Sabtu, 5 Ogos 2017

Kendurian 2017 Gagal, Tourism Selangor Dipersalahkan Kerana Pengunjung Tak Dapat Makan Durian - Ini Jawapan Penganjur.

Kecoh di laman sosial pesta makan durian Shah Alam 2017 yang sepatutnya berlangsung siang tadi gagal apabila durian-durian yang diterima penganjur sebenarnya ialah durian-durian yang belum masak.

Individu yang dikenali dengan nama Michelle memuatnaik satu posting yang menceritakan kekecewaannya berhubung kegagalan program tersebut di laman sosial beliau.


Video tentang kegagalan program itu juga dikesan berlegar-legar di laman sosial tanpa diketahui sumber asal.


video

Respon netizens;




Tourism Selangor dipersalahkan

Menurut Michelle, para pengunjung dimaklumkan bahawanya durian tak masak lagi sejurus beberapa kumpulan pelawat mulai tiba di lokasi program. Michelle turut melepaskan rasa marahnya dengan mengatakan Tourism Selangor sebagai penganjur telah melakukan satu perbuatan yang memalukan.

"Tengoklah semua durian-durian tu terlonggok jer, pekerja sibuk main telefon untuk bunuh masa dan pengunjung hanya dapat berselfie je bila sampai kat lokasi. Adakah ini satu taktik untuk menarik pengunjung yang ramai sebenarnya," soal Michelle di status tersebut.

"Saya ucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memberikan kekecewaan yang maha hebat kepada pengunjung, terima kasih Tourism Selangor atas 'memori yang tak terungkapkan ini'," katanya lagi di status itu. 

Penjelasan Tourism Selangor

Dalam satu status yang dipetik dari laman rasmi Facebook Tourism Selangor, agensi itu menafikan terlibat secara penganjuran dengan program kendurian 2017 - atau pesta makan durian itu.

"Tourism Selangor bukan penganjur Selangor Food Mega Festival atau Kendurian 2017, justeru itu tidak terlibat secara langsung atas apa-apa perkara yang berlaku dalam program berkenaan," kata pentadbir halaman Tourism Selangor.

"Kami hanya membantu dari segi promosi memandangkan ia dianjurkan di dalam negeri Selangor," katanya lagi. 

Bagaimanapun Tourism Selangor tetap dipersoalkan berikutan poster-poster penganjuran yang tersebar terdapat logo agensi berkenaan.




Blog-blog UMNO juga didapati mula menyebarkan kegagalan program berkenaan dan meletakkan kesalahan ke atas kerajaan negeri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...