Isnin, 19 Jun 2017

Kenapa Akhbar Malaysia Tak Lapor Tentang Pendedahan Terbaru DOJ?

Ianya menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan orang ramai. Tinjauan kami di laman sosial, netizens turut menyuarakan persoalan yang serupa.

Ada di antara pemain facebook membuat posting bergambar bagi tujuan memerli tindakan media Malaysia terutamanya yang dilabel pro Barisan Nasional.

Facebook page parodi popular seperti Tentera Troll Kebangsaan Malaysia memuatkan satu gambar bagi mengupas isu berkenaan di halaman mereka.

Media Malaysia vs media luar
Gambar - TTKM
Manakala portal berita Malaysiakini yang melakukan tinjauan pada sabtu mendapati hampir kesemua akhbar arus perdana tidak melaporkan pendedahan terbaru DOJ di muka utama akhbar-akhbar mereka.


Mengapa takut lapor jika tak salah?




Ada netizens yang beranggapan kebebasan media di Malaysia dikawal berdasarkan kepada kecondongan satu-satu berita itu sendiri. Andai ia memaparkan kekurangan pembangkang ia akan dilaporkan secara berleluasa namun sebaliknya pula berlaku jika membabitkan intergriti pemimpin kerajaan.

"Akhbar Malaysia neh dari dulu lagi jika berita-berita terpalit ke pemimpin kerajaan tidak disiarkan, namun berita pemimpin pembangkang siap siar di muka hadapan biar orang kampung tahu," kata Raja Kamaruzaman.

Lang Long pula berpendapat bahawa media-media tersebut mungkin terpaksa tunduk atas arahan pihak tertentu atas alasan perlu mencari makan.

"Semua nak cari makan, The Edge dah kena, yang lain pun rasa serik," katanya.

Jika benar media arus perdana dihalang dari melaporkan pendedahan terbaru DOJ, maka kenapa? Dan siapa? Bukankah menjawab pendedahan terbaru oleh DOJ itu lebih baik daripada menghalang wartawan melaporkan berita?  

Dalam pendedahan terbaru DOJ itu, beberapa aset yang berkaitan dengan penyelewengan (penggubahan wang haram yang membabitkan institusi perbankan dan kewangan Amerika Syarikat) didedahkan kepada pihak media dan orang awam.



Laporan yang boleh diakses secara online itu turut memetik peranan isteri kepada MO1 dan bagaimana wang yang dipercayai dana dari 1MDB digunakan untuk membeli barangan kemas dan mewah.

Leonardo Dicaprio turut dilaporkan telah memulangkan Lukisan "Nature Morte Au Crane De Taureau" yang kononnya pemberian oleh pihak tertentu yang ada kaitan dengan kerajaan Malaysia.

Gambar Rosmah turut disiarkan oleh media Al-Jazeera plus dalam laporan tersebut, sebagai individu yang ada kaitan dengan pembelian dan pemilikan barangan kemas mewah yang bersumberkan wang curi, memetik laporan portal itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...