salah..just pastikan semua selamat..then nak cari mana benar mana salah terpulanglah kat sapa2 yang berminat...jnji semua rakyat selamat..

    BalasPadam
  5. Besar lah belanja kalau bawa balik student2 Malaysia dari Mesir.

    kan baik kalau duit pengangkutan tu masuk poket Rosmah je. hm...

    BalasPadam
  6. korg xleh nk blame kerajaan..
    kalo niat korg nk buruk2kn mne parti politik baek xyah..
    nie yg dinamakn provokasi..
    pikir logic..
    nk evacuate 11k student kt sne bkn sng..
    dh la rmi..
    bersepah plak 2..
    bkn sume kumpul kt alexandria 2..
    lg satu..
    nk msk kt mesir pon dh ssh..
    kang x pasal m'sia plak kne serang..
    2 pasal government try nk pndhkn student2 m'sia nie ke negara2 berdekatan mcm jordan n turkey..
    korg nk keje grak cpt..
    tp pe jer sumbangan korg..
    stkt ckp pki mulot or type baek xyah..
    dok comment2 hentam2 org..
    dok maen politik sni politk sne..
    sume sampah..
    cube bg sket sumbangan fizikal sket..
    keje x jln mcm petik jari..
    sume keje even nk handle majlis kawen pon amek masa..
    kalo x paham2 gak pi cr keje bergaji..
    dr korg termask admin yg duk buat blog nk kutuk org nie..
    ckp jer nk hidup cara nabi..
    tp korg sndr x wat pe yg nabi suruh..
    salah satunye jgn memburuk2kn org..
    dier wat pe dier pny pasal..
    kalo nk tegur tegur cara baek..
    bkn kutuk bagai..
    blaja sket..
    br impian kite tercapai..

    BalasPadam
  7. @Anon 11:50 AM..
    --adak keluarga ko ka kt sana? cakap bagai mulut berbau longkang.x kena kt keluarga sendiri ble h sembang la.cuba kalau ko ada adik kt sana.akai ada ka?

    BalasPadam
  8. tiga pupu saya berada di Mesir, mengatakan keadaan di sana sangat teruk.. duit di bank tak boleh keluarkan, bekalan makanan pon tahap kritikal.
    Dan yg paling kelakar,wakil kerajaan Malaysia check dulu rakyat@student kat sana mak ayah kat malaysia nie org BN ke and ada pegang pangkat besar2 ker, kalau ada baru dorang leh bawak balik. Kerajaan Malaysia takder budget ler nak bawak dorang nie semua balik. Pakcik aku baru balik kedutaan yg cakap. Nak pilihanraya kat Merlmau nak pakai duit lagi.

    BalasPadam
  9. Anonymous February 1, 2011 11:50 AM

    so stupid this guys.. sebab tu la dier x brani bubuh identiti sendiri.

    yg dier tao,

    ..ape sumbangan kita kat negara la
    ..xleh nk blame kerajaan la

    so sad la this guys.. sedangkan negara len TERUS BAWAK BALIK RAKYAT DORANG KE NEGARA DORANG

    BUKAN NYE P DIVERT KE NEGARA JIRAN

    kalo kita x mengharapkan kerajaan, sape lagi nak d harapkan?huru hara da tercetus. ratusan orang da mati. sampai bila nak lengah2kan bawak kuar rakyat malaysia?

    BN da d beri mandat tuk jaga negara n rakyatnye. kalo benda camtu pun x leh nk d laksanakan, TUKAR KERAJAAN!!

    BODOH!!

    BalasPadam
  10. Anynomous yg bodoh2 Februari 2011 11:57 PG

    anonymous nie mmg bodoh..
    ada lagi masa utk pertahankan kerajaan, rakyat undi n pilih kerajaan utk bekerja demi rakyat..
    dah rakyat dlm kesusahan, pergi je la amik bawak balik, pasal apa nk kna pikir ongkos, bajet, duit lagi..bongok dia nie..pikir la sket, malu sket..kerajaan negara lain boleh teros amik bawak balik..ko plak siap nk pikir betapa ramai rakyat malaysia..Malaysia kan byk pengangkutan..kapal terbang, kapal laut, kapal selam, helikopter, jet pejuang, jet peribadi..mcm2 lg la..jgn bg alasan ok..bodoh ko nie..

    BalasPadam
  11. bawa je lah balik rakyat malaysia cepat2..nyawa lagi penting dari duit..tak logik lah tak dapat bawa balik dgn alasan kos tinggi..mmg tak logik..takkan government msia miskin sangat...

    BalasPadam
  12. Degil sungguh 'Muberuk' ni...kot sedara rapat dgn Ariel Sharon kot...mungkin moyang dia Firaun Tutakhamen...wallahualam.

    BalasPadam
  13. Degil sungguh 'Muberuk' ni...kot sedara rapat dgn Ariel Sharon kot...mungkin moyang dia Firaun Tutakhamen...wallahualam.

    BalasPadam
  14. Anynomous yg bodoh6 Mei 2011 10:17 PTG

    anonymous nie mmg bodoh..
    ada lagi masa utk pertahankan kerajaan, rakyat undi n pilih kerajaan utk bekerja demi rakyat..
    dah rakyat dlm kesusahan, pergi je la amik bawak balik, pasal apa nk kna pikir ongkos, bajet, duit lagi..bongok dia nie..pikir la sket, malu sket..kerajaan negara lain boleh teros amik bawak balik..ko plak siap nk pikir betapa ramai rakyat malaysia..Malaysia kan byk pengangkutan..kapal terbang, kapal laut, kapal selam, helikopter, jet pejuang, jet peribadi..mcm2 lg la..jgn bg alasan ok..bodoh ko nie..

    BalasPadam
  15. kau nak banding dgn negara jepun, us, jordan, turki, kanada. tgk la rakyat diorg kat mesir tu bape ratus. malaysia punye rakyat kat sane 11k bai. kalau 110 or 1110 ok lagi. wajarlah sekadar bawak ke tempat selamat di negara jiran.

    BalasPadam
  16. Tolong Like page http://www.facebook.com/pages/Kerajaan-Malaysia-Digesa-Bawa-Pulang-Segera-Pelajar-Malaysia-Di-Mesir/138284699569479

    kami memerlukan ribuan orang untuk menyampaikan seruan kepada kerajaan!

    BalasPadam
  17. Rakyat yang prihatin...6 Mei 2011 10:17 PTG

    Untuk tatapan KERAJAAN MALAYSIA.... harap ambil berat & tanggungjawab ttg pelajar2 & rakyat Malaysia di Mesir. Contoh paling dekat & nyata adik saya(pelajar Al-Azhar)sendiri dan rakannya terkena tembakan peluru sesat ketika pulang ke rumah (walaupun bukan peluru hidup) tapi sakit gak klu dah kena....
    Cuba anda bayangkan keadaan beliau dan rakan2 beliau y terdesak dan diselubungi ketakutan
    Wahai KERAJAAN MALAYSIA takkan nk tggu "nasi dah jadi bubur" baru nak ambil tindakan??
    Sekarang ini segala bekalan makanan dah dicatu, kurang bekalan & harga melambung untuk tempoh terdekat... klu ia berlarutan apakah yang akan terjadi pada mereka.....

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...