Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Mei 2015

Berita2 Politik Yang Menunjukkan Pemimpin Politik Malaysia Memang Bodoh Lagi Membodohkan.


Hampir 2 hari tak update cerita politik. 2 hari. Tak lama mana pun. Hanya dua hari. Dan aku berjaya buat rangkuman berita-berita politik kat Malaysia neh memang lebih banyak yang bangang dari berfaedah untuk diikuti.

Dalam masa 2 hari ;

1. Mahathir dedahkan Pandikar nak berhenti kerja sebab meluat dengan suasana politik ketika ini.

2. Kemudian Pandikar nafi. Oi mana ada.

3. Kemudian Mahathir bengkek. Gila. Lue buat gua nampak macam pembohong depan orang ramai buat apa.

4. Kemudian media update yang Pandikar lama tak muncul di parlimen sebab pergi jalan-jalan di Chowkit. Oh, sapa kisah?

5. Then Mahathir kena kutuk kaw-kaw. Sapa percaya Mahathir dia bodoh. Maka sentap la mereka yang beria-ria percaya pada Mahathir.

6. Then Pandikar buat sidang media. Dedahkan segalanya.

7. Ya, memang saya letak jawatan tapi perkara tue dah selesai secara aman dan baik-baik sahaja selepas bertemu Najib.

8. Mula2 saya jumpa Mahathir luah perasan segala pongpangpongpang then jumpa Najib dan everything went back to normal la.

9. Mahathir yang aib dirinya sendiri bila dedahkan pertemuan rahsia tersebut. Dan saya tak dedahkan apa-apa aib saya pun bila saya mula2 menafi letak jawatan lepas tue UTURN mengaku pula pernah meletak jawatan. Nampak tak semua, nampak tak?

10. Kemudian Shahrir Samad, BNBBC mengatakan tandas mungkin antara punca speaker nak letak jawatan. Hak eley. Alasan macam gampang. Then Pandikar pula announce. Beberapa kemudahan dan tuntutan menaiktaraf tidak berlaku di parlimen sebab itu dalam ahti ada taman dan mau letak jawatan. Ini pun sama. Alasan-alasan gampang. Bagi aku. Aku tak kesah la sapa nak berhenti ke apa ke. Kau kerja pun bukan bagi aku gaji. Kau berhenti pun haram jejaskan hidup aku. Tapi kemon la. Alasan tue jangan la macam membayangkan rakyat kau neh benak sangat.

11. Then DSWA masuk parlimen. Beria-ria media lapor DSWA ke parlimen selepas 7 tahun. Eh, aku kisah ke?

12. Kemudian DSWA umum pula kabinet bayangan. Maka jadi la topik untuk media 'mengaduh2kan' pemimpin PR dan pemimpin2 PR yang mulut becok dalam DAP dan PAS pun turut sama 'mengaduh-gaduh'kan diri mereka atas isu bangang seperti mana bangangnya diri mereka.

13. Then DAP kata no use la kabinet bayangan tersebut. Memang no use. Kabinet bayangan kepala hotak kau. Korang pun berlaga sesama sendiri itu satu hal. Yang lebih teruk, layak ke pun nak tadbir negara? Tadbir negeri pun kucar kacir. Alahai. Tak sedar diri sungguh.

14. Kemudian TGHH umum. Arwah TGNA dan Anwar pun setuju kerajaan perpaduan. Hello. Tengok muka aku neh betul-betul. Kau rasa aku nak percaya ke bila kau jual nama TGNA? Oke, kalau laporan TMI menfitnah, boleh sound dorang bukan aku ye, tolong.

15. Lepas tue. Cakap-cakap selamatkan Rohingya dah mula berkurangan dan mati tengah jalan. Bila LGE sendiri bersetuju dengan pendirian pusat, malaon-malaon PR buat-buat pekak badak pula. Kalau LGE itu BN laju-laju dah kena maki kot.

16. Then DAP sambung lagi gosip-gosip dan mengumpat Hadi dalam media. Isu jawatan la isu pertandingan la isu hudud la dan sebagainya. Macam takde cerita lain nak sembang depan orang. Macam cerita rakyat tertindas dah pupus pun ya juga.

17. Lepas kena sound dengan DAP, DSWA balas DAP dalam PC. Hello DAP, itu bukan kabinet bayangan la. Lue gila ka apa. Itu kan jawatankuasa parlimen saja. Owh oke. So, kalau jawatankuasa parlimen sekalipun apa penting dan manfaatnya kepada situasi kita sekarang neh? Hmm. Naik tangga terus loncat ke atas bukan naik satu persatu dari bawah. Buat aku keliru daaa.

18. Then Shahidan enter frame. Aku cabar kau dedahkan kabinet bayangan PR, cepat Kak Wan, cepat! Eh mamposla kalau DSWA tak umumkan pun. Kau tue menteri. Cari la isu berfaedah sikit kalau pun nak masuk berita. Bebal!

19. Hadi pula meluah perasaan. Hudud hukum Allah. DAP tak layak tolak. Ini berapa kali mau ulang da. Aku dah bosan membacanya. Kemudian Hadi sambung lagi. Tak kisah la namanya tersenarai ke tak dalam kabinet bayangan. DAP plak sahut. Hadi halangan utama kabinet bayangan. Hak ala. Benda2 macam neh kau rasa kita orang kesah ke? G mampos la.

20. Kemudian kecoh isu jawatan presiden PAS tak layak dipertandingkan. Pemuda PAS mana tah yang meroyan. Lupa nama. Hadi kena kutuk. Pro Hadi kutuk plak pro Ahmad. Padahal Hadi ka Ahmad ka sebenarnya ada pihak ketiga berkepentingan dengan mengambil sesuatu manfaat dan faedah ke atas kedua-dua individu tersebut. Cerita pasal layak. Yang bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden PAS sekarang neh, barisan calon sedia ada la kan, semua tak layak beb. Jujur la. Tak payah nak menipu la korang semua. Meluat kot aku tengok.

Ini rangkuman berita politik 2 hari. Mengarut tue banyak dari yang bernas.

Yang bernas untuk diikuti pada aku antaranya isu Myammar. Tekan Myammar jangan abaikan Rohingya tapi jangan sampai diri kita kena buli dan diperkotak-katikkan Myammar. Satgi bawa masuk ramai-ramai, depa dah menetap, beranak, bercucu cicit disini yang memekak pasal selamatkan Rohingya ini juga akan meroyan pasal apa depa menerima hak sebagai warganegara di Malaysia.

Masa neh nak kutuk Malaysia lagi.
Almaklumla dah tinggal bertahun2. Mesti depa nak apply warganegara kalau sudah beranak tinggal belajar dan bekerja disini.
Tak terima kena kutuk.
Dah terima jadi warganegara kau kutuk lagiKau semua neh nak apa hah setan.

Satu lagi isu pembelian bon oleh KWSP. Bon 1MDB. Ini pun wajar untuk difollow up. Isu hudud ka isu Hadi VS Lim Kit Siang ka korang p masukkan dalam bakul sampah la. Tak layak langsung nak baca. Bazir sel-sel otak kita semua je. Dari hari tue punya gaduh sampai ke tahun neh tak settle2 lagi. Bosan bosan. Drama telenovela pun dah tamat dan siap ulang tayang lagi.

KWSP cakap la. Dia cakap kita takyah risau. Pelaburan dijamin kerajaan. Takde risiko. Kenapa takde risiko. Sebab ianya dijamin kerajaan.

Ini satu lagi cakap-cakap nak perbodohkan sel-sel otak aku yang berhubung.

Pelaburan itu berisiko sebenarnya. Cuma risiko berkenaan diserap oleh kerajaan melalui jaminan. Dan jika berlaku kerugian, maka kerajaan la yang akan menyelesaikan permasalahan tersebut. 

Bukan takde risiko, ada. Cuma risiko diserap atau dijamin kerajaan.

Tapi macam mana kerajaan jamin?
Petik duit dari pokok ke macam mana?
Sudah tentula kerajaan menjamin dengan menggunakan wang pembayar cukai juga akhirnya. Ada beza ke? Nampak? Kau la yang menjamin pelaburan kau tue sendiri akhirnya. Balik-balik kita juga yang kena. Memang setan kerajaan kau neh. Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...